AL-AMIN TERAPI SARAF

Lately memang suka nak cte pasal pusat rawatan je la ye..ekekeke..sebab memang aku tengah mood sakitkan. Sejak sakit memang mencuba macam2 jenis rawatan.

Kali ni aku nak cte pasal pusat terapi saraf yang terletak kat Seksyen 18 Shah Alam. Actually aku dah ulang 3 kali kat tempat ni sebab aku dapat rasa perubahan selepas buat rawatan. Aku kan ada sakit sciatica ni so rawatan yang dia buat memang sesuai dengan aku.

Kali pertama aku gi dia buat urutan untuk sciatica, lepas dah berurut hampir sejam setengah buat bekam plak..dannnnnn..jangan terkejut..harga dia cuma RM150..rawatan selama 2 jam masa tu. Ya Allah aku memang terkejut harga dia murah.

Kali kedua plak aku masih buat rawatan urutan untuk sciatica. Kali ni tak buat bekam cuma dia betulkan saraf yang tak betul tu je. Lepas rawatan memang rasa banyak perubahan. Kalau sebelum ni sakit yang keterlaluan ketika berjalan dan duduk, kali ni Alhamdulillah dah boleh duduk lama.

Kali ketiga plak selain buat urutan dia sertakan sekali dengan akupuntur.. cuma RM100 dikenakan untuk rawatan hampir 2 jam. Pas rawatan ketiga ni Alhamdulillah memang rasa sangat banyak perubahan. Kaki tak lagi rasa sengal yang menyucuk, kekadang memang kebas tapi tak seteruk aritu. Aku dah boleh memandu selamba dari Klang ke Pandan Indah, dah boleh duduk berjam2 lamanya. Cuma masih tak boleh angkat berat.

Kalau korang nak try wat rawatan kat sini try la contact owner dia kat talian 019-7524243 (Puan Amalina)



Post a Comment

0 Comments