Neubodi Bra Drive - Against Breast Cancer Campaign

Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri 1 majlis  'Neubodi Bra Drive'  yang menggunakan slogan 'Donate. Support. Recycle' atau dalam bahasa melayunya 'Sumbang. Sokong. Kitar Semula'  bertempat di 1 Utama Shopping Centre. Majlis ni sebenarnya adalah kempen untuk mencegah kanser payudara melalui kerjasama antara Neubodi dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA)  Neubodi selaku penganjur adalah sebuah jenama tempatan pakar pakaian dalam telah menganjurkan majlis ini sempena bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa. Neubodi akan menyediakan 'bank bra' di mana kita semua digalakkan untuk menyumbangkan semua bra terpakai kepada 'bank bra' di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara sehingga 5 November 2017. Bra-bra (baju dalam) terpakai itu akan dipilih terlebih dahulu untuk disumbangkan kepada negara yang masih dibawah arus kemiskinan seperti Kemboja, Nepal, India dan Afrika dimana pakaian dalam amat diperlukan oleh golongan wanita di negara tersebut.





Untuk memastikan tiada tekstil terbuang, pakaian dalam yang tidak sesuai untuk disumbangkan akan diambil oleh rakan strategik Neubodi iaitu Life Line Clothing yang menggunakan teknologi tersendiri dimana bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan ditukarkan menjadi bahan bakar pepejal yang boleh digunakan semula yang biasanya digunakan untuk penjana dan dandang perindustrian. Inisiatif kitar semula ini merupakan aktiviti pertama sejenis ini di Malaysia.







Kerjasama antara Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Neubodi ini bermatlamat untuk meraih kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa kanser payudara tidak mengenal jantina, dan menekankan kepentingan pemeriksaan diri dan pengesanan awal sambil mengumpul dana bagi program "Hospital Angels" anjuran BCWA. Bagi inisiatif ini pakar terlatih akan melawat pesakit kanser payudara yang baru didiagnosis dan membantu mereka mengharungi penyakit dalam persekitaran yang positif dan penuh galakan. Dana yang terkumpul adalah menerusi konvoi basikal "pedal forward" Neubodi yang telah diadakan pada pagi Sabtu serta jualan eksklusif dari koleksi GO PINK sepanjang pelancaran pada minggu lepas di Ground Floor - Highstreet Concourse, Pusat membeli belah  Utama. RM10 dari setiap pembelian PINK BRA akan disumbangkan kepada BCWA.

Penerangan yang diberi tentang pemeriksaan payudara

Mengenali payudara anda sendiri untuk semua remaja, bujang, berkahwin, warga emas termasuk lelaki.

  • Payudara berbeza dalam bentuk dan saiz. Rupa bentuk dan saiz tidak akan kekal sepanjang hayat. Perubahan bentuk dan saiz payudara berlaku disebabkan oleh kedatangan haid, kehamilan, peningkatan umur atau perubahan berat badan. kebanyakan perubahan ini tidak berbahaya. Walaubagaimanapun, perubahan yang luar biasa perlu diperiksa oleh doktor.
  • Biasakan diri dengan perubahan normal payudara
  • sebulan sekali, pada hari ke 7-10 dari hari pertama haid
  • jika sudah putus haid atau kitaran haid yang tidak tetap, dan untuk lelaki, pilih hari yang sama setiap bulan.
  • juga semasa hamil

Pengesanan awal dan rawatan perubahan yang segera dapat menyelamatkan payudara anda dan juga nyawa anda.

Dapakan nasihat doktor jika anda mengesan :
  • Perbezaan luarbiasa pada saiz, bentuk, rasa permukaan kulit dan warna payudara.
  • Lekukan atau kedutan pada payudara
  • Perubahan kedudukan puting dan puting tenggelam
  • Lelehan yang keluar dari puting
  • Ketulan atau bonjolan luar biasa dimana-mana bahagian payudara
Selepas tamat majlis pelancaran, aku berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan darah percuma. Alhamdulillah..sihat semuanya. Kemudian aku turut melakukan pemeriksaan payudara percuma yang disediakan oleh BCWA, Alhamdulillah juga dengan result yang keluar. Sebenarnya tak ramai yang ambil perhatian pada pemeriksaan kesihatan terutama pada pemeriksaan payudara..aku juga tak terkecuali. Harus diingat ye kawan-kawan..kanser payudara bukan hanya boleh menyerang wanita malah ramai juga pesakit kanser payudara terdiri daripada golongan lelaki.

Bersedia untuk buat pemeriksaan darah

Ada rolling spin untuk cabutan bertuah juga..



Oh ye..ketika pelancaran untuk majlis ini, demonstrasi pemeriksaan payudara juga telah ditunjuk ajar oleh Dr Tan Gie Hooi iaitu Breast & Oncoplastic Surgeon dari Tropicana Medical Centre.








Post a Comment

8 Comments

  1. Menariknya aktiviti,lama tak join riben merah.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kempen macam ni.. Boleh bagi awareness pada ramai orang tentang pentingnya penjagaan dan pemeriksaan payudara...

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Rugi tak pergi. Dan baru juga tahu yang pakaian dalam terpakai boleh digunakan untuk tujuan lain.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni..pakaian dalam boleh diguna untuk benda lain..tak pernah lagi join event macamni

    ReplyDelete
  5. Bagus kempen ni , always bagi kesedaran untuk mencegah lebih baik dr merawat

    ReplyDelete
  6. Nice to meet you there =) Must play our part to support this campaign!

    ReplyDelete