The Bed KLCC - Capsule mewah yang selesa

Semalam aku berpengalaman merasai hidup interaktif di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sempena pelancaran The Bed KLCC. Dilancarkan oleh Co-Founder & Executive Director The Bed KLCC sendiri iaitu Mr. Leslie Cheong Sing Yee.

 The Bed KLCC ni sebenarnya adalah sebuah hotel yang berkonsepkan 'capsule-style'. Senang cerita dan senang nak bagi gambaran pada korang  aku gambarkan yang The Bed KLCC ni sebenarnya berkonsepkan 'Bag Packers Hotel' yang dinaiktarafkan menjadi sebuah bilik mewah sebabnya konsep katil yang ditawarkan memang serupa asrama atau dorm susunan katilnya manakala bilik air pula terletak di luar bilik. 

Yang menariknya the Bed KLCC menyediakan tempat berasingan untuk lelaki dan perempuan. Namun begitu katil serta bilik untuk pasangan dan keluarga turut disediakan. Jadi bagi mereka yang mempunyai pasangan dan keluarga jangan bimbang kerana The Bed KLCC menawarkan harga yang istimewa juga untuk bilik-bilik keluarga. 

 The Bed KLCC menyediakan 170 capsule untuk lelaki/perempuan, bilik peribadi dengan bilik air untuk kumpulan yang kecil yang diilhamkan dengan konsep mewah dan minimalis namun memberikan keselesaan kepada pelanggan. 



Menggunakan tagline "Your Bed in The Heart of KL" The Bed KLCC menyasarkan pelancong tempatan dan luar negara yang mencari kelainan dalam pengalaman pengembaraan mereka. The Bed KLC betul-betul terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur jadi anda boleh hanya berjalan kaki selama 10 minit untuk ke KLCC, KL Tower, Hard Rock Cafe, Bukit Bintang dan kawasan yang berdekatan. Cuma 5 minit masa yang perlu diambil untuk berjalan kaki dari monorail station (Bukit Nanas Station). 

The Bed KLCC menawarkan 7 jenis bilik/pod sebagai pilihan pengguna ;


  1. Family Pod Suite yang boleh menempatkan 4 orang. Harga yang ditawarkan adalah dari RM180/malam.  Setiap pod disediakan dengan :-
  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala
Bagi mereka yang berkeluarga bilik ini adalah untuk korang kerana ruangan ini lebih privasi. Bilik air disediakan di luar bilik.




2. Twin Pod Suite yang boleh menempatkan 2 orang dalam 1 masa. Harga yang ditawarkan adalah dari RM150/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala

Pod ni sesuai untuk yang datang travel bersama kawan. Sebab pod ni kira macam katil double decker la gitu. So kalau korang merancang untuk datang bersama kawan, Twin Pod Site Entry ni sesuai untuk korang. Bilik air disediakan di luar bilik


3. Queen POD Suite yang boleh menempatkan 2 orang. Harga yang ditawarkan adalah dari RM170/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala
Pod ni sesuai untuk pasangan suami isteri atau orang yang memerlukan ruangan privasi sendiri. Kalau aku akan pilih bilik ini sebab lebih privasi macam yang aku cakap tadi. Bilik air disediakan di luar bilik




4. Single POD Suite untuk 1 orang. Harga yang ditawarkan adalah dari RM138/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala
Bilik ni juga untuk orang yang memilih privasi sendiri. Kalau korang yang jenis macam aku, yang sukakan privasi sendiri bila nak tidur dan hilangkan penat..pilih la bilik ini. Bilik air disediakan di luar bilik.




5. Single POD Site Entry (Female) untuk menempatkan 1 orang. Pod ni ruangan untuk perempuan sahaja. Harga yang ditawarkan adalah dari RM49/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala



6. Single POD Side Entry (Mixed) untuk menempatkan 1 orang. Harga yang ditawarkan adalah dari RM49/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala


7. Single POD Front Entry (Mixed) untuk 1 orang. Harga yang ditawarkan adalah dari RM49/malam. Setiap pod disediakan dengan :-

  • Lampu bacaan
  • Meja kerja
  • Alas tilam/luxurious cotton sheets
  • Bantal & selimut
  • penyangkut baju dan rak pakaian
  • personal power socket
  • Tuala


Untuk 3 pod diatas ni sesuai untuk orang yang travel sorang-sorang yang hanya balik bilik untuk rehatkan badan, mandi dan tukar pakaian sebab pod ni berkonsepkan 'dorm' di mana korang akan share bilik dengan penghuni yang lain. Tapi untuk ruangan privasi korang jangan bimbang sebab setiap pod disediakan dengan tabir (privacy blind) yang korang boleh tarik jadi orang diluar tidak akan nampak korang kecuali jika lampu dipasang tapi tu pun tak la nampak jelas. Tapi korang yang kat dalam boleh nampak orang kat luar. Untuk barangan pula, setiap pod disediakan locker atau tempat menyimpan barang-barang korang so tak payah susah-susah nak pikir beg nak letak kat mana. 



Bilik air disediakan di luar bilik tapi kena share la. Jangan bimbang tak cukup bilik mandi sebab menurut Mr. Leslie Cheong (Co-Founder & Executive Director The Bed), mereka melaburkan banyak duit untuk bilik air..hehe..


Oh ye..lupa pulak nak cerita. Untuk setiap bilik dan pod, ada rak kasut khas disediakan di luar bilik. Maknanya korang tak boleh masuk bilik pakai kasut. Kena pakai selipar yang disediakan oleh pihak The Bed KLCC ni..jadi jangan bimbang tentang kebersihan.



Ruangan ni paling cool..cantik sangat

Lounge Area


Ni konon-konon gigih la nak panjat katil atas tu..

Ok aku bagi big rose untuk tempat yang cantik ni..

Untuk keterangan lanjut korang boleh pergi ke laman web  The Bed KLCC atau hubungi talian +603-27152413




Post a Comment

21 Comments

  1. Sesuai untu backpackers ni,yg family macam.kureng skit la

    ReplyDelete
  2. nampak modern sangat.. harga dia pun mesti wow kan :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya kakmin , tempat dia lawa gilaaa kot

    ReplyDelete
  4. Cantik giler kak.suka plak nak g sini.. asrama mewah kekdahnya

    ReplyDelete
  5. Waaa lawa tempatnya.. jom jom tempah laluuuuu kita g sana hehehe

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat The Bed KLCC ni.. Sesuai untuk pelancong yang nak stay kat tengah2 bandar dengan harga murah..

    ReplyDelete
  7. Pelancong syjai style gini.. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  8. Menarik betul tempat dia..ade family pod rupanya..bagus2

    ReplyDelete
  9. menarik. Concept baru dalam bentuk mewah. Yang penting bersih!

    ReplyDelete
  10. Nampak backpackers style hotel ni...menarik lain dari yg lain

    ReplyDelete
  11. menarik juga konsep hotel ni..

    ReplyDelete
  12. Menarik ni.. tempat pun lawa dan selesa.. mungkin kena try ni 1 2 malam kat sini ;)

    ReplyDelete
  13. Menarik tapi sesuai untuk orang bujang ni, kalau family tak sesuai sangat.

    ReplyDelete
  14. Wahh nampak cantik dan menarik...nak g dengan family tapi nak katil satu2 hehehe

    ReplyDelete
  15. I suka dapat stay kat sini.. sungguh selesa, cantik dan best.... anak I pun happy sangat

    ReplyDelete
  16. Wah best pula konsep cam tu ya. Kalau travel backpacker kat sini mesti seronok

    ReplyDelete
  17. I really want to try this place out..probably next month or something...

    ReplyDelete