Alhamdulillah..selepas lama teringin nak jejakkan kaki ke Tanah Aina Fahad, Sabtu lepas aku dan geng KBBA9 seramai 8 orang akhirnya dapat juga merasa percutian indah di Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang.
Terus terang, aku ni orang Raub tapi memang tak sangka ada tempat secantik Tanah Aina Fahad ni kat kampung aku.
Kami berlapan berkumpul di Gombak seawal pukul 8 pagi..haha..nampak tak keterujaan kami? Dalam masa tiga jam kami dah sampai ke Tanah Aina Fahad. Sebenarnya kalau dari KL memang tak jauh tapi sebab kami santai dan berhenti bersarapan dulu di pekan Raub jadi amik masa dalam 3 jam juga untuk sampai ke sana.
Tanah Aina ni terletak di Ulu Dong..dari simpang Ulu Dong nak ke Tanah Aina lebih kurang 18 km je masuk ke dalam. Sesampai je di sana memang kami semua dah terpaku melihat papan tanda Tanah Aina Fahad..cantik so sempat la bergambar dulu sebelum kami di sambut oleh Mr. Shiva kakitangan Tanah Aina Fahad.
Terus terang..memang cantik sangat Tanah Aina Fahad ni..secantik nama. Kami malam tu berglamping dalam glamping yang memuatkan 4 orang. Kat sini menariknya ada king glamping, Queen glamping, Queen Room, Dorm, Queen Cabin. Semuanya menarik dan cantik. Paling best sebab ada air terjun kat sini..hehe..
Melawat sekitar Glamping Resort Tanah Aina Fahad ni buat hati jatuh cinta sangat-sangat. Bagi mereka yang sukakan ketenangan dan pecinta alam memang sesuai sangat datang ke sini.
Kami haritu selepas makan tengah hari dan berehat seketika, kami telah dibawa menjelajah kawasan hutan sekitar sini wakakaka..kami berjungle trekking selama hampir 2 jam. 1 pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
Habis aktiviti jungle trekking, kami berlapan berendam di sungai yang airnya sejuk sampai ketar lutut. Seriously seronok sangat. Habis berendam, minum petang disediakan. Hahaha sepanjang berada di Tanah Aina Fahad ni memang tiada istilah ‘LAPAR’.
Untuk entri seterusnya aku akan ceritakan lebih detail tentang aktiviti kami di sini. Bagi yang inginkan percutian yang menarik, tenang dan segar..meh la datang ke Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang ni. Pasti tak menyesal. Kalau tanya aku nak datang lagi tak?..jawapan aku NAKKK..
10 Comments
cantik tempat tu
ReplyDeletebestnya tempat ni..
ReplyDeleteBest ni.. menarik sangat.
ReplyDeletelovely trip! sangat tenang. rugi siapa yang xexplore malaysia kan...
ReplyDeleteBestnya kalau dapat join, kita suka aktiviti back to nature camni.
ReplyDeleteBestnya..Lama tak duduk mcm ni tepi air terjun ngan sungai..
ReplyDeleteCantiknya Tanah Aina Fahad ni.. dh lama tak jungle tracking..
ReplyDeleteNak repeatt..
ReplyDeleteSalam Miss Min,
ReplyDeleteSaya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
Kami amat gembira tentang kehadiran Miss Min dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
Terima kasih tak terhingga atas penghargaan Miss Min yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
Besar lah harapan kami Miss Min dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.
Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
Ms. Hana 0162159252
Ms. Malou 0192827012
www.tanahaina.com
Terima kasih.
Wsalam Ms Yatie. Terima kasih juga atas undangan. Insyallah jika ada kesempatan dan rezeki kami akan ke Tanah Aina yang lain pula
Delete