Nauzubillahi Min Zalik..
Tajuk agak extreme kali ni. Kali ni aku nak bawak tajuk tentang DEPRESI sebenarnya. kebelakangan ni, kita sering dikejutkan dengan berita kematian secara bunuh diri. Salah satu punca adalah kerana depresi atau dalam bahasa kita ialah kemurungan.
Jangan pandang remeh pada penyakit kemurungan ni tau. Kemurungan memang sangat bahaya jika tidak dirawat.
Ada beberapa faktor tentang kemurungan ni termasuk tekanan hidup dengan pasangan. Jadi mohon sangat untuk pasangan diluar sana..jangan 'membuli' pasangan anda sesuka hati. Jika anda seorang bos, mohon jangan memberi tekanan melampau pada staff anda.
Ada beberapa tahap atau kategori depresi (kemurungan) sebenarnya :
Kategori Kemurungan
- Adjustment Disorder
Tekanan akibat berlaku perubahan dalam hidup seperti jatuh bankrap, penceraian dan sebagainya. Pesakit tiada kecenderungan membunuh diri. Kemurungan juga akan hilang bila pesakit dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.
- Dysthymia
Kemurungan minor tapi berterusan selama bertahun-tahun tetapi tidak menjejaskan aktiviti harian. Tiada perubahan dalam jadual makan, selera tidur dan pemikiran
- Acute Stress Reaction
Berpunca apabila pesakit mengalami kejadian yang besar yang menakutkan dalam hidup seperti di rogol, cubaan dibunuh, perang, kemalangan, dibuli teruk dan sebagainya. Biasanya akan pulih selepas sebulan
- Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
PTSD terjadi sekiranya Acute Stress Reaction berterusan melebihi sebulan.
- Major Depressive Disorder (Penyakit Kemurungan Major)
Ini adalah tahap yang paling bahaya yang membawa pesakit kepada kecenderungan untuk membunuh diri. MDD mempunyai beberapa kriteria yang khusus, antaranya mempunyai kemurungan berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu. Pesakit akan berada dalam keadaan lemah semangat, tidak bermaya, tidak berselera untuk makan, sukar tidur atau pun terlebih tidur. Tiada lagi keseronokan dalam hidup. Sering mengasingkan diri dari kelompok ramai, fikiran bercelaru, tiada keyakinan diri. Kriteria utama MDD ialah semua simptom ini mestilah menggangu fungsi harian penghidap termasuk mengancam nyawa mereka sendiri./
Bagi kita yang beragama Islam, dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat serta sentiasa berzikir agar diberikan ketenangan dan kelapangan hati. Andai kita rasa agak tertekan..perbanyakkan doa dan sentiasa mengingati Allah kerana disaat-saat kita lemah inilah syaitan sentiasa membisikkan sesuatu yang akan memudaratkan kita.
Yang penting jangan menyendiri. Cuba bergaul atau cari aktiviti yang dapat mengalih fikiran kita dari fokus kepada masalah yang kita hadapi.
Moga kita dijauhkan dengan segala gejala ini.
Artis yang bunuh diri kerana kemurungan
1. Robbin Williams
Pelakon komedi yang sentiasa menghiburkan orang ramai tetapi mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas kemurungan.
2. Chester Bennington
Vokalis Linkin Park yang memang telah diketahui lama tentang masalah kemurungan yang dihadapinya.
3. Kim Jong Hyun
Ahli kumpulan ShiNEE yang baru membunuh diri sekitar minggu lepas. Dipercayai mengalami kemurungan berkaitan bidang nyanyian yang diceburinya.
Alangkah indahnya hidup ini jika tiada masalah dan tekanan kan? Tapi macam mana kita hadapi tekanan sekali pun..kembalilah kepada Allah. Banyakkan zikir, dekatkan diri kepada NYA supaya tiada ruang untuk iblis dan sekutu-sekutunya untuk membisikkan sesuatu yang membawa kita kepada kehancuran. Tengok cik meow ni..hepi je cam x de masalah nak pikir..
10 Comments
alhamdulillah.. kita ada allah.Jika terasa stress cepat2 dekatkan diri kepada allah.Betul cakap sismin nii.. Jangan juga terlalu memikirkan masalah sebaliknya, selesaikan masalah. Terimaksaih ingatkan ..
ReplyDeletebahayakan stress nii....klo kite sebagai umat Islam, eloklah dekatkan diri ngan Allah... InsyaAllah, Allah akan memudahkan segala urusan kita..
ReplyDeleteKita ditegah sama sekali mengambil nyawa senndiri. Kalau stress boleh cari jalan penyelesaiannya.
ReplyDeletekalau depression,elokla luahkan or bercakap dgn sesapa.tapi yela..kite tak lalui ape yg dorang lalui..
ReplyDeleteeuwwww, bahaya stress ni.. kalo boleh kawal alhamdulillah
ReplyDeletekalo tak terkawal memang parah.
Betul orang kata. Orang yang nampak kehidupannya ceria sebenarnya mereka menyimpan dan memendam kelukaan yang mendalam. Semoga dijauhkan..
ReplyDeleteKalau tak fikir panjang dan nak ambik jalan mudah camtulah. Moga kita dijauhi dari sifat begini.
ReplyDeleteAllah.. mintak jauh laaa kan
ReplyDeleteharap diri snediri pun jauh dari semua ni...huhu
ReplyDeleteSya pernah kena semua tu, hanya org yg terkena dan merasa deritanya bagaimana ...
ReplyDelete