Maaflah kalau entri kali ni berbaur emo sikit. Tapi aku memang kali ni sangat-sangat terpanggil nak tulis tentang ZURIAT.
Terus terang, aku orang yang sangat positif tentang rezeki yang dikurniakan Allah. Aku bersyukur sebab aku bukan tergolong dari kalangan orang yang suka mencemburui bukan haknya. Maksud aku..aku memang dilahirkan begitu, susah nak mencemburui kalau tengok orang senang dari aku, berjaya dari aku..sebab tu aku tak pernah cemburu tengok pasangan yang dikurniakan zuriat.
Aku..walaupun berumahtangga hampir sedekad, belum rezeki nak rasa menimang cahayamata. Tak pernah juga rasa kesal belum dikurniakan zuriat. Pada aku soal rezeki semuanya soal yang diluar bidang kuasa kita sebagai hambaNYA.
Siapalah kita untuk menidakkan kuasa Allah..siapalah kita untuk bersikap tidak sabar dengan ujianNYA? Aku..manusia kerdil yang punya banyak dosa..manusia kerdil yang menghimpun jutaan keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa aku..jadi, siapa aku untuk 'memaksa' Allah kurniakan aku zuriat? Sedangkan Nabi Zakaria yang soleh lagi maksum pun boleh bersabar berdoa setiap hari selama berpuluh tahun baru dikurniakan zuriat, apatah lagi aku hamba yang sering alpa ini.
Cuma aku kadang-kadang agak terkesan dengan kata-kata manusia yang aku sifatkan TIDAK SEDAR DIRI ini..kenapa aku sifatkan mereka sebagai TIDAK SEDAR DIRI? sebab mereka-mereka ini tidak sedar diri di mana mereka berada, tidak sedar diri yang mereka bukan TUHAN..mereka juga manusia kerdil seperti aku tapi lagak mengalahkan pencipta.
Kenapa aku marah? sebab mulut diaorang mulut yang layak diberus dengan berus sabut..suka-suka melabelkan orang yang belum dikurniakan zuriat sebagai MANDUL. Siapa kau nak labelkan orang mandul? Siapa kau nak sakitkan hati orang?
Serious..aku agak marah. Bayangkan orang yang ntah datang dari mana, ntah siapa..labelkan orang yang belum dikurniakan zuriat sebagai MANDUL. Bertauliahkah kau nak labelkan orang sebegitu? Kadang rasa hilang sabar..rasa macam ringan tangan ni untuk melempang tapi aku fikir semula..ini juga ujian Allah untuk aku.
Aku bersyukur punya keluarga yang sangat-sangat memahami. Baik belah aku mahupun belah suami, TIDAK PERNAH SEORANG pun bertanya soal anak. Tak pernah seorang pun yang buka mulut 'memberi ceramah'. Aku juga bersyukur punya suami yang sangat positif dalam bab zuriat.
Tak pernah sorang pun dalam keluarga kami tanya soalan 'TAK PERGI BERUBAT KE?"..sebab mungkin semuanya berakal..semua pun tahu mustahil untuk pasangan yang lama berumahtangga tapi belum dikurniakan anak untuk tidak pergi berubat..
Macam-macam cara dah cuba baik modern atau tradisional. Dah bermacam-macam ubat ditelan..pantang ada yang ke Mekah mesti macam-macam benda dikirim termasuk doa. Doktor Pakar? semua dah kami redah. Hingga suatu ketika doktor yang merawat sendiri berpesan "Puan..puan sangat sihat, telur yang dikeluarkan juga lebih besar dari jangkaan kami. Andai kali ini masih belum berjaya anggaplah tuhan masih belum mahu bagi lagi.." sampai sekarang aku ingat pesanan doktor pakar berketurunan india tu.
Tapi aku frust bila orang melayu yang kononnya Islam..suka-suka hati nak labelkan orang MANDUL. Ingat..rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada orang dikurniakan zuriat tapi tidak dikurniakan wang ringgit, ada orang dikurniakan wang ringgit tapi tak punya kesihatan yang baik, ada pula dikurniakan wang melimpah ruah tapi tidak dikurniakan bahagia. Allah itu adil..apa pun yang diberi kita wajib bersyukur.
Bukankah Allah berfirman "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui " (Al-Baqarah : 216)
Jadi..bagi aku, sebelum nak keluarkan pertanyaan atau ceramah ala ustazah..baik fikir dulu. Jangan anggap orang lain bodoh..tak ada pengetahuan dan sebagainya. Ntah la..emo aku hari ini. Tanyalah suami aku..pernah tak aku merungut soal zuriat..tak pernah..memang aku tak pernah sebab aku fikir mungkin belum masanya. Mungkin suatu hari nanti ada..yang penting jangan putus asa dan berhenti berharap pada Allah..
Allah tak pernah janji orang yang berkahwin akan dapat anak. Allah tak pernah janji orang yang kerja siang malam akan jadi kaya. Tapi Allah janji orang yang jaga solat adalah orang yang berjaya. Siapa yang jaga solat Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia. Siapa yang jaga solat Allah akan angkat siksaan kubur, siapa yang jaga solat akan lintas titian sirat sepantas kilat, siapa yang jaga solat akan masuk syurga tanpa hisab..
Jadi..mestikah orang yang berkahwin syaratnya dapat anak??
20 Comments
Hiks. Sabar ye kak min. Ignore aje mana2 negatif tu. Ye.
ReplyDeletehehe..Insyallah bersabar
DeletePasal anak tu semua dari Allah. Semoga orang yang tak paham tu diberikan petunjuk. Mungkin belum rezeki anak tapi min dapat rezeki lain kan. Itu semua aturan Allah. Stay strong dear.
ReplyDeleteTq Mel..
Deletemin.... bagus min.... kita kena selalu bersangka baik dengan ALLAH.. yang penting kita terus usaha kay.... k. azni pun pernah melaluinya.. paham perasaan tu
ReplyDeletekan kak..stay positif
DeleteRamai orang yang tak fikir bila nak bercakap isu-isu sensitive ni. Sebab diowg tak alami sendiri. Sabar ye kak min. Ada rezeki tu nanti. Insyaallah.
ReplyDeleteTu la..Insyallah masih bersabar
DeleteAllah Lebih Mengetahui, saya tak ambil peduli dengan kata-kata orang yang langsung tak memberi sokongan positif kerana saya pun mengalaminya. Kes saya, dah ada anak sorang masih lagi ada yang bertanya soalan sensitif seolah-olah takdir itu di tangan kita.. Sis kena kuat semangat dan terus berdoa..
ReplyDeleteI fill u sis...betul tu kisah nabi...kita doa je kak min...kita harap hikmah Allah. InsyaAllah, rezeki Allah bg cukup luas....kita cuba ajar diri makin kebal dan kalis tohmahan orang negatif...kak min boleh!
ReplyDeleteAminnnn
DeleteJanji Allah pasti. Apa dan kenapa.. hanya DIA yang punya jawapan..hugsss
ReplyDeleteKan..hugss
Deletejangan stres stress tau kak min.... Org ttc takleh stress tau.. ehehehe.. tabhkan ati mu ya..perbanyakkan zikir.Insyallah,kuat dalaman
ReplyDeleteInsyallah x stress heheh..insyallah2..tq
DeleteSabar k kak min.. stay strong.. mulut orang ni memang susah nak tutup huhu
ReplyDeleteHehehe insyallah bersabar..tq
DeleteDIA tahu apa yang terbaik untuk hamba nya
ReplyDeleteDun worry... Nikmati apa yang ada depan mata. Hargai lah ia...
Chewah. .
Bagus kak min, teruskan positif. Rezeki Allah tu sangat luas, dapat suami romantik dan baik cam abe yee pun rezeki best Allah bagi pinjam di dunia =)
ReplyDeleteInsya Allah ada rezeki Min nanti, abaikan je orang² yang hasad dengki tu.
ReplyDelete