Heaven..tu je satu perkataan yang mampu aku gambarkan untuk pengembaraan KBBA9 kali ni di Natasya Riverside Resort Gopeng.
Puas hati..sangat-sangat puas hati bercuti di Natasya Riverside Resort. Mana taknya..selain tempat yang cantik dan pelbagai aktiviti yang kami lakukan, kami juga berpesta durian di sini!!..jangan tak percaya kami kenduri durian sampai mabuk..hahaha..memang terbaekklah Natasya Riverside Resort Gopeng ni.
Kami hari tu sampai ke Natasya Riverside Resort dalam pukul 12. Sampai je mata terus tertumpu pada signboard 'Happily ever after start here'..menarik..
Kedatangan kami disambut oleh En.Irman..part menariknya ialah En.Irman ni ialah kawan sekolah aku..hahaha..kecil je dunia. Bertahun tak jumpa akhirnya berjumpa di Natasya Riverside Resort Gopeng ni.
Tapi..part yang lebih menarik ialah, sesampai je kami di sini kami telah dijamu dengan durian..haha..ye!! durian u olss..durian yang segar bugar yang baru gugur tu dihidangkan kepada kami. Apa lagi, kami semua berpesta durian la hari tu.
Lepas lunch, kira-kira pukul 2 petang kami dibawa pula merasai sendiri pengalaman ber white water rafting. Untuk aku yang kali pertama berwater rafting ni memang seronoklah walaupun agak cuak. Tapi jujur cakap memang best giler aktiviti ni pulak-pulak budak yang guide kami tu memang kelakar nak mampus..ayat pertama yang aku rasa macam nak pecah perut gelak ialah bila dia tanya kami semua pandai berenang tak? bila kami semua jawap tak..dia kata 'jangan bimbang sebab saya juga tak pandai berenang'..adess..mau gawat jadinya dengan gurauan comel dia tu.
Habis aktiviti, terus balik ke Nastasya Riverside Resort..lagi sekali kami kenduri durian. Yang menariknya..gugur je buah terus kami kutip dan belah. Berebut? memang tak la sebab durian berlambak depan mata..haha..minum petang kami juga disediakan bersama goreng pisang, cempedak goreng dan keledek goreng. Memang terbaiklah layanan pihak Natasya Riverside Resort ni pada kami.
Aktiviti kami sebelah malam pulak, selain makan malam yang disediakan ada pula BBQ. Makan memang kenyang sampai tak terhabis. Lepas makan aktiviti berkaraoke sampai lebam diikuti aktiviti 'game' yang buat aku tak kering gusi gelak. malam tu agak lewat kami tidur..sebab game habis pukul 2 pagi.
Esoknya pula, lepas sarapan kami semua 'hiking' ke Bukit Batu Putih. 30 minit masa untuk naik ke puncak. Tapi sebab kami banyak berhenti untuk tangkap gambar jadi dari 30 minit drag juga sampai 45 minit. Memang best sangat. Pemandangan pun memang cantik.
Turun dari Bukit Batu Putih kami dibawa berendam di sungai. Teringat pula kenangan di Tanah Aina dulu, lepas jungle trekking terus berendam dalam sungai. Habis je berendam, balik Natasya Riverside Resort..longgokan durian menanti kami. Hahaha..kenduri durian lagi oiii..pendek kata sepanjang kami di sini memang durian la menu utama kami.
Terima kasih tak terhingga buat pihak Natasya Riverside Resort Gopeng atas layanan terutama buat Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kassim. Tak lupa pada Encik Irman Ibrahim juga Encik Shaharil yang sangat-sangat bersabar dengan kerenah kami yang mabuk durian sepanjang berada di sana. Terima kasih juga sebab bekalkan kami dengan durian Alhamdulillah..rezeki....haha..pening kepala sepanjang perjalanan sebab kereta penuh dengan aroma durian.
Bagi u all yang nak merancang percutian, jangan lupa pilih Natasya Riverside Resort sebagai pilihan utama. Geng KBBA9 Insyallah merancang untuk ke sana lagi minggu ini.. Korang boleh hubungi :-
Tel : 017-4146669
Alamat : Lot 10855, Jalan Besar, Kg Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Aku jamin..percutian korang pasti sangat berbaloi.
12 Comments
Duriaaaaaannnnnnn!!!! Sedapnyaaaaaaa....
ReplyDeleteDurian tu... Heaven on earth..hahaha
ReplyDeletehuhuhuh .. jeles tak abis lagi nih..... mmg best laa dpt makan doyan yer.. doyan kampung plak tu..
ReplyDeletePadat dengan aktiviti.. menarik.
ReplyDeleterindunya nk makan durian
ReplyDeletemenariknya !! rugi tak dapat pi
ReplyDeletebanyak nya duriannn. best mandiii sungaiii
ReplyDeleteGiler bestlah aktiviti kat sana, syok tengok. Nanti nak pergi jugaklah masa musim durian.
ReplyDeletekenduriannnn tu paling best tuuu!!!
ReplyDeletesalam cik min =D
ReplyDeletebestnyer aktvt kat sana ^o^ gmbr duyan je nampak tu..heheh
Yang best dengar durian jatuh semua kelam kabut nak g cari... Hahaha
ReplyDeletekecik dunia dapat jumpa kaan sekolah..hehee..bestnya tengok aktiviti you all
ReplyDelete