Selamat Tahun Baru 2018. Heee..masih belum terlewat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru sebab ni baru hari kedua.
Moga tahun 2018 ni memberi sinar baru dalam hidup kita semua. Moga tahun baru ni membawa lebih keberkatan dalam hidup kita dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, lebih matang dalam segala tindak tanduk dan semoga lebih bahagia dan diluaskan rezeki.
Tahun 2017 meninggalkan aku 1001 kisah suka duka. Satu perjalanan yang normal untuk yang bergelar manusia. 2017 mengajar aku untuk lebih menjaga kesihatan, menjaga pemakanan dan lebih menghargai hidup.
Perjalanan perniagaan aku agak 'slow' sepanjang 2017 selepas menghidap slipped disc. Tapi perjalanan untuk dunia blog agak lebih memberangsangkan. Aku lebih banyak menumpukan pada dunia blog. Banyak yang aku belajar dari rakan-rakan blogger especially KBBA9.
Tahun 2017 memperkenalkan aku kepada lebih ramai kenalan. Lebih merapatkan lagi hubungan aku dengan suami yang mana selama ini kami lebih sibuk bekerja, mengusahakan bisnes kami. Tapi dengan adanya KBBA9 hubungan kami lebih dirapatkan dengan pelbagai aktiviti anjuran KBBA9 bersama keluarga antaranya aktiviti Family Day di The Legend Resort Cherating, malam Fright Night di Sunway Lagoon dan aktiviti di Bangi Wonderland.
Walaupun perjalanan bisnes aku agak 'slow' sepanjang tahun 2017 berbanding 2016 yang sememangnya tahun 'rancak' bagi aku, tapi rezeki Allah itu luas. Ye la..rezeki bukan hanya terletak pada banyaknya duit ringgit tapi rezeki Allah itu maksudnya meluas. Rezeki dari dunia blog Alhamdulillah melimpah ruah. Rezeki dapat belajar lebih lagi dari blogger-blogger senior, dapat berkenalan dengan lebih rapat dan dekat dengan blogger-blogger seluruh Malaysia, juga rezeki mengembara bersama mereka.
Jadi untuk tahun 2018 aku berazam untuk kembali beraksi secara agresif seperti tahun 2016 untuk bisnes aku. Cuma kali ini, Insha Allah aku akan lebih menjaga kesihatan aku. Dah serik sakit. Moga tahun ni juga kita lebih menghargai orang di sekeliling kita, menghargai pasangan kita, menghargai kaum keluarga dan rakan taulan.
Hidup ini ibarat sushi..terlalu banyak pilihan untuk dipilih..haha..banyak pilihan hidangan dan warna warni. Jangan salah pilih..takut-takut terpilih yang ada wasabi dalamnya. Macam tu juga dengan kehidupan..banyak pilihan untuk jalan yang kita pilih. Pilih yang terbaik agar jalan hidup kita tidak tersasar..
2 Comments
semoga tahun 2018 beri sinar yang baik untuk kita semua. Amiin. =)
ReplyDeleteala.. sushi ina tinggal kenangan.Hihhihihih.. apepun.., moga murah rezeki kakmin.Insyallah,allah nak gantikan yang lebih baik dan berkat tu.
ReplyDelete