Sambungan kisah 'Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara' anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Holiday Villa Langkawi, Pusat Kraftangan Malaysia Langkawi, Industri Kecil Sederhana Langkawi dan Cam Caravan.
Hari ke-3, kami menuju ke ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang,Alor Setar, Kedah. Menjejakkan kaki ke Muzium Padi ni memang buat mata aku terpaku dan kagum. Mana taknya..dalam Muzium Padi ni terdapat lukisan yang betul-betul 'hidup'. Lukisan yang menggambarkan tentang kehidupan dan kampung sekitar kaki Gunung Keriang. Lukisan ni terletak di tingkat 3, terdapat platform yang berputar seperti di Menara KL. Jadi korang boleh menikmati dan menghayati lukisan tu dengan penuh rasa kagum tanpa penat kaki nak berjalan..hahaha..sebab dia berputar 360 darjah!
Selain lukisan Puncak Gunung Keriang, dah tentulah dalam muzium tu penuh dengan kisah-kisah padi hehe..tentang bagaimana padi ditanam sehinggalah kepada penghasilan beras.
haha..rupa seorang petani..ekeke |
Hati Ku Tertinggal Di Keriang Hill
Selepas habis sesi lawatan ke Muzium Padi, kami menuju pula ke Keriang Hill. Sampai je ke Keriang Hill, aku memang dah terus jatuh cinta dengan suasana. Memang cantik dan tenang giler. Resort yang bersuasana dan bercirikan kampung. Hati memang tenang sangat-sangat berada di sini.
Keriang Hill ni terletak di kaki Gunung Keriang. Gunung Keriang ni kalau mengikut mitos terjadi kerana sumpahan Sang Kelembai. Menurut kisah, sebuah kapal yang membawa rombongan pengantin telah berlayar. Pengantin perempuan adalah seorang puteri raja yang enggan berkahwin dengan Sang Kelembai. Kerana berang Si Puteri bakal mengahwini jejaka lain, Sang Kelembai telah menyumpah kapal dan rombongan tersebut menjadi batu..itulah kisahnya..
Pintu gua Gunung Keriang |
Di Keriang Hill ni terdapat 15 buah pondok yang berkonsepkan rumah kampung dengan berlainan rekabentuknya pada setiap satu. Apa yang uniknya dengan pondok ini adalah kerana ianya dipindahkan dari beberapa daerah di negeri Kedah dan ditempatkan di kaki Gunung Keriang, maka wujudlah satu resort perkampungan di dalam bandar yang dinamakan Keriang Hill.
Makan tengahari kami telah ditaja oleh Keriang Hill. Alhamdulillah, semua masakan memang sedap sangat.
Dalam banyak-banyak tempat yang aku lawati sepanjang trip 6 hari 5 malam ni..Keriang Hill tempat paling aku jatuh cinta. Insyallah kalau diizinkan Allah, 1 hari nanti nak ajak suami honeymoon kat sini lah..hahaha
Kalau sesiapa berminat untuk menginap di Keriang Hill, boleh la hubungi dan layari web mereka di :
Keriang Hill Resort Sdn.Bhd
Mukim Gunung,
06570, Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Reservation : +6047305232
Website : www.kerianghill.com.my
E.mail : sales@kerianghill.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/KeriangHill/
Wau & MNH Harvester
Selesai di Keriang Hill kami terus menuju ke Pusat Usahawan Kraf tempat pembuatan wau. Selama ni aku ingat kat Kelantan je ada orang buat wau..rupanya di Kedah pun ada..
Dari pusat pembuatan wau, terus kami ke MNH Harvester untuk melihat dengan lebih dekat demonstrasi mesin potong padi/baler pengumpulan jerami. Untuk aku yang pertama kali berada dalam sawah padi yang luas terbentang, memang jakun jadinya! hahaha..apa pun terima kasih pada pihak MTC selaku penganjur. Kalau tak..tak merasa aku nak bergambar dalam sawah padi..hehe..
22 Comments
sy dok kedah pun tak sampai lagi.
ReplyDeleteGi la She..best..pulak2 muzium dan Keriang Hill tu..
DeleteCantiknya pemandangan ni
ReplyDeletekan..cantik pemandangan..memang canti sangat sampai jatuh hati dah kat tempat tu
Deletewah cantiknye tempat. memg seronok lah kalau dpt ke sini
ReplyDeleteCantiknya lukisan² tu, semua nampak macam real.
ReplyDeleteKannn..memang cantik and nampak hidup sgt lukisan tu
Deletebestnya keriang hill ni :)
ReplyDeleteHaah memang best
Deletedekat dengan rumah Hans nih
ReplyDeletelama xlalu kawasan nih
Ooo Hans memang org sana ek
Deleteyer...saya memang orang Aloq Setaq
Deletetapi sekarang duduk KL sebab kerja sini
rumah family masih dekat sana
hoiit..terkejut tengok makcik petani tu. Memang cantik2 la kat sini. designer dia mmg class la..
ReplyDeleteHahaha..terkejutkan?
Deletecantik gambar..:)
ReplyDeleteHehe tgk real lagi cantik..
DeleteMemang seronokkan.. LeYa tengok gambar2 Incik Suami yang pergi juga pun seronok je.. hehehe..
ReplyDeletecantik-cantik gambar dekat sana..farah kadang-kadang bawa juga anak2 pergi keriang hill nie sbb dekat jer hihi
ReplyDeleteBanyak sejarah Kering Hill ni kan..Nanti nak try kesana lah
ReplyDeletedah siri 4 - cantik pemandangan tu. jatuh cinta.
ReplyDeleteJanji Kita
Lukisan tu hidup. teringin sebenarnya nak jalan kat sawah padi macam tu..
ReplyDeleteRindunya nak balik kedah.. mmg keriang hill mmg best dulu masa study sempat naik utk buat final project
ReplyDelete