Peladang Setiu Agro Resort Cipta Suasana Damai

Sekarang musim cuti sekolah..korang dah plan ke nak kemana-mana? Kalau belum..meh aku cadangkan satu tempat yang pasti korang jatuh cinta. 

Aku dan rakan-rakan blogger KBBA dah pun rasai sendiri pengalaman menarik di sana. Di mana?? di Peladang Setiu Agro Resort , Terengganu. Seriously tempat ni cantik sangat-sangat kebetulan aku memang sejenis yang suka tempat-tempat yang damai macam ni.




Sedikit Tentang Peladang Setiu Agro Resort , Terengganu

Peladang Setiu Agro Resort  ni terletak di mukim Guntong, Setiu..kira-kira 89km daripada Kuala Terengganu. Peladang Agro Resort Setiu ni adalah sebuah resort berkonsepkan Agrotourism dengan keunikan Hutan Simpan Gunung Tebu yang kaya dengan flora dan fauna serta hujan tropika.

Terdapat kira-kira 58 unit chalet yang berbentuk tradisional di sini. jenis-jenis chalet pula adalah 
  • New Link Chalet
  • Garden Chalet
  • Pool View Chalet
  • Deluxe Chalet
  • Deluxe VIP
  • Deluxe Family
  • VIP Suite
Macam kami hari tu, semuanya dapat pool view chalet. Memang cantik sangat dan chalet ni dibina di atas tasik. 

Pool View Chalet




Garden View Chalet

Kemudahan yang terdapat di Peladang Agro Resort Setiu

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Peladang Setiu Agro Resort  ni termasuklah :
  • Surau yang luas dan selesa
  • Mini taman tema
  • Dewan seminar
  • Dewan Mesyuarat
  • Cafe
  • Agro Training Centre dengan kemudahan 26 bilik bajet dan 3 blok asrama dengan dewan makan dan dewan kuliah serta kemudahan surau
  • Tapak perkhemahan dengan kemudahan dewan terbuka, bilik air serta kemudahan air dan elektrik
Surau yang besar dan selesa

Training Centre

Taman Permainan

Dewan makan

Aktiviti Menarik Kami Sepanjang 3 Hari 2 Malam Di Peladang Setiu Agro Resort 

Sepanjang 3 hari 2 malam kami berkampung di sana, memang banyak aktiviti yang menarik disediakan. Antara aktiviti yang kami semua join ialah :

  • Agro Nite Trekking


  • Aktiviti Flying Fox

  • Aktiviti mencari kepah/lokan/kerang/tiram di Laguna Setiu
Perjalanan menuju ke Laguna Setiu untuk aktiviti mencari kepah/lokan/kerang/tiram

Aktiviti mencari lokan

Aktiviti mencari kepah

  • Aktiviti Water Confidence & Kayak



Itulah antara aktiviti yang kami lakukan disana. Untuk cerita lanjut tentang setiap aktiviti, Insyallah aku akan kongsi di entri seterusnya.

Pakej & Harga Yang Ditawarkan

Chalet Pusat Agro Tourism (Harga tidak termasuk sarapan pagi)

  • New Link Chalet - RM98
  • Garden Chalet - RM128
  • Pool View Chalet - RM148
  • Deluxe Chalet - RM178
  • Deluxe VIP - RM228
  • Deluxe Family - RM238
  • VIP Suite - RM398

Untuk Pertanyaan Lanjut & Tempahan :-

Peladang Setiu Agro Resort
Lot 3912, Guntong, 
22040, Setiu, Terengganu
Tel : 09-6920059 / 6920039 / 6920017 / 019-9192240
Fax : 09-6099763
Website : www.agroresort.com


 


Post a Comment

21 Comments

  1. Bestkan kat sini..tenang dan mendamaikan .. suasana tenang tu laa yang buat kita teringat2 nak pegi sana lagi..rinduuuu

    ReplyDelete
  2. Pestime jumpa kakak i sorang ni kat setiu agro resort
    lain hari kita lepak lagi haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kan Mimin..nnt kte lepak lagi ek..sambil bisik2 hahaha

      Delete
  3. hamboi bestnya..rugi tak g..huhu

    ReplyDelete
  4. haaa bestnyaaa. macam nak g lagi. hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Best nya korang.. cantik gila tempat tu.. Takde rezeki nak join..

    ReplyDelete
  6. Ty suka sngt bila dpt cr lokan semua pendedahan baru untuk ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..1st time try n tau yg bukan senang nak cari lokan rupanya

      Delete
  7. Seronok tengok semua orang happy

    ReplyDelete
  8. menarik dan damai je nampak tempat tu.
    Dekat dengan tempat saya tu.. Setiu ke Pasir puteh dalam 40 minit je.

    ReplyDelete
  9. bestnya Peladang Setiu Agro Resort ni. Harganya pun berpatutan. aktiviti pun best. boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  10. Ini peluang untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan bila mereka ke sini.

    Kalau tidak masing-masing asyik mengadap gajet walaupun duduk mengadap berdepan.

    ReplyDelete
  11. Cantik betul resort dia, tengok pun dah jatuh cinta.

    ReplyDelete
  12. Cantik resortnya, back to nature

    ReplyDelete