Bazaar Ramadhan @ Rebung Chef Ismail

Tiap kali bulan ramadan tiba, menu paling aku rindu ialah nasi ulam air tangan arwah mak. Nasi ulam arwah mak memang menu yang paling dinantikan oleh kami sekeluarga. Biasanya arwah mak akan masak nasi ulam ni bila semua anak-anaknya berkumpul untuk buka puasa bersama-sama. Maklumlah, nak masak nasi ulam ni renyah sikit.


Arwah abah pulak, kalau mak masak nasi ulam..mesti dia akan masak daging pacak iaitu istilah kami sekeluarga untuk daging bakar yang dipacakkan di tepi bara.

Baru-baru ni aku dijemput hadir ke majlis preview buffet ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail yang terletak di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Antara hidangan yang dihidangkan ialah nasi ulam. Jadi, aku yang memang rindu masakan arwah mak tak melepaskan peluang untuk rasa nasi ulam air tangan Dato' Chef Haji Ismail ni. 


Saat suap ke mulut, nak menitik rasa air mata..walaupun tak sama 100% tapi sekurang-kurangnya terubat rindu untuk makan nasi ulam air tangan arwah mak. Sedap! itu je ungkapan yang mampu aku ucapkan.Susah sebenarnya nak jumpa nasi ulam ni, tak sangka ada dihidangkan di Restoran Rebung Chef Ismail.






Untuk tahun ini, Dato' Chef Haji Ismail memperkenalkan Bazaar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail di mana Dato' Chef Haji Ismail mengetengahkan makanan 'hawker food' supaya para pengunjung yang hadir dapat merasai menu-menu bazar ramadan seperti roti jala, murtabak, mee goreng mamak dan sebagainya. 



Terdapat 9 bazaar yang disediakan di mana staff Restoran Rebung akan membuat roti jala, menebar murtabak, menguli onde-onde, memanggang ikan yang kemudiannya dihidangkan bersama sos cicah assam, pisang goreng dan jemput-jemput bawang, dimasak panas dan dihidangkan terus diatas pinggan pengunjung.







Selain menu-menu di atas, menu tradisional yang sememangnya sinonim dengan Restoran Rebung yang wajib dihidangkan ialah Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu, daging salai masak lemak cili api, ikan pari masak asaam pedas, ikan patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut dan bermacam-macam lagi.Yang penting, terdapat lebih daripada 80 menu yang dihidangkan di sini. 




Harga yang ditawarkan

Restoran Rebung Chef Ismail ini menawarkan harga buffet ramadan yang sangat berpatutan :

Dewasa : RM79.50 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun)  : RM53.00 nett

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :

Tel : 03-22763535/03-22762525
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No.1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480



Post a Comment

13 Comments

  1. Fuh.. tengok pada menu-menu dalam gambar tu.. memmang menyelerakan.. terasa macam nak sambut ramadhan sangat dah ni.. i likee.. hee

    ReplyDelete
  2. Tak sangka harganya agak berpatutan kan. Rawlins pun semacam dah suatu rutin untuk berbuka di Rebung setiap ramadan. Mungkinkah tahun nie ke sana lagi? Mungkin ya sebab tengok juadah macam best-best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berpatutan dengan menu yang sedap, tempat yang selesa kan..

      Delete
  3. waa first time dengar nasi ulam & daging pacak heheh..nasi ulam tu nasi goreng yg penuh dgn ulam-ulaman ke cmne? anyway, nampak best2 jugak lauk2 kat sana 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak..nasi ulam ialah nasi yang digaul dengan ulam-ulaman..tak goreng pun..hehe

      Delete
  4. Alamak chef fvrite ni hihi.. Murtabak tu kalau bulan puasa mmg wajib beli.. Sdapnye mmg x muak makan ari2..

    ReplyDelete
  5. heard a lot about this chef and amazing that have such a beautiful place with delicious food now everyone ca indulge it. When i see this... straight away i feel hungry... lolz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang sedap semuanya Rach..cuba la datang ke sini

      Delete
  6. drool! drooling all over my keyboard, those food photo looks amazing especially close up! Now I must find a Ramadhan Buffet spot for me and my family! This is the best season not to be missed by anyone!

    ReplyDelete
  7. Nasi ulam, jarang makan. Nak kena cuba nanti bulan puasa ni. Nampak sedap je..siput sedut dengan patin tenpoyak mengiurkan uiitt

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nampak juadah yang dihidangkan disini. Harga juga sangat berbaloi. Nak syorkan kepada kawan kawan lah.

    ReplyDelete