Berbuka Puasa Sambil Beramal di TPC Kuala Lumpur


Korang, baru-baru ni aku mendapat undangan ke majlis review buffet ramadhan di TPC KL. Secara jujurnya aku tak tau pun apa itu TPC KL hahaha..sungguh aku tak familiar langsung. Kemudian aku search..Laaa..rupa-rupanya TPC KL ni dulu Kuala Lumpur Golf and Country Club..yang kat Bukit Kiara tuuuu..

Gambar kredit Google

Bila dah search dan tau apa itu TPC KL maka secara pantasnya aku terus lah sahkan kehadiran aku.

TPC Kuala Lumpur

Terletak 8 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum ni dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), TPC KL adalah sebuah Kelab Golf yang bertaraf 5 bintang yang dimiliki oleh Sime Darby.

Pendek kata TPC Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Bukit Kiara ni memang menjadi tumpuan peminat sukan golf dan TPC Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan dunia melalui PGA TOUR, European Tour dan LGPA.

Berbuka Sambil Beramal di TPC Kuala Lumpur

Mendapat undangan ke majlis ‘review’ buffet ramadhan dari pihak TPC KL baru-baru ni macam dapat bonus rasanya bagi aku. Mana tak nya..bukan senang nak gi makan kat tempat 5 star camni kan..hehe..

Dari Klang tak jauh sangat pun sebenarnya, nak elakkan kesesakan lalulintas..aku terus ambil highway NKVE dan keluar tol Duta kemudian terus ambil jalan ke Bukit Kiara..senang je.
Masuk je ke kawasan TPC KL mata memang terpaku pada lanskap TPC KL yang memang cantik..maklumlah..padang golf katakan, jadi seluas saujana la mata memandang kehijauan dan lanskap yang cantik.

Tempat parking bertingkat pakej dengan shuttel service disediakan di TPC KL ni. Jadi korang jangan bimbang kalau korang parking di tempat yang agak jauh sebab akan sentiasa ada shuttel service yang sudi menghantar korang ke tempat yang korang nak tuju.





Bertempat di Golfer's Terrace, TPC Kuala Lumpur menyediakan hidangan buffet ramadhan yang bertemakan Selera Muhibbah dengan pelbagai jenis hidangan buffet menarik disediakan. Namun, apa yang menariknya ialah setiap buffet voucher yang terjual..RM1 akan didermakan kepada rumah anak yatim. Jadi..sambil berbuka puasa korang juga secara tak langsung akan beramal dan menderma ke rumah-rumah anak yatim.

Menu Selera Muhibbah di Golfer's Terrace

Melangkah masuk ke Golfer' Terrace, mata memang terpesona dengan dekorasi yang cukup cantik dan mewah. Meja-meja marmar yang tersusun indah buat hati aku tak sabar untuk melihat hidangan yang bakal dipersembahkan. 





Dan ternyata..bila hidangan dipersembahkan..sikit pun tak mengecewakan aku. Tahun ni TPC Kuala Lumpur menyediakan 22 buah gerai untuk pelbagai jenis makanan dan setiap gerai terdiri daripada menu yang berlainan. Antaranya ialah :-

  • Gerai Rojak Buah-buahan
  • Gerai Griddle Cabbage Pancake
  • Gerai Mashed Potato
  • Gerai Assam Pedas Lok-Lok
  • Gerai Carrot Cake Istimewa
  • Gerai Roti Canai
  • Gerai Satay Bakar
  • Gerai Mee Rebus
  • Gerai Kway Teow Goreng
  • Gerai Lidah Bakar
  • Gerai Kambing Bakar
  • Gerai Kak Mah Goreng-Goreng
  • Gerai Kuih Melaka / Onde-onde
  • Gerai Apam Balik
  • Gerai ABC


Selain menu di di gerai-gerai terdapat juga buffet hidangan lauk pauk, ulam-ulaman, dessert dan juga minuman. Yang paling menarik ialah hidangan masakan tradisional seperti Daging Rendang Tok Perak dan Asam Pedas Ikan Patin.

Rendang Tok Perak

Asam Pedas Ikan Patin

Carrot Cake


Kerabu Telur Asin

Udang Masak Merah dengan Kacang Peas

Telur Masak Kurma


Kalau tanya pendapat aku, paling aku suka ialah lidah bakar. Secara jujurnya aku memang tak makan lidah..hahaha..sebab macam geli je dan sebelum ni aku pernah cuba makan lidah tapi terlalu rasa hamis pada aku. Tapi sebab pihak TPC Kuala Lumpur mencadangkan lidah bakar pada aku dan rupanya lidah bakar ni ialah "signature dish" diaorang, maka aku try. Ya Allah..seriously sedap nak mampus u olsss..makan lidah bakar tu rasa seperti makan daging bakar yang lembut. Air asam yang dihidangkan bersama lidah bakar tu memang terbaik. Aku suka sangat dan korang pun wajib cuba. Sumpah..tak tipu..hahaha..menyesal kalau korang tak rasa.

Lidah Bakar
Hidangan kedua yang aku suka ialah kerabu kerang. Kerabu kerang di Golfer's Terrace TPC KL ni sangat-sangat sedap dan kena dengan selera aku. Cukup rasa..masam, masin, manis dan pedas. Seriously aku dua kali tambah kerabu kerang ni dan..siap promote lagi pada tetamu yang lain..hahaha..

Kerabu Kerang


Kambing panggang diaorang tak yah cakap lah..memang sedap. Lembut dan juicy ditambah dengan gravy yang memang terbaik. Ni pun antara hidangan yang aku rekemen pada korang semua. 

Kambing Panggang

Pendek kata hidangan dan juadah buffet ramadhan di TPC Kuala Lumpur ni adalah antara yang terbaik yang aku pernah cuba. Jujur aku cakap..hidangan memang 5 star setanding tempat yang memang 5 star. Aku sangat puji Chef-Chef yang ada di TPC Kuala Lumpur ni. Masakan diaorang memang sangat tip top. Dah la tempat cantik, menarik dan mewah..makanan pulak sedap-sedap. 

Gambar kredit TPC KL

Serious aku cakap..korang tak akan sesekali rasa menyesal untuk bawa keluarga korang berbuka puasa di sini. 

Harga Buffet Ramadhan Selera Muhibbah



Aku difahamkan harga Early Bird Voucher dah pun habis terjual. Jadi kalau korang nak datang ke TPC Kuala Lumpur ni korang boleh dapatkan dengan harga :

RM95 nett (Member)
RM110 nett (Visitor)

Untuk sebarang tempahan dan juga pertanyaan korang boleh hubungi pihak TPC Kuala Lumpur :-

Tel : 03-20119187 / 189
Website : tpckl.com

Untuk kita yang memang datang untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan, biasanya tempat paling utama dan penting bagi kita ialah surau. Mengambil berat tentang persoalan itu, pihak TPC Kuala Lumpur telah menyediakan sebuah surau yang luas dan selesa khas untuk pengunjung untuk berbuka tanpa meremehkan soal solat.





Akhir kata dari aku..rugi kalau korang tak datang bawa family korang berbuka puasa di Golfer's Terrace TPC Kuala Lumpur ni.






Post a Comment

30 Comments

  1. Bestnya cik min.. Kalau bulan puasa nanti ada invitation.. Jangan lupakan kita tau.. ����

    ReplyDelete
  2. Tak ajak haha tetiba .. okla sangat berbaloi dgn makanan2 yg ada .. pheww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha alaaa lupa nak ajak qaseh..haah sgt berbaloi sebenarnya

      Delete
  3. Nampak lawa selesa laaaa..
    Food dia buat kita tergoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak nina..sgt2 selesa..maklum la 5 star kan so environment dan food pun 5 star gak hehe

      Delete
  4. Cantik tempatnya.. Nampk exclusive sgt.. Tp xsyok tgk gambar makanan tu.. Huhu buat yanie jadi lapar jew..nampak sedapppp huwaaa..

    ReplyDelete
  5. Cantik interiornya. Berbaloi dengan menu dan harga buffet.

    ReplyDelete
  6. Serius, Dura pun tak tau TPC tu ape.. huhu. Btw, menu dia nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  7. Kerabu kerang tu menggoda hati i laaa hahaha.. kerabu telur asin first time dengar..

    ReplyDelete
  8. lidah bakar tu,tak ramai orang yng pandai buat walau chef terkenal.makanan eksotik hehehehhe

    ReplyDelete
  9. Wow, banyak juga gerai yang ada. Tempat solat pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya dekorasi dia, makanan pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah rasa gak lidah bakar, tapi mcm menarik plak tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..kte sebenarnya tak makan lidah tp yg ni memang sedap sangat

      Delete