Korang mesti dah baca tempat-tempat bebuka puasa yang aku
cadangkan pada korang dalam entri-entri aku sebelum ni kan? Semua yang aku
cadangkan itu tempat-tempat yang bukan di luar kebiasaan.
Apa kata kali ni aku
cadangkan korang untuk berbuka puasa di atas cruise pulak..nak tak? So..apa
kata aku bawakan korang cerita tentang berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya.
Sedikit Tentang Cruise Tasik Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya (CTP) diuruskan oleh Marina Putrajaya
Sdn.Bhd (MPSB) iaitu anak syarikat Putrajaya Leisure & Services Sdn.Bhd.
(PULSE) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menguruskan produk pelancongan dan
rekreasi terbaik di Putrajaya termasuk Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA),
Pusat Rekreasi Air Putrajaya (PRAP) dan Skyride Festival Park Putrajaya
(Skyride).
Cruise Tasik Putrajaya (CTP) menawarkan pakej-pakej menarik
menaiki cruise dan perahu seperti Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat
Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan Hari Lahir,
Mesyuarat dan pelbagai lagi.
Selain dari bot cruise, MPSB juga menyediakan perahu
tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang dan Lepa-Lepa serta Picnic Boat.
Iftar Fi Sofina
Semalam aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman
berbuka puasa di atas cruise. Menarik?? SANGAT!! Hahaha..itu je yang mampu aku
gambarkan.
Bayangkan bila terdapat lebih 30 sajian pilihan yang
menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit..bahagia tak?
Hahah..tentulah bahagia. Dah la dapat makan sedap-sedap kemudian berpeluang
untuk menikmati pemandangan sekitar Putrajaya di atas cruise..rasa macam mewah
dan eksklusif sangat.
Antara menu yang dihidangkan di atas cruise ni ialah Kambing
Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan
pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu serta pencuci mulut. Menu lain yang
berkonsepkan sama ada Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut
ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan di dalam juadah berbuka puasa.
Yang menariknya lagi setiap pelanggan juga akan mendapat
sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Di samping
itu, pihak MPSB juga menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat
bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina.
Para pelanggan turut berpeluanguntuk menderma di mana MPSB akan menyumbang RM1
bagi setiap pakej yang dibeli kepada rumah-rumah kebajikan terpilih.
Harga Yang Ditawarkan
Early Bird (sehingga
16 Mei 2018)
Dewasa : RM120.00 nett
Kanak-kanak : RM75.00 nett
Warga Emas : RM75.00 nett
Harga Biasa
Dewasa : RM145.00 nett
Kanak-kanak : RM77.00 nett
Warga Emas : RM77.00 nett
Keterangan lanjut
Tempat : Cruise Tasik Putrajaya
Masa : 6.30pm – 8.30pm
Alamat : Jeti Putra, Jambatan Putra, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : +603 8888 5539
Fax : +603 8888 3769
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com
Website : www.cruisetasikputrajaya.com
Facebook : cruisetasikputrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/cruisetasikptjy/
Nota :
Untuk Iftar Fi Sofina, cruise cuma kan berlayar selepas
solat Maghrib kerana para pelanggan akan menunaikan solat terlebih dahulu di
ruang solat Lounge Jetty Cruise Tasik Putrajaya. Pelanggan terlebih dahulu
dijamukan dengan kurma dan air sebelum hidangan berat dihidangkan diatas
cruise.
6 Comments
Sedap sos black pepper tu. Laksa johor pon best. Mmg satu pengalaman yg xdpt dilupakan.
ReplyDeletePssst : lajunya kak Min update >___<
Berbuka puasa atas kapal Cruise adalah pengalaman yang best dan takkan dilupakan. Bukan senang dan selalu kita akan naik kapal ni. Jadi jangan lepaskan peluang walaupun sekali setahun hehehe .. all food pun sedap .. gambar pun nampak kerlass gitu ..
ReplyDeleteBestnya.. Ai takut naik cruise kat laut.. naik kat tasik pun ok lah.
ReplyDeletepernah naik cruise ni dulu tapi tak pernah dine in lagi. Menarik
ReplyDeletesiap ada ulam-ulaman yum yum....
ReplyDeleteSolat maghrib kt mna? ada sedia surau?
ReplyDelete