Orang-orang Shah Alam..meh aku nak share dengan korang
tempat untuk berbuka puasa dengan family yang berdekatan je dengan tempat
korang. Ha..kat mana tu? Jom ke Geno Hotel
Geno Hotel
Geno Hotel ni terletak di Taman Subang Mas. Walaupun namanya
berada di Subang tapi sebenarnya Hotel Geno ni bersempadan je dengan Shah Alam
atau lebih senang nak jelaskan, terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian
Hicom. Memang dekat sangat kalau dari Klang atau bandar Shah Alam sendiri.
Geno Hotel ni dah beroperasi selama 2 tahun dah. Aku sendiri
selama ni cuma nampak hotel ni dari highway elite je. Tak pernah jejakkan kaki
ke sana hinggalah baru-baru ni aku dan rakan-rakan blogger yang lain mendapat
jemputan untuk majlis review buffet Ramadan di Geno Hotel.
Semarak Ramadan
Untuk tahun 2018 ni, Geno Hotel mengetengahkan tema ‘Semarak
Ramadan’ di mana masakan tradisional melayu menjadi menu utama hotel ini.
Terdapat hampir 100 hidangan buffet disediakan setiap hari
termasuk hidangan utama dan pemanis mulut.
Kalau tanya pendapat aku tentang makanan di sini, jawapan
aku..Alhamdulillah..semuanya sedap terutama lamb grilled dengan black pepper
sos. Kambing dia betul-betul lembut dan juicy ditambah dengan rasa sos black
pepper yang sungguh sedap.
Pilihan kedua aku ialah satay. Bukan nak cakap la
korang..satay dia mabeles dan kuah dia berganda mabeles hahaha..Aku bab kuah
kacang memang cerewet sikit tapi kuah kacang kat Geno Hotel ni memang kena
sungguh dengan selera aku.
Pilihan dessert aku pula ialah ABC dan Apple Crumble. Kuih
muih melayu yang disediakan juga tak mengecewakan terutama kuih lapis dan sago
gula Melaka. Pendek kata, semua hidangan di sini tidak mengecewakan tekak aku.
Hidangan lain yang disediakan di Geno Hotel ialah Asam Pedas
Ekor, Kari Kambing, Ikan Keli Berlado,
Ikan Bakar, pelbagai ulaman dan sambal juga ikan masin. Bagi yang suka makan
mee, pelbagai jenis mee akan dihidangkan seperti mee rebus, laksa penang, mee
kari dan pelbagai lagi.
Namun menurut Chef eksekutif Geno Hotel iaitu Chef
Jamal, hidangan mee akan bertukar setiap hari bagi mengelakkan pengunjung
ulangan daripada bosan dengan hidangan yang sama setiap hari.
Executive Chef : Chef Jamal bersama blogger KBBA |
Lagi satu yang aku nak share kan dengan korang, tempat makan di Geno Hotel ni cantik sangat korang. Paling aku suka ialah pemandangan luar dari tempat makan ni..hijau je..sejuk mata
memandang.
Kemudahan Parking & Surau
Seperti biasa, aku akan menekankan 2 tempat ni bagi
memudahkan korang yang plan nak datang ke tempat-tempat yang aku cadangkan.
Kemudahan parking kat Geno Hotel ni memang
disediakan dan parking space nya memang luas dan mudah untuk pengunjung.
Manakala surau pula disediakan di basement parking. Suraunya
juga bersih dan selesa. Kalau dari tempat makan tu korang cuma perlu ambil lift
atau turun di tangga yang berdekatan.
Harga Buffet Ramadan di Geno Hotel
Early Bird (dari 15 Mac - 30 Apr 2018)
Dewasa : RM88 nett
Kanak-kanak : RM44 nett
Warga Emas : RM57.20 nett
Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/mygenohotel/
Instagram : https://www.instagram.com/mygenohotel
Website : www.genohotel.com
Tel : 03-50336666
17 Comments
banyak jugak menunya. berbaloi
ReplyDeleteteringat apple crumble yg sedap ituuu
ReplyDeleteBest!!
ReplyDeleteSemua pun nampak sedap.
ReplyDeleteApple crumble tu memang sedap sangat!
ReplyDeletemenyelerakan sungguh aihhh.. nampak gambar je pun dah tertarikk
ReplyDeleteSuka kuah satay.. sampai ambil kuah satay makan dgn kambing golek..hehe
ReplyDeleteUish menarik ni
ReplyDeleteAlamak tetiba rasa lapar sebab nampak semua macam sedap je
ReplyDeleteamboi makanan dia oleh buat kita jilat skin laptop..:)
ReplyDelete*skrin
ReplyDeleteKalau bab makan ni memang meleh air liur terus. Hhee
ReplyDeletePaling terpikat dengan bread butter puding dia.. sedap sangat..
ReplyDeletesedapnyeeee
ReplyDeleteTengok gambar pun dah menyelerakan. Best!
ReplyDeleteMenariklah semua menu² dia.
ReplyDeleteAduhai kambing ku heheh
ReplyDelete