Teringin nak makan juadah warisan pada bulan puasa nanti? Jom ke Pacific Regency Hotel Suites sebab pada tahun ini Pacific Regency Hotel Suites bakal menghidangkan Juadah Warisan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.
Bertempat di Soi 23 Restaurant yang terletak di aras 23 di Pacific Regency Hotel Suites, pelbagai juadah warisan seperti Ikan Kembung Masak Tempoyak, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi dan Gulai Kawah bakal dihidangkan.
Manakala pelbagai jenis minuman termasuk Sirap Selasih turut dihidangkan selain pelbagai jenis kuih muih tradisonal seperti kuih Ketayap dan Lopez.
Menu Pilihan
Kalau tanya menu pilihan aku..aku akan jawab jujur yang Ikan Kembung Masak Tempoyak tu memang sedap! memang sama dengan air tangan orang Pahang. Aku berani cakap sebab aku anak jati Raub, Pahang! Serious..Macam tu la rasa masakan asli tempoyak Pahang. Lengkap dengan Timun tua dan bunga kantan..memang terangkat! Jarang aku nak puji masak tempoyak yang makan di luar dan aku syak Chef yang masak ni mesti orang Pahang..hahahaha..
Selain lauk pauk, aku juga suka Asam Laksa yang dihidangkan di sini. Cukup rasa! tu je yang mampu aku gambarkan untuk bagitahu korang yang Asam Laksa kat sini memang terbaik. Popia basah kat sini pun sedap..aku tengok member aku si Sally tu sampai bertambah makan popia basah ni..haha..
Tempat Makan Yang Selesa dan Romantik
Asyik cerita pasal menu je kan...so aku nak ubah topik tentang tempat makan pula. Tempat makan di Soi 23 Restaurant, Pacific Regency Hotel Suites ni sangatlah selesa. Paling best ada tempat romantik untuk korang nikmati juadah berbuka puasa korang kalau korang datang dengan yang tersayang. Ada sudut makan yang betul-betul menghadap pemandangan bandar metropolitan ni.
Untuk kita umat Islam ni, Surau adalah tempat paling utama yang kita risaukan ketika berbuka puasa di luar. Jangan bimbang! sebab surau disediakan di level yang sama iaitu level 23.
Harga & Tempahan
Jika korang berminat untuk berbuka puasa di Pacific Regency Hotel Suites, harga untuk buffet Ramadan di sini ialah :
Dewasa : RM98.00++
Kanak-kanak : RM49.00++
Warga Emas : RM49.00++
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :
Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower, Jalan Punchak Off Jalan P Ramlee
50250, Kuala Lumpur
Tel : 03-23327788
Email :fnbadmin@pacific-regency.com
4 Comments
semua menu nampak sedap!
ReplyDeleteSemua menu nampak sedap belaka. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
ReplyDeleteTerliur tengok menu semua tu. . Tempat pun nampak menarik ni
ReplyDeletewahhh...sedap sungguh lauk pauk especially masak lemak cili api pucuk ubi kayu dgn daging salai tu...terbayang2 lagi
ReplyDelete