#makansedap di BGR Restaurant


Lebih 200 menu akan dihidangkan di Bangi Golf Resort (BGR) Restoran sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.


Aku dan suami dah cuba hampir kesemua menu-menu buffet Ramadan yang ada di BGR Restoran ni. Boleh dikatakan hampir kesemua menu sedap-sedap belaka. Paling aku ialah sate dan kuih muih yang ada di sini.



Kalau korang merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga..BGR Restoran la tempat yang sesuai untuk korang sebab berbuka puasa di BGR Restoran ni selain selesa, parking pun mudah sebab 800 lot parkir percuma disediakan khas untuk tetamu diaorang. Jadi korang tak payah bimbang soal parking.

Yang paling penting BGR Restoran ni telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato’ Menteri Besar Selangor pada 2017. Oh ye, sejak tahun 2009 lagi BGR Restoran ni telah pun mendapt Sijil Halal JAKIM tau!

Untuk sajian buffet Ramadan pada tahun ini, BGR Restoran telah menghidangkan :-

·        Sajian Eksklusif

Kambing bakar yang dipanggang perlahan atas api dan sup kambing mamak dihidangkan khas untuk para tetamu.  Sate ayam dan daging, kuey teow goreng dan mee goreng mamak juga disediakan secara langsung di depan mata pengunjung. Senang faham, diaorang akan masak secara ‘live’ depan mata kita jadi kita akan dapat hidangan yang panas dari atas dapur.



·       Hidangan Barat Moden

Hidangan barat seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut menanti tetamu di BGR Restoran ini.



·       Masakan Melayu dan Tradisional

Hidangan Melayu tradisional seperti Nasi Kerabu, Laksa Sarawak juga ada disediakan. Apa yang menariknya, kebanyakan sayur-sayur yang dihidangkan adalah hasil tanam sendiri pihak BGR Restoran di “Kebun dalam Bandar” berlokasi dalam premis Bangi Golf Resort. Jadi kalau korang pilih nasi kerabu sebagai hidangan korang, korang akan rasai sendiri kesegaran sayuran yang dipetik oleh chef BGR Restoran.



·        Pelbagai Pencuci Mulut

Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta pudding, agar-agar dan buah-buahan  antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan.

Kalau tanya aku secara peribadi, aku paling suka Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse.




Harga Yang Ditawarkan

Harga untuk hidangan lebih daripada 200 menu ni sangat-sangat berpatutan korang! Harga bermula daripada :

Dewasa               : RM59.00 nett
Kanak-kanak      : RM29.50 nett

Untuk Tempahan :

Dial                     : 1-700-81-8557
Email                  : sales@bgrrest.com
Website               : http://www.bgrrest.com
Facebook            : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram            : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial

Post a Comment

1 Comments

  1. BGR antara buffet Ramadan yang murah dan banyak sgt pilihan makanan. tahun sudah dan 2 tahun lepas memang pergi BGR

    ReplyDelete