Selera Warisan di 'Flavors' Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur


Ramadan dah makin menghampiri. Kebanyakan hotel dan restoran sekarang tengah giat mempromosikan menu buffet Ramadan masing-masing.

Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur tidak terkecuali. Baru-baru ni aku dan suami sempat memenuhi undangan dari pihak Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur untuk mencuba menu-menu buffet Ramadan yang akan disajikan kepada para tetamu menjelang bulan Ramadan akan tiba.





Untuk tahun ini, Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur mengetengahkan konsep ‘Selera Warisan’ di mana menu-menu masakan tradisional Melayu akan dihidangkan untuk para tetamu.

Menariknya kesemua menu ini adalah hidangan air tangan Chef Eksekutif Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur sendiri iaitu Chef Othman Abu Baker yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang kulinary di mana 20 tahun daripadanya ialah pengalaman dalam industry perhotelan dan mengkhususkan diri dalam masakan gaya Eropah dan Melayu.


Terdapat lebih 150 menu akan dihidangkan termasuklah daripada salad segar hinggalah ke kerabu, pelbagai jenis sup (sup perut, sup kambing dan beberapa jenis sup lagi),pencuci mulut dan sebagainya.







Tak lupa masakan tradisonal seperti Rendang Tok, Kerabu Udang, Siput Sedut Tumis Berlada, Masak Lemak Pucuk Paku dan Bubur Lambuk



Oh ye.. mesti korang risau pasal solat kan? Jangan bimbang, surau yang selesa disediakan di aras 3

Menu Pilihan Aku

Bercakap soal menu pilihan, memang tak terpilih sebenarnya sebab terlalu banyak menu yang dihidangkan dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Tapi yang paling mencuri hati dan tekak aku ni ialah satay! Ye..satay!! hahaha..satay ayam dan satay daging di Flavors Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni memang sedap yang teramat sangat. Perapan yang sempurna dengan kombinasi ayam/daging yang lembut tu yang buat hati dan tekak aku ni tertarik sangat. Kuah kacangnya juga sedap..

Selain satay, aku suka Kambing Golek yang dihidangkan di sini sebab daging kambingnya sangat juicy dengan sos black pepper yang sangat mengancam. Ha..tak lupa..Siput Sedut Masak Lemak Cili Api pun ya Allah..memang sedap sangat.


Dan pencuci mulut paling aku suka ialah pengat pisang. Aku cerewet sikit makan pengat pisang ni sebab pada aku pengat pisang paling sedap ialah pengat pisang yang arwah mak aku masak. Tapi pengat pisang kat sini memang kena dengan tekak aku yang cerewet ni.


Persembahan muzik untuk para pengunjung

Sedikit Tentang Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di antara Bukit Bintang dan Chinatown. Pendek kata kalau nak ke Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni dengan menaiki kenderaan awam, korang boleh pilih untuk menaiki LRT sebab stesen LRT Cuma beberapa meter dari Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.

Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur juga mempunyai sebanyak 296 bilik untuk para tetamu mereka yang terdiri daripada Deluxe Rooms, Executive Room, Premier Room dan juga Suite.

Harga Buffet Ramadan di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Early Bird Voucher :
RM82.00 nett (tempahan bermula 17 Mac sehingga 6 May 2018)
Harga Biasa (17 – 20 May & 11 – 14 June 2018) :
RM95.00 nett (dewasa)
Harga Biasa (21 May – 10 June 2018)
RM118.00 nett
Harga untuk Kanak-kanak dan Warga Emas :
RM60.00 nett (sah laku daripada 17 May – 14 June 2018)

Harga Bilik Sepanjang Ramadan (Sah laku daripada 15 May sehingga 14 June 2018 SAHAJA)
Single Room :
RM250.00 nett per room/per night.
Harga termasuk buffet Ramadan & sahur

Double/Twin Room :
RM320 nett per room/per night
Harga termasuk buffet Ramadan & sahur

Untuk Keterangan Lanjut & Tempahan
Tel : +603 2785 1111 ext. 1157/1159
Fax : +603 2141 5555
Alamat : 117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Post a Comment

2 Comments

  1. Akak nampak siput sedup...aduhai..sedapnyaaaa...bila bulan puasa tiba sure masakan- masakan melayu tradisional banyak kat mana- mana buffet

    ReplyDelete
  2. Alaaa.. teringin pingat pisang dah

    ReplyDelete