Tema Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa

Sejak-sejak mendapat banyak undangan review buffet ramadan ni, ada jugak member-member yang pm tanya mana lagi tempat nak bawak family dan kawan-kawan berbuka di luar sekitar bandaraya KL..moh korang..aku share lagi 1 tempat yang best untuk berbuka di luar!

Kali ni aku nak ajak korang berbuka puasa di Ancasa Hotel & Resort Spa yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota metropolitan ni.



Sedikit Tentang Ancasa Hotel & Resort

Ancasa Hotels & Resorts merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Negeri Sembilan. Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu, Ancasa Residences, Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Banyak juga rangkaian hotel Ancasa ni sebenarnya. Tapi yang aku pergi semalam ialah Ancasa Hotel & Spa yang terletak di jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

Kemudahan Pengangkutan Awam

Terus terang aku bagitau korang, kalau korang nak datang dengan mudah yang tak payah nak hadap jem dan pening mencari parking..aku suggest kan korang naik pengangkutan awam sebab jarak antara  Ancasa Hotel & Spa  dan station-station berdekatan cuma :

  • Plaza Rakyat LRT Station - 50m atau pun 2 minit berjalan kaki
  • Pasar Seni LRT Station - 100m atau pun 10 minit berjalan kaki

Macam aku semalam, aku ke KTM Shah Alam..parking kereta kat sana. Lepas tu aku ambil LRT ke KL Sentral. Dari KL Sentral aku ambil grab car je cuma bayar RM6 untuk sampai ke Ancasa Hotel ni.

Kalau korang tak nak ambil grab sebenarnya korang boleh naik LRT sampai ke Pasar Seni..tapi kena jalan kaki sikit dalam 10 minit untuk sampai ke hotel. Atauuuuu..korang naik sampai Masjid Jamek kemudian tukar LRT Ampang Line dan turun di Plaza Rakyat sebab Ancasa Hotel terletak sebelah je dengan station tu..hehehe..mudah kan?

Ramadan Buffet Kampong Boy

Untuk tahun ni Ancasa Hotel & Spa memilih tema 'Kampong Boy' yang bertepatan dengan kempen 'Stay, Dine & Win' yang dianjurkan oleh pihak Ancasa Hotel &Spa yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018.



Tema Kampong Boy ni diperkenalkan bagi mengetengahkan masakan melayu tradisional atau masakan kampung. Terdapat lebih daripada 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan antaranya Rendang Ayam Pucuk Maman, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan pelbagai lagi menu yang menarik.

Manakala terdapat 12 gerai dihias bertemakan 'Kampong Boy' turut dan 'live cooking' turut disediakan.



Makanan pilihan aku?? Oleh sebab makanan yang disediakan oleh chef-chef yang hebat di Ancasa Hotel & Spa ni semuanya sedap sukar untuk aku pilih mana satu pilihan kalbu..wakakaka..serious sebab sedap sangat. Tapi antara makanan yang aku masih teringat-ingat ialah Rendang Ayam Pucuk Maman. Sumpah aku tak tipu..rasa rendang ayam & pucuk maman tu sama macam masakan 'pure' kampung. Cukup rasa! tu je yang mampu aku gambarkan.



Selain Rendang Ayam Pucuk Maman, aku suka Rebung Masak Lemak Cili Api yang memang kick pedasnya! kena sangat dengan selera aku yang kuat pedas ni.Udang Rangup Iman Madina pun masih jadi igauan aku. Bayangkan udang sedagar yang besar-besar tu di goreng rangup..perghh bikin leleh wa cakap lu..



Daging Masak Hitam pulak..ya Allah..lembutnya..dah la sedap. So semalam aku memang terus melupakan apa makna diet dalam hidup aku..hahahah..




Semalam air pilihan aku ialah Air Kelapa. Seriously Air Kelapa yang dihidangankan oleh pihak Ancasa Hotel & Spa ni memang air kelapa pure! bukan kordial..isi kelapa segar juga dihidangkan bersama air tau. Dan untuk air sahaja 5 kali aku tambah..hahaha..punya la sedap.

Desserts juga semua sedap. Yang menariknya di Ancasa Hotel & Spa ni..kuih muih melayu seperti Apam Balik, Ketayap, Wajik, Kuih Talam dan Seri Muka turut dihidangkan. Pendek kata kalau korang yang tengah berdiet datang ke Ancasa Hotel & Spa ni..mohon lupakan seketika niat korang untuk BERDIET tu. Rugi kalau korang tak rasa semua jenis hidangan yang disediakan oleh chef-chef yang hebat ni.








Kemudahan Bersolat

Surau di sediakan di tingkat 1. Dari lobi korang naik je tangga dan surau terletak di sebelah kanan korang. Semalam aku pergi surau di Ancasa Hotel & Spa ni dan ternyata memang selesa sangat. Jadi untuk korang yang datang berbuka puasa di sini, jangan bimbang..surau yang selesa memang disediakan.





Harga & Tempahan

Jujur..aku terkejut sebenarnya tengok harga yang ditawarkan oleh pihak Ancasa Hotel & Spa ni. Terkedu pun ada..bayangkan dalam banyak-banyak hotel yang aku pergi..Ancasa Hotel & Spa la yang menawarkan harga terendah. Sumpah korang..aku tak tipu..Makanan kat sini semuanya sedap belaka..tengok harga yang ditawarkan memang dalam hati aku cakap 'ruginya kalau korang lepaskan peluang berbuka puasa kat Ancasa Hotel & Spa ni'

Untuk Early Bird harga cuma RM58 korang!

Untuk Harga Biasa pula :
Dewasa : RM68 nett
Kanak-kanak : RM40 nett

Korang ghase????? Murah kan? Berbaloi-baloi sangat. Jadi..tunggu apa lagi u olsss.. cepat buat tempahan sekarang.

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur
Tel : 603-20266060
Fax : 603-20268322
Reservation Toll Free Line : 1-300-880-032

*Psssttt..rugi kalau tak buat tempahan awal..

Post a Comment

37 Comments

  1. Tema kampung boy tu kelainan tersendiri, menarik. Boleh terjah nanti dekat!

    ReplyDelete
  2. Eh yelah.. .. Murah!
    Berbanding hotel lain. Jom berbuka kat sana sesama....

    ReplyDelete
  3. Memang murah! Sakan Min menambah sampai 5 gelas air kelapa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..murah! Hahah air kelapa dia sedap sangat tu yg 5 kali tambah

      Delete
  4. bestnya adamenu kampung.Lagi membuka selera nih.. dan penting,ada kemudahan tempat solat.Eheheh,lepas solat,sambung makan lagi boleh tak?? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ina..yup selalu kak min camtu..lepas solat sambung lagi

      Delete
  5. Kena suh chef mat salleh tu mai makan kat sini, baru dia tau rendang sedap lagu mana rasa kan hehehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Yup murah sgt berbanding hotel2 lain..cepat tempah hehe

      Delete
  7. Murah la berbanding hotel lain. Aduhai,terliur tengok udang tu...

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak berbuka puasa di Ancasa Hotel & Spa. Dah la makanan sedap-sedap, murah pulak tu. Memang berbaloi lah

    ReplyDelete
  9. Tak sabar pulak nak sambut ramadhan. Blh bawa family berbuka kat sini. Tq sharing

    ReplyDelete
  10. Wahhhh bestnyaaaa nnt nak berbuka di sini lah

    ReplyDelete
  11. ni baru best buka puasa dengan lauk kampung...puas hati sangat

    ReplyDelete
  12. tema dia mcm lain dari hotel lain.
    teringat kat kaya Dato Lat plak.

    ReplyDelete
  13. jemput singgah ke blog kita terengganumyheritage.blogspot.com dan tq for entry tentang agro resort
    Dah masukkan blog cikmin ke bloglist
    tqvm

    ReplyDelete
  14. bestnya tempat ni cik minnn...kampung2 sangat nih

    ReplyDelete
  15. mmg minat kampung boy.. theme dia ni mmg mnarik teringin nak tgk sndiri sbb lain dari yg lain..
    follow sini #96

    ReplyDelete
  16. ya tuhann sdap2 nye makanan dia.. Harga pun berbaloi.. Tq ye sharing.. Boleh ltak dlm list utk ramadhan nnti

    ReplyDelete
  17. lama dah tak buka puasa kat sini...terbayang2 air calamansi yang dorg buat,tapi tahun ni tak de ea?

    ReplyDelete