Mendapat jemputan dari pihak Hotel Impiana KLCC untuk majlis
preview buffet Ramadan adalah satu penghargaan untuk aku. Bukan senang nak
dapat jemputan sebegini dari hotel yang terkenal dengan hidangan buffet Ramadan
yang mewah dan sedap ni.
Jujur aku nak kongsi dengan korang, hidangan di Tonka Bean Café.Deli,
Impiana KLCC Hotel ni antara hidangan buffet Ramadan yang tersedap aku review
untuk tahun ni. Bukan sahaja sedap malah hidangan yang dihidangkan di sini boleh
dikatakan agak mewah.
Sinar Ramadan Al-Mubarak di Tonka Bean Café.Deli, Impiana KLCC Hotel
Bertemakan Sinar Ramadan Al-Mubarak, Impiana KLCC Hotel yang
tidak asing lagi terkenal dengan hidangan yang enak ni menghidangkan makanan
yang diketuai oleh Executive Chef, Chef Mazlee Abdul Rahman.
Antara menu yang dihidangkan di sini ialah Roti Pak Johan,
Sup Gear Box, Kambing Panggang, Lidah Lembu Bakar, Asam Pedas Ikan Jenahak,
Masak Lemak Cili Api makanan Laut, Kambing masak hitam dan pelbagai lagi menu
menarik.
Hidangan Pilihan Aku
Aku paling suka kambing masak hitam. Aku sebenarnya jenis
yang tak makan kambing tapi hari tu aku cuba jamah kambing masak hitam ni dan
terus jatuh cinta sudahnya makan bertambah. Tak dapat nak bayangkan betapa
sedapnya kambing masak hitam tu sebab dagingnya lembut dan juicy, langsung tak
rasa hamis dan yang paling penting rempah ratus semuanya cukup rasa.
Selain tu aku suka ketam masak lemak cilia pi dan chilli
crab. Ya Allah..sedap sungguh. Bagi pecinta makanan laut, di sini lah syurga
makanan korang sebab di Tonka Bean Café.Deli, Impiana KLCC Hotel ni diaorang
banyak menghidangkan makanan laut yang penting segar dan sedap.
Oh ye..asam pedas di sini adalah asam pedas paling sedap
pernah aku makan setakat mencuba buffet Ramadan di hotel-hotel untuk tahun ni.
Sumpah korang..aku tak tipu. Memang makanan kat sini semuanya sedap dan mewah.
Paling best ialah bila tetamu dihidangkan dengan ais krim
BASKIN ROBIN..ye..Cuma BASKIN ROBIN dihidangkan disini dan korang boleh makan
sebanyak mana korang nak makan. Which is ini juga adalah hotel pertama yang aku
gi review yang cuma menghidangkan ais krim BASKIN ROBIN.
Makan Durian Sampai Pengsan
Bagi peminat raja buah iaitu Durian..korang akan dihidangkan
dengan durian D24 yang terpilih. Aku bukanlah peminat tegar durian tapi aku
boleh habiskan 3 ulas durian kat sini sekali hadap..hahaha..durian D24 yang
dihidangkan di Tonka Bean Café.Deli, Impiana KLCC Hotel ni dah la isinya tebal,
besar pulak ulasnya tu. Sedap? Memang tak terkata betapa nikmatnya dapat makan
durian yang sesempurna ini.
Bagi yang bukan penggemar buah durian, jangan bimbang sebab selain buah durian terdapat juga buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis dan pulasan. Pendek kata bermacam jenis buahan turut dihidangkan untuk para tetamu
Kemudahan Tempat Bersolat
Aku bukan nak puji melambung Impiana KLCC Hotel ni, tak da niat
jugak nak bodek ke apa tapi aku kongsikan pengalaman aku secara jujur dengan
korang. Surau kat sini adalah the best surau ever yang aku pernah pergi untuk
review hotel. Suraunya bukan sahaja bersih malah sangat luas di mana korang
boleh berjemaah untuk solat terawikh tau.
Cuma terletak di aras 1, tak jauh dari tempat makan. Pada
aku, kemudahan yang sebegini memang patut dipuji dan dijadikan contoh oleh
tempat-tempat lain.
Keseluruhan aku bagi 5 bintang untuk tempat makan yang
selesa, ruang solat yang luas & cantik serta selesa dan makanan yang
semuanya aku boleh katakan 1st class.
Harga dan Keterangan lanjut
Untuk harga buffet Ramadan di Tonka Bean Café.Deli, Impiana
KLCC Hotel ni ialah :
Dewasa : RM148.00 nett per person
Kanak-Kanak : RM74.00 nett per person (4-12 tahun)
Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun adalah PERCUMA
Early Bird :
Beli 10 voucher percuma 1 voucher (bermula sekarang hingga
15th May 2018)
Tel : 03-21471111
Email : fnbrsvp.iklcc@impiana.com
Website : www.impiana.com
0 Comments