Memiliki kulit yang berseri di pagi raya terutamanya memang menjadi idaman setiap wanita. Aku tak terkecuali. Pagi raya mestilah nak kulit berseri-seri, cantik menawan dan yang paling penting bebas jerawat dan bebas minyak.
Maklumlah..nak jumpa semua sedare mara yang dah lama tak jumpa kan..kalau ada yang tegur kulit kusam haaa..dah sure spoil segala mood nak beraya bagai.
Disebabkan aku tak nak mood aku ke laut sepanjang raya, maka aku pilih untuk cantik berseri di pagi raya dengan ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask. Clay mask ni paling senang nak pakai sebab korang tak perlu pakai lama-lama. 5 minit dah cukup untuk buatkan kulit korang cantik berseri.
Sedikit mengenai ID.AZ Derm
ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask ni sebenarnya telah dihasilkan oleh ID Hospital iaitu sebuah hospital kecantikan yang terkenal di Korea juga dikenali sebagai 'Asean Beauty Centre'.
ID Hospital memfokuskan :
- Orthognathic surgery centre
- Facial contouring centre
- Eyes, nose surgery centre
- Breast surgery centre
- Anti-aging, lifting centre
- Anesthesiology pain management cetre
Ha..hebatkan tentang ID Hospital yang menghasilkan ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask ni? Sebab tu aku sangat yakin menggunakan kesemua jenis ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask ni.
ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask
ID.Az Derm 5 Minutes Clay Mask ini telah didatangkan dengan 4 jenis iaitu :
- Dermastic Brightening Clay Mask untuk menjadikan kulit cerah berseri
- Dermastic Moroccan Lava Clay Mask untuk melembab dan menenangkan kulit
- Dermastic Oil Control Clay Mask untuk menyeimbangkan minyak di wajah terutama di T-Zone
- Dermastic Pore Clean Clay Mask untuk menghilangkan kulit mati dan juga menutup pori-pori di wajah.
Cuma 5 minit diperlukan untuk menggunakan clay mask di atas. Selepas 5 minit cuci bersih muka korang dan pasti korang berpuas hati dengan hasilnya.
Terus terang, aku agak cerewet dalam memilih mask untuk muka aku sebab kulit aku sejenis kulit yang sensitif dan berminyak. Tapi setelah mencuba kesemua jenis ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask ni,aku betul betul jatuh cinta dan rasa sangat sesuai dengan kulit aku. Jadi, untuk memiliki kulit yang cerah berseri di pagi raya bukan sesuatu yang mustahil lagi untuk aku.. tak percaya? hehe..nah, aku belanja muka aku di pagi raya tanpa sebarang make-up yang tebal.
Untuk kesemua ID.AZ Derm 5 Minutes Clay Mask ni korang boleh beli di Watson seluruh Malaysia dengan harga RM59 sahaja.
1 Comments
Clay mask mmg sesuai utk kulit berminyak sbb dia mcm adsorb minyak...
ReplyDelete