Korang suka sesuatu yang menarik? Jom aku share kan dengan korang satu tempat yang korang boleh terokai dunia penuh ilusi dan penuh keseronokan.
Ha..kat mana tu? Tak jauh korang..kat Bukit Bintang je. Bertempat di Hotel Ansa, Museum Of Illusions adalah tarikan baru dan yang pertama di Asia!
Mengambil konsep asal daripada Zagreb, Croatia, Museum of Illusions menawarkan visual yang menarik dan penuh pembelajaran untuk semua peringkat umur. Terdapat lebih 70 pameran yang penuh menguji minda dan pemikiran.
Keseronokan Menguji Minda
26 Jun 2018 yang lepas aku berpeluang untuk menerokai sendiri keseronokan di Museum of Illusions. Perghh memang sangat menarik. Kalau korang ada anak-anak, aku memang cadangkan korang untuk berseronok dengan anak-anak korang di sini. Budak-budak mesti suka tempat-tempat yang macam ni.
Nak tau apa antara yang ada di sini?
1. Ames Room
Hehe..kat bilik ni aku dapat la merasa jadi orang kerdil..ekeke..tapi syarat nak nampak kerdil di dalam bilik ni ialah korang mesti tangkap gambar dengan kawan korang. Haaa..sorang duduk di penjuru sebelah kiri dan sorang duduk di penjuru sebelah kanan, so..baru lah nampak yang sorang akan jadi gergasi dan sorang akan jadi orang kerdil. Memang menarik!
2. Rotated Room
Ni pun best jugak. Korang tangkap gambar macam biasa tapi nanti bila di rotate korang akan dapat hasil gambar yang menarik. Sebenarnya benda-benda camni untuk menguji minda dan ilusi korang. Tapi percayalah..memang menarik sangat!
3. Head On The Platter.
Hahaha..aku suka yang ni sebab nampak macam kita tengah dimasakkan. Hahah..teringat kecil-kecil selalu tengok kartun yang orang kena masak dalam tempayan tu. Ha..ginilah kalau bergambar di sini. Ekekeke..cam gambar aku ni..si Sally ni nak rendangkan aku pulak..hahaha..
4. The Chair Illusions
Ni pun menarik. Sebenarnya kalau korang berada di sini, korang tak nampak pun benda tu sebenarnya ialah kerusi. Tapi bila berdiri di tempat yang mereka cadangkan untuk tukang amik gambar berdiri, baru korang nampak sebenarnya benda ni adalah kerusi. Tapi tak seronok untuk ambil gambar sorang-sorang sebab sebenarnya kerusi ni bila bergamar beramai-ramai dan sorang berada atas kerusi, baru akan nampak yang siapa yang duduk di kerusi tu akan nampak kerdil. Macam aku cakap, tempat ni memerlukan ketajaman minda dan ilusi..hehehe..
Tapi dalam banyak-banyak, aku paling suka yang ni..hahaha..syarat untuk ambil gambar camni ialah korang mesti berdiri dengan kawan korang secara berdepan dan ditengah-tengah tu ada cermin ni..hehehe..so bila bergambar akan jadi gabungan muka korang dengan muka kawan korang. Hahaha..jadi cam gambar aku dengan Sally ni ha..
Menarik kan? Ha..jadi jom la korang beramai-ramai kita ke Museum of Illusions yang terletak di Ansa Hotel Bukit Bintang ni. Nak datang sini menggunakan public transport pun senang sangat. Macam aku hari tu, dari Shah Alam aku naik komuter ke KL Sentral dan dari KL Sentral aku amik MRT terus ke Bukit Bintang. Keluar gate yang menuju ke Lot 10. Korang akan nampak ada Seven Eleven dan Starbucks, Ansa Hotel tu terletak betul-betul sebelah Starbucks tu je. Memang mudah sangat nak datang ke sini.
Tapi kalau nak datang kat sini bawa anak-anak, aku cadangkan korang bawak duit lebih sikit la sebab kat sini ada Smart Shop yang menjual merchandise hehehe..
Untuk keterangan lanjut mengenai Museum of Illusions ni korang boleh layari laman web mereka di www.museumofillusions.com
Giveaway Tiket
Korang nak datang ke tak ni? Aku ada tiket free nak bagi korang. Aku nak cari 5 orang pemenang bertuah untuk miliki tiket yang beharga RM35 sekeping. Tapi aku tak nak la bagi sekeping je kan..korang mesti nak gi dengan pasangan korang jadi tiket yang bakal korang menangi ni berharga RM70 la. Dan seorang pemenang bertuah akan memenangi tket untuk family berharga RM90 jadi korang boleh angkut anak korang sekali.
Camne nak join GA ni? Senang je..korang follow je IG aku..ekekek..aku buat GA kat IG aku www.instagram.com/bebelancikmin
4 Comments
Menarik ni. Tp boleh bw masuk kamera sendiri ke atau kena guna OP dorg kak Min. I tunggu GA 😆
ReplyDeleteamboi bestnya k.min. kalau dekat mmg dah join k.min ni..:)
ReplyDeleteKalau jenis sukakan aktiviti yang ringan tapi mencabar minda untuk berfikir, sini la tempat dia weh...serius tak rugi masuk untuk teroka sendiri setiap satu tarikan yang ada dalam muzium ni.
ReplyDeleteWaaa best la... nak join GA la
ReplyDelete