Alhamdulillah last 2 weeks rezeki aku untuk jejakkan kaki ke Batam, Indonesia. Terima kasih pada Uzu yang sudi bawak kakaknya ini ke sana..ekekeke..Tq Uzu..love u..muahhh..hahaha..
Dari KL kami menaiki bas ke Larkin Sentral pukul 11.30 malam. Sampai di Larkin kira-kira jam 4 pagi so we all lepak mamak dulu sementara tunggu masuk Subuh. Selesai mandi dan solat kami terus ambil grab ke Puteri Harbour sebab feri yang kami naiki untuk ke Batam ialah dari Puteri Harbour.
Actually kalau nak ke Batam korang boleh naik dari pelbagai tempat seperti Stulang Laut dan Pasir Gudang. Kalau nak dekat dan murah seeloknya ambil dari Stulang Laut sebab perjalanannya lebih pendek dan harga tiket lebih murah lagi. Cuma RM72.45 harga tiket sehala dari Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal) ke Batam Centre, Indonesia
Kalau dari terminal feri Puteri Harbour pula harga tiketnya RM80 sehala dan RM150 (return), perjalanannya pula mengambil masa kira-kira 1 jam 50 minit untuk sampai ke Batam Centre.
Sebenarnya selain dari menggunakan feri, untuk sampai ke Batam ni korang boleh jugak ambil flight. Tapi aku difahamkan yang flight ke Batam (naik dari Subang Airport ye!) cuma 3 kali je seminggu.
Nah aku sharekan sikit gambar feri yang bawa kami ke Batam Centre..Dolphin yang dimiliki oleh Dolphin Pt. Pelayaran Anugrah Samudra Mas.
Sebenarnya selain dari menggunakan feri, untuk sampai ke Batam ni korang boleh jugak ambil flight. Tapi aku difahamkan yang flight ke Batam (naik dari Subang Airport ye!) cuma 3 kali je seminggu.
Nah aku sharekan sikit gambar feri yang bawa kami ke Batam Centre..Dolphin yang dimiliki oleh Dolphin Pt. Pelayaran Anugrah Samudra Mas.
Sedikit Mengenai Batam
Kota Batam merupakan kota terbesar di provinsi Kepulauan Riau, Indonesia dengan jumlah penduduk mencapai 1,025,044 orang.
Batam pada asalnya adalah sebuah kawasan perindustrian yang kini telah mula dipopularkan sebagai kawasan pelancongan dan sememangnya Batam memiliki banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Batam terbahagi kepada beberapa wilayah yang disebut kecamatan iaitu :
- Kecamatan Batam Kota
- Kecamatan Nongsa
- Kecamatan Bengkong
- Kecamatan Batu Ampar
- Kecamatan Sekupang
- Kecamatan Belakang Padang
- Kecamatan Bulang
- Kecamatan Sagulung
- Kecamatan Galang
- Kecamatan Lubuk Baja
- Kecamatan Sungai Beduk
- Kecamatan Batu Aji
15 Tempat Menarik Yang Wajib di Lawati di Batam
Hehe.malas nak cerita panjang pengalaman 5 hari di Batam ni, jadi aku ringkaskan supaya korang boleh rikki tempat-tempat menarik sekitar Batam.
1. Mercu Tanda Welcome To Batam
Ni memang tempat yang korang wajib bergambarlah sebagai tanda korang memang dah sampai kat Batam!
2. Tebing Langit, Sekupang
Ni port menarik yang korang wajib lawati. Kat sini khabarnya port cantik untuk tengok matahari terbenam. Tapi aku hari tu pergi belah pagi jadi memang tak sempatlah nak tengok matahari terbenam.
Tapi ada satu tips yang aku nak kongsikan dengan korang sekiranya korang datang ke Tebing Langit ni. Pastikan korang pakai kasut yang bersesuaian dan jangan pakai kasut tumit tinggi sebab untuk sampai ke tempat cantik tu korang kena la mendaki sikit dan tanah di Batam ni sejenis tanah merah jadi pastikanlah yang korang jangan pakai kasut tumit tinggi pulak ye!
Dan kalau boleh bawaklah sedikit bekalan air mineral..bukan apa takut bagi yang tak biasa naik tempat tinggi takut bila dah sampai kat atas haus pulak..
3. Kebun Raya Batam
4. Replika Kapal Laksamana Cheng Ho
Terletak di Golden Prawn, Bengkong. Replika kapal Laksamana Cheng Ho ini menjadi tarikan utama para pelancong yang berkunjung ke Batam.
5. Masjid Ahmad Cheng Ho
Berdekatan dengan replika kapal Laksamana Cheng Ho juga terdapat sebuah tugu Laksamana Cheng Ho dan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Ahmad Cheng Ho. Masjid ini dibina pada tahun 2015 bagi mengenang Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam yang telah singgah ke Kota Batam.6. Camp Vietnam
Camp Vietnam terletak kira-kira 50-60km dari Kota Batam iaitu mengambil masa selama 1 jam setengah perjalanan
Camp Vietnam yang berkeluasan 80 hektar ini adalah bekas tinggalan sebuah perkampungan atau kem pelarian dari negara Vietnam ketika perang saudara terjadi di Vietnam pada tahun 1975.
Dianggarkan seramai 250,000 pelarian telah memasuki Indonesia dan sebahagiannya telah pergi ke Pulau Natuna, Tanjung Pinang, Pulau Galang dan beberapa wilayah lagi tetapi PBB melalui UNHCR telah mengamanatkan supaya Pulau Galang dijadikan sebuah kem petempatan pelarian Vietnam memandangkan Pulau Galang ini pada ketika itu masih kosong dan tiada penduduk lagi.
Di kem tersebut telah didirikan berek-berek, rumah sakit, tempat ibadah, sekolah dan malahan penjara turut di bina.
Namun pada tahun 1990 kerajaan Indonesia mula menghantar pulang kesemua pelarian ini ke negara asal mereka secara berperingkat dan terakhir dihantar pulang ialah pada tahun 1996.
Kini kem Vietnam ini cuma lah tinggal sejarah dan dibangunkan menjadi tempat tarikan pelancong.
Apa yang boleh dilihat oleh pelancong kini ialah :
✔️ Humanity Statue : dibina untuk mengenang kisah tragis seorang perempuan bernama Tinhn Han Loai yang mati membunuh diri selepas diperkosa oleh pelarian di kem tersebut juga. Tak tahan menanggung malu Tinhn Han Loai telah membunuh diri dan selepas itu statue ini dibina bagi memperingati beliau.
✔️ Monumen perahu : replika perahu asli yang telah dibina oleh pelarian Vietnam ketika lari memasuki Indonesia. Perahu ini mampu memuatkan 40-100 orang.
✔️ Nghia Trang Grave : terdapat 503 buah kubur pelarian Vietnam yang kebanyakannya meninggal kerana wabak penyakit
✔️ Vihao Quan Am Tu : rumah ibadat / pagoda
✔️ Museum : terdapat banyak kisah, gambar dan barang tinggalan
Itu lah serba sedikit kisah tentang Camp Vietnam yang dapat aku kongsikan. Bagi peminat sejarah macam aku, tempat ini menarik untuk dilawati.
Harga Tiket : IDR 5,000 (RM1.50)
7. Barelang Bridge
Untuk sampai ke Pulau Galang di mana terletaknya Camp Vietnam, kita perlu melalui 5 buah jambatan iaitu Jambatan Barelang. Barelang membawa maksud BAtam, REmpang & GaLANG (BARELANG) iaitu nama-nama pulau yang merentasi jambatan tersebut.
Aku memang seorang yang suka kan nature jadi aku memang enjoy perjalanan ni walaupun perjalanan dari kota Batam menuju ke Pulau Galang mengambil masa selama 1 1/2 jam!!
Pulak2 bila yang bawa kami tour hari ni banyak ceritakan tentang sejarah..memang kegemaran aku la tu.. hehe nnt aku ceritakan kat korang pulak kisah batak yang makan org tu ye! Jadi kali ni korang enjoy dulu dengan video pendek perjalanan pergi dan pulang serta sedikit gambar di Camp Vietnam dan pemandangan sepanjang perjalanan kami
Enjoy ye..
8. Pacific Palace Hotel
Hehe..melawat hotel? hehe..aku memang rekemen korang datang sini sebab hotel ni unik sangat. Hotelnya dibina dalam bentuk kapal. Yang lagi menarik ialah di dalam hotel ni pun memang sebijik macam dalam kapal/cruise dan terdapat banyak juga replika kapal dalam ni.
Paling unik, pekerjanya juga berpakaian seakan-akan kelasi dan kapten kapal tau! Jadi macam rugi kalau korang tak ke sini.
10. Kampung Tua Nongsa Pantai
11. Dataran Engku Puteri
12. Taman Kelinci
Terletak berhadapan dengan Tebing Langit, Sekupang terdapat sebuah Taman Arnab atau dalam bahasa Indonesianya Taman Kelinci.
Taman Kelinci ni memang tersangat luas jadi korang dinasihatkan untuk pakai kasut yang bersesuaianlah..cam aku bagitau kat atas tadi, jangan pakai heels pulak! Oh ye..dan pastikan bawa air mineral ye..bukan apa..takut haus pulak nanti. Kat sini tak ada restoran cuma ada sebuah gerai kecil yang jual minuman.
13. Pantai Terih
Terletak kira-kira 30 minit dari Kota Batam. Pantai Terih yang terletak di Kampung Terih ini telah dibangunkan menjadi sebuah pusat rekreasi yang sangat menarik dengan sentuhan-sentuhan kreatif yang sangat menarik.
Sedikit bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan bayarannya cumalah IDR10,000 atau bersamaan RM3 sahaja. Aku pasti korang mesti jatuh cinta dengan pemandangan yang cantik dan spo-spot menarik untuk bergambar.
14. Pasar Jodoh
Sumber gambar : google (sebab aku terlupa amik gambar syok berjalan..haha) |
15. Nagoya Hill
Ni antara shopping kompleks yang terbesar dan menjadi tumpuan pelancong di Batam. Kat sini segalanya ada jadi kalau korang nak cari souvenir ke atau barang-barang kenangan boleh la datang ke sini. Tak terlarat nak tawaf..ekeke
Makanan di Batam
Oh ye..di Batam ni korang jangan bimbang tentang makanan sebab makanan di sini rata-ratanya sedap belaka dan dah pastilah halal sebab Batam ni macam Malaysia je..majoriti penduduknya adalah beragama Islam!
Ni mee yamin namanya..rasanya pedas tapi sedap! |
Ayam penyet ni ya ampun..sedap nak mati! |
Ni namanya bubur candil. 1st time aku makan..memang sedap ya rabbi! |
Sedikit Tips Ketika Berada di Batam
Bagi korang yang nak datang ke Batam ni, aku nasihatkan korang untuk mengambil pakej-pakej percutian dan ada tour guide yang bawak korang sebab kat sini kalau korang tak pandai bawa diri mungkin mudah di tipu.
Misalnya, ketika kami di sana..perjalanan dari Hotel Nagoya ke Nagoya Hill cuma la kira-kira 500 meter je. Dan sebenarnya hotel menyediakan pengangkutan percuma untuk ke Nagoya Hill tapi ada antara peserta rombongan yang tak tahu dan ambil teksi dan dikenakan bayaran sebanyak RM50!!..jadi harap korang berhati-hati tambahan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain agak jauh di Batam ni..maklumlah Batam memang tersangat besar.
Macam kami hari tu, pakej yang kami ambil adalah dari Air Tours & Travel. Layanan memang tip top sangat. Memang tersangat puas hati dengan layanan VVIP yang diberi oleh pihak Air Tours & Travel.
Kalau korang nakkan percutian layanan VVIP boleh la hubungi pihak Air Tour & Travel di :
Air Tours & Travel
Komp. Ruko Botania Garden
Blok D3 No 18, Batam Centre - Batam Island
Tel : +62-778-7433397
W/A : +62-813-64070919 (Simpati)
W/A : +62-877-64070919 (XL)
Instagram : https://www.instagram.com/airtourstravel/?hl=en
Next entri aku sharekan pulak pengalaman aku ke Pulau Bintan. Tak sahlah kalau dah sampai ke Batam tapi tak ke Pulau Bintan kan sebab perjalanan menggunakan speed boat cuma 15 minit je dari Batam ke Pulau Bintan.
Berapa Bajet Untuk ke Batam?
Aku tau..itu mesti soalan yang pertama akan keluar. Ye la..nak bercuti mesti la tengok bajet kan? Ok..ni aku lampirkan pakej-pakej yang disediakan oleh Air Tours & Travel. Nanti korang boleh la pilih mengikut bajet yang bersesuaian dengan korang.
26 Comments
what a great checklist place to go u did and definitely i will use this as my guidance!!!
ReplyDeleteBersih nampak bot tu. Actually tahun lepas nak ke Bintan. Batam dan Bintan ni kepulauan Riau jugak kan?. Tak jadi sebab tengah monsun kat Bintan tu. Tak jadi lah.
ReplyDeleteyet to go batam and visit.. i dunno batam itself got so many nice places to visit.. it's time to plan for a vacation leh..
ReplyDeleteyeayy tq kak min sebab sharw! teringin lama dah nak ke sini. cuma takde rezeki. doakan kite ye wak
ReplyDeleteBestnya dapat gi batam. Saya tak pernah lagi jejak kaki kat sini. Tapi kite baca entry kak min pun dah rasa macam pergi sane. Cantik cantik gambar akak. Tempat dia memang nampak menarik sangat nak pergi
ReplyDeleteWow tak sangka kita yang Batam banyak tempat menarik dan hebat macam ni cantik-cantik lak tu warna-warni sesuai untuk shooting kat sini hehehe kita bila lah nak sampai kat sana yer...
ReplyDeleteBestnya batam ni tak sangka banyak tempat menarik. Ingat pulau biasa jer rupanya macam2 blh buat kat sini. Bestnya ingat nak bawa famili
ReplyDeleteseronoknya tengok awak g batam.. rupanya banyak tempat cantik danmenarik boleh dikunjungi di sana erk? Dulu Batam memang bila tanya je orang memang tak familiar sangat.. tapi sejak 3,4 tahun ni memang Batam dah famous
ReplyDeleteKenapa semua ni best sgt kak min. Bab makanan tu ayam penyet mmg buat ena tliur. Curious jugak nape namanye pasar jodoh? Hehe..view cntik. Tula tak pernah lgi p sana. Lgpon dekat jugak bole masuk ikut kukup kan tu kg ena.hope dapat jejak ke sana.
ReplyDeletePasar jodoh tu mcm pasar karat. Jual brg yg baru dan second hand dr singapore. Ini yang tourist guide saya bgtau.
DeleteSangat Menarik. LeYa pun belum ke Batam lagi. Cadangnya pun nak juga melawat Batam.. Best dan spot bergambar pun cantik². Thanks Kak Min.
ReplyDeleteRupanya Macam2 ada kat batam ni kan. Mesti berhari duduk sana baru puas nak teroka satu persatu.
ReplyDeleteoh cantiknya keindahan ciptaan tuahn, tetarik dengan benda yang Kak min naik tu.. awat bubur candit last sekali nampak tempting tetiba rasa nak buat telur suku masak.. macam lebih kurang bentuk tu, semua tempat nampak cantik dan menariklah, bestnya ada masa kesana kesini... i nak pergi juga tapi tunggu anak besar sikit heheehehhee...
ReplyDeleteBatam looks really nice, I've never been there before, wonder how much does it cost for per pax?
ReplyDeleteMy housemate is from Batam and now I am tempted to follow her home this holiday. Hahah !
ReplyDeleteAM tak penah lagi sampai batam.. leh la jadikan blog kak meen sebagai rujukan utk AM ke sana nnti
ReplyDeleteBestnya dapat pi Batam.. mesti suatu kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila2 kan.. syoknya. TB ternampak Ayam Penyett.. aduh.. kegemaran TB tuuu.. moga ada rezeki dapat jalan2 macam kome nanti
ReplyDeleteWah..happy npk gi Batam,tgk tempat dia sgt cantik dan menarik,blhlah msk dlm list nk travel nti
ReplyDeleteTeringin nya nak gi , cantik tapi tak tahu bila
ReplyDeleteBoleh saya tahu. Awak ambik pakej mane ya masa pergi batam tu?
ReplyDeleteboleh dapatkan more info tentang bercuti dibatam
ReplyDeleteMake sure you have the right shoes on your journey. High heels are not suitable in the journey, because to get to an interesting and beautiful place, sometimes you need to go a lot.
ReplyDeleteboleh tahu tak kalu kita nk pegi on hari raya batam ok tak? maksud nya kedai makan shopping semua buka tak?
ReplyDeleteMaaf saya tak pasti tentang tu sebab sy orang Malaysia hehe..
Deleteboleh tahu tak kalu kita nk pegi on hari raya batam ok tak? maksud nya kedai makan shopping semua buka tak?
ReplyDeleteTQ sis. Membantu sangat... Sedang dlm Plaining Nak ke batam dgn Family..
ReplyDelete