Sebut je puding raja pasti semua orang terbayangkan keenakan rasa puding yang berasal dari Pekan, Pahang. Nama puding raja sendiri cukup unik dan menggambarkan betapa puding ini menjadi santapan keluarga Diraja.
Puding raja sememangnya terkenal sebagai hidangan istana suatu ketika dahulu dan hanya dinikmati di dalam istana pada waktu tertentu. Zaman dulu, puding raja hanya disediakan sebagai santapan pencuci mulut ketika majlis pertabalan sultan, hari keputeraan sultan dan hari pengurniaan pingat serta majlis membabitkan pembesar negeri. Dahulu, puding raja tidak pernah dibawa keluar untuk rakyat jelata kerana ia santapan istimewa pihak istana.
Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, puding raja mula disajikan di luar istana tetapi masih dalam majlis membabitkan sultan saja. Namun, seiring peredaran zaman..kini puding raja sudah mula diperkenalkan kepada orang ramai dan pastinya menambat hati dan selera seluruh rakyat Malaysia dengan keenakan rasa puding santapan Diraja ini.
Puding Raja Pekan by Foodmarket Datang Dalam Packaging Menarik
Ahad lepas aku berkesempatan untuk singgah di Foodmarket yang terletak di Bandar Permaisuri, Cheras. Tujuan ke sana sebenarnya memang semata-mata untuk membeli puding raja. Maklumlah, teringin pulak rasa nak makan puding raja tapi susah nak dapat yang betul-betul sedap.
Kebetulan aku dengar di Foodmarket ada jual puding raja ni, jadi gigih aku dari Klang ke Cheras semata-mata nak beli puding raja ni tau! Sampai je ke Foodmarket terus mata melilau cari puding raja dan Alhamdulillah ada stock lagi.
Tapi yang menarik perhatian aku kali ni ialah packaging puding raja yang dikeluarkan oleh Foodmarket ni! memang cantik giler! Tak pernah lagi aku jumpa puding raja yang dipekkan dalam bekas yang sebegini cantik. Tak percaya? tengok ni..
Menariknya packaging puding raja di Foodmarket ni, puding raja yang sudah siap dipekkan di dalam bekas plastik dengan kuah berasingan kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang menarik serta didatangkan juga dengan sudu plastik bagi memudahkan pengguna. Pada aku satu idea yang sangat menarik dan kreatif.
Pandangan kotak dari sisi depan |
Pandangan kotak dari sisi belakang |
Sudu turut disediakan di dalam kotak |
Pandangan Aku Dari Segi Rasa Puding Raja Pekan By Foodmarket
Sebagai anak jati Pahang, memang aku agak biasa makan puding raja ni. Jadi, tekak agak cerewet dalam merasa masakan-masakan yang berasal dari negeri kelahiran aku ni. Tapi Alhamdulillah..rasa Puding Raja Pekan by Foodmarket ni memang kena sangat dengan selera aku.
Bagi yang tak biasa makan puding raja..puding raja ni dibuat menggunakan pisang lemak manis (setengah orang menggunakan pisang emas) yang digoreng dan kemudiannya ditabur dengan jala emas (kuning telur yang disira dalam air gula) dan ditabur juga ceri dan prune. Dimakan bersama sos istimewa.
paling sedap sebenarnya dimakan sejuk. Aku biasanya suka sejukkan dulu dalam peti sejuk dan kemudian makan..perghhh nikmat sangat!
Aku suka rasa Puding Raja Pekan by Foodmarket ni sebab tak terlalu manis. Sesedap rasa gitu! Memang sangat kena dengan selera aku. Terkadang makan puding raja ni ada yang buat terlalu manis, pada aku kacau rasa pisang yang sememangnya dah cukup manis tu..
Bagi korang yang teringin nak rasa puding raja santapan Diraja Pahang, boleh la datang ke Foodmarket dan rasa sendiri puding raja yang sedap ni. Harga untuk sekotak puding raja cuma RM9.90 sahaja dan didatangkan segar setiap 3 hari sekali.
Bagi yang berminat untuk mencuba Puding Raja Pekan by Foodmarket, boleh la kunjungi Foodmarket yang beralamat di :
17, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Juga boleh layari :
Instagram : https://www.instagram.com/food.market/
Instagram : https://www.instagram.com/foodmarket.studio/
Facebook : https://www.facebook.com/foodmarket.my/
21 Comments
eh, murah gak laaa harganya. datang 3 hari sekali.. not bad
ReplyDeleteAduhaiii..fav sis ni. Memang susah nak cari puding raja ni. Now dah ada jual kat foodmarket ni boleh lah sis terjah sana kalau ngidam, eee sukanya dapat makan puding raja..terlioq dah ni
ReplyDeleteWahhhh.... Tak pernah lagi LeYa rasa Puding Raja ni... Nampak menarik juga tekstur dan warna kuning keemasannya.. Lokasi pun berdekatan dengan rumah LeYa. Nanti cuti-cuti ni nak ajak Otomen la pergi cari dan try makan... Errmmm....sedapnyerrr...
ReplyDeleteNampak macam sedap je. Tak pernah try lagi. Sekarang macam ni pun ada dh jual eh? Baru tau. Macam best je nk try.
ReplyDeletelama dah tak pekena puding raja ni.selalu kalau kakak ipar datang dari pahang,dia akan belikan..Agak² boleh pos tak eh.terus rasa teringin nak makan tau cik min...yummeh
ReplyDeleteSedapnya puding raja..murni pernah makan sekali jer masa sepupu kahwin mereka hidang untuk meja makan pengantin. memang sedap dan unik. Bagus laa kalau foodmarket ada jual ni..kalau teringin atau mengidam boleh cari disana
ReplyDeleteMenarik..akak pernah makan budak office bawa...dia memang org pahang...sedap gak..manis...murah la tu harganya Min...
ReplyDeleteKotak dia cantik la kakmin! Mula tengok belah depan, sekali belah belakang pun helok, kalau onie sayang dah nak buang tu,hehe... Adoi nanti ke QC nak try la ke sini, teringin puding raja !
ReplyDeleteSaya yang asal dari pekan ni pun tak pernah makan lagi puding diraja ni hehehe. Tak tau kenapa padahal kakak saya selalu je beli and makan.
ReplyDeletecantik packaging dia.. sesuai gak ni kalau nak bagi hadiah kat orang.. hehe
ReplyDeleteAmboi sejak dua menjak ni makan santapan di Raja je hehehehe kita pernah makan puding raja ni memang sedap dan unik sangat macam mana mereka boleh terfikir nak buat dessert macam ni kan....
ReplyDeleteKita teringin nak try Puding Raja ni. Tak pernah try lagi. And Foodmarket ni macam best je. Boleh try pegi kalu balik KL nanti.
ReplyDeleteKak min buat review ni trus rasa macam nak rasa je.
ReplyDeleteDulu masa duduk gemas, ada seorang kawan tu org phang. Dia ada buat untuk jual. Tapi masa tu tak pernah beli.
Ni bila dh pindah teringin pulak nak rasa.
Tak tahu mana nak cari. Hehe
sedapnya ! airah dah lama tak makan.haritu awal pregnant mengidam nak makan puding raja hahaha. packaging pun cantik sangat mesti sedap
ReplyDeletenampak sedap puding diraja tu. warna tu buat rasa berselera nak makan terus. hebat inovasi sekarang dah senang nak makan pudding bila-bila masa.
ReplyDeletePuding raja makanan orang Pahang, asa pergi pahang Bonde ada cuba makan.. tak tau dah ada yang ready made macam ni.. bolehlah cuba nanti :)
ReplyDeleteOhh kena beli kat cheras ehhh... ingat kat shah alam. Teringin nak makan sbb dulu last makan 2 thn lps
ReplyDeleteXpenah lg cuba makan puding raja ni....nampak sedap....boleh gak ahh p cari try makan...tq min infor
ReplyDeleteSedapnya puding raja.Turun kl nanti nak pergi carila kak min. Ke kak min nak belanja. Eh eh
ReplyDeleteKita tak pernah lagi makan puding raja ni.. Sebab kt penang mcm xda ja org jual. Teringin jugak nak rasa kena ngn tekak kita ka idak sebab kita ni bab2 makan ni memilih skit
ReplyDeleteWuuuu bleh tahan harganya. Tapi memang sedap tau. Ruby balik Pahang memang dapat makan menu ni. Tapi kalau ada dekat sini, senang la nak makan bila ngidam. hahaha. rm 9.90 jeee
ReplyDelete