Siapa yang tak kenal Pasar Kedai Payang yang sangat terkenal di Terengganu tu kan? Cakap je Pasar Payang semua orang terbayang kemeriahan membeli belah di sana. Kemeriahan Pasar Kedai Payang yang lebih terkenal dengan panggilan Pasar Payang ni setara kemeriahan Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu.
Namun setelah 51 tahun, kini Pasar Kedai Payang sudah berwajah baru. Tapaknya juga di tapak yang baru, tidak jauh dari tapak Pasar Payang yang lama atau lebih tepat lagi cuma berada di belakang bangunan Pasar Payang lama.
Pasar Kedai Payang baru |
Pasar Besar Kedai Payang lama |
Telah dibina pada tahun 1968, Pasar Kedai Payang telah menjadi ikon negeri Terengganu dan kini kerajaan negeri Terengganu telah mengubahnya menjadi pasar yang lebih moden, luas dan mesra pengunjung.
Pasar Kedai Payang baru ini menyediakan 762 lot kedai yang lebih luas dan bersih dan kemudahan lain termasuk surau.
Pelbagai jenis kuih tradisional dijual di sini |
Ketupat Palas, makanan tradisonal Pantai Timur |
Aku berkesempatan ke Pasar Kedai Payang baru..memang tampak lebih luas, bersih dan teratur berbanding Pasar Kedai Payang yang lama. Pintu masuk Pasar Kedai Payang juga diukir cantik dan menarik. Melangkah kaki masuk ke Pasar Kedai Payang, pengunjung terus boleh memilih batik, songket dan pakaian di deretan kedai pakaian yang disediakan di sini.
Deretan kedai lot menjual makanan, serunding, budu, kuih muih juga terdapat di sini. Tak sah lah ke sini kalau tak membeli serunding dan budu!
Pelbagai jenis makanan yang dijual di sini |
Suasana di Pasar Kedai Payang baru |
Tapi hati-hati! Jika kurang bijak memilih korang bakal mendapat pakaian yang sama dengan harga mahal yang jauh berbeza. Ini pengalaman aku sendiri 2 minggu lepas. Kebetulan kakak aku kirim belikan kaftan (kaftan tidur). Pilih punya pilih aku jumpa la satu kaftan yang cantik berwarna biru. Selepas dibelek-belek harga di kedai pertama, harganya RM65. Jadi aku berlalu ke kedai kedua dan kali ini harga yang ditawarkan ialah RM45, selepas sesi tawar menawar akhirnya si penjual bersetuju merendahkan sedikit harga iaitu RM40 tapi aku masih tak berpuas hati lalu aku ke kedai ketiga yang cuma selang sebuah dari kedai nombor dua.
Memilih kaftan yang sama sebijik..kualiti kain yang sama dan warna serta corak yang sama, kali ini kaftan ini ditawarkan pada harga RM40 dan seperti biasa aku minta sedikit diskaun. Selepas seketika si penjual menawarkan harga RM33 sahaja untuk kaftan idaman aku ni! Nampak tak permainannya di situ? Hahahaha..jadi nasihat aku, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Oleh kerana deretan kedai di sini rapat-rapat jadi kualiti dan jenis kain yang dijual adalah sama.
Bagi korang yang merancang nak datang ke Pasar kedai Payang baru ni, boleh rujuk maps di bawah
1 Comments
Kita selalu konpius Pasar Payang dengan Pasar Siti Khadijah tu, rupanya lain, satu kat Kelantan satu di Trengganu ...tapi macam sama cuma berbeza ehhhh
ReplyDelete