Korang biasa tak dengar minuman tempatan jenama Hausboom? Aku yakin korang mesti dah biasa dengar dan lihat sendiri iklan-iklan Hausboom di tv mahupun radio.
Buat pengetahuan, Hausboom yang telah beroperasi sejak tahun 2016 ini adalah pengeluar minuman jus sparkling dengan pelbagai rasa. Sehingga kini mereka telah mengeluarkan 6 jenis minuman sparkling iaitu Mangga, Jambu, Laici, Lemon, Blackcurrant, Strawberi dan terbaru ialah Butterscotch.
Sumber gambar : Google |
Tapi untuk entry kali ini aku bukan nak bercerita tentang minuman jenama Hausboom ni, yang aku nak kongsikan ialah tentang konsert Hausboom Music 2019 yang bakal berlangsung pada 10 November 2019 depan.
Konsert Hausboom 2019
Bertempat di Saro Lounge Pavilion, Hausboom telah membuat sidang akhbar tentang konsert Hausboom Music 2019 yang bakal digegarkan oleh barisan artis ternama tempatan seperti Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang.
Konsert yang bakal menghimpunkan lebih 7,000 penonton ini bakal diadakan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada 10 November depan bermula jam 4 petang hingga 10 malam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi "Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai setelah kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.
Pihak kami amat teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti. Justerupihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sam-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri."
Harga Tiket Yang Tak Masuk Akal!
Aku pasti ramai peminat-peminat Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang yang ternanti-nanti untuk menyaksikan artis kesayangan mereka dan sebagai hadiahnya Hausboom Music telah mengumumkan harga penjualan yang tak masuk akal seperti berikut :
RM30
|
Early Bird
|
RM60
|
Pintu Masuk
|
RM100
|
Rock Zone
|
Dan tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi mobil 'TicketApps' bermula hari JUMAAT, 18 OKTOBER 2019. Jadi, pastikan korang menjadi orang pertama yang membeli tiket Konsert Hausboom Music ni tau!
4 Comments
Biar betooollll... Murahnya tiket...
ReplyDelete7 artis tapi tiket RM30 je...biar betul! Murah gilaaa weh!
ReplyDeletemakin femes hausboom ni sejak kes dgn syed saddiq tu
ReplyDeleteWow, murahnya tiket. Tengok Haus Boom tetiba dahaga
ReplyDelete