Apa Kena Mengena Cik Min dengan Min'z Sambal Hitam Pahang tu??

Eh..sape Cik Min ni? Apa kaitan Cik Min dengan Min'z Sambal Hitam Pahang tu? Muahaha..ok sebenarnya Cik Min ni la pengasas untuk Min'z Sambal Hitam Pahang. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar Min'z Sambal Hitam Pahang tu boleh la tengok-tengok Youtube yang aku sertakan ni..ekeke..(maafkan aku yang kelihatan sangat montel ketika itu..wakaka)


Aku baru je menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni. Sebelum ni aku sepenuh masa bekerja (eh sekarang pun sepenuh masa bekerja juga..haha) Camne mula terlibat? Kenapa Sambal Hitam Pahang? hahaha..aku pun dah lupa macam mana aku terlibat..eh tak la..idea ni mula datang ketika aku bekerja dengan 1 company cina ni. Masa tu aku cam stress gila dah rasanya bekerja makan gaji..dah berbelas tahun bekerja makan gaji (kononnya laaa masa tu..) dulu keje tak tentu masa..selalu keluar outstation. Kalau tak keluar outstation pun stress dengan bos hahaha.. last aku bekerja ketika itu dengan sebuah fashion group company (banyak jenama terkenal and high-end). Ntah macam mana 1 hari dek kerana stress dengan perangai boss yang tak matang (aku report direct pada director) ketika itu aku terpikir nak buat bisnes sendiri..jadi setelah berbincang dengan suami, aku pilih untuk buat sambal hitam pahang memandangkan aku memang anak jati Pahang dan asal dari daerah Raub.

Bukan senang nak senang..macam tu jugak aku. Untuk perkenalkan jenama sendiri ni memang aku usaha keras siang malam pagi petang. Semua jenis kelas marketing atau seminar-seminar keusahawanan semua aku join. Semua badan-badan kerajaan yang menolong usahawan muda macam MARDI, FAMA, MARA semua aku redah dan join. Alhamdulillah sikit-sikit orang dah mula kenal walaupun tak pemes macam orang lain. Masa tu aku tak pernah kenal makna penat lelah..MAHA, Mood Republik, Perhimpunan Agong UMNO..pendek kata di mana ada event semua aku terjah. Kemudian Alhamdulillah aku mula menerima jemputan untuk menghiasi majalah seperti Majalah Mingguan Wanita dan Majalah Keluarga dan kemudian mendapat jemputan untuk ruangan usahawan di Nine 11 BNC Channel 502.


Aku Dalam Majalah Keluarga

Mingguan Wanita

Produk aku dalam Majalah Keluarga

Event anjuran Mardi di Hartamas Shopping Centre


Ni killer produk aku..Sambal Hitam Ikan Talang


Gambar kenangan dengan pengacara Nine 11



haha..tengah ready untuk live




Tapi Allah uji aku disaat aku mula bertatih untuk berjaya..aku tiba-tiba kena slipped disc. Ikut sejarah memang pada umur 14 tahun aku ada jatuh terduduk jadi seiring dengan peningkatan usia dan berat badan ditambah dengan aku yang sering bekerja keras dengan mengangkat barang-barang berat maka terjadilah slipped disc ni. Hanya Tuhan yang tau camne teruknya perasaan down aku ketika itu. Bayangkan sebulan setengah aku terbaring macam orang lumpuh..bergerak sikit pun meraung-raung. Nak ke tandas ke apa ke memang meraung la. Makan pun kena bersuap atau pun makan boleh dalam keadaan baring je. Kemudian abang aku yang tinggal di Jerantut ambil aku untuk berubat..kesian jugak aku tengok suami dan keluarga aku masa tu. Berkat berubat akhirnya aku boleh la berjalan..tapi sampai sekarang aku masih terus berubat sebab sampai sekarang keadaan aku belum pulih sepenuhnya dan sampai sekarang aku masih lagi solat dalam keadaan duduk.



Oleh kerana keadaan aku tak mengizinkan maka buat masa sekarang perniagaan agak perlahan dan aku hentikan seketika walau saban hari mendapat permintaan dan permintaan memang agak tinggi terutama menu istimewa aku iaitu Sambal Hitam Ikan Talang. Insyallah dalam masa terdekat akan aku bangunkan semula jenama Min'z Sambal Hitam Pahang ni dengan bantuan suami. Jadi apa aku buat sekarang? Alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat..sekarang aku kembali bekerja dengan tawaran jawatan lebih dari jawatan yang aku sandang sebelum ini. Tapi sikit-sikit aku bangkit..yang penting aku pulihkan kesihatan dan semangat aku ini dulu. Doakan aku ye kawan-kawan.



Post a Comment

2 Comments