Aku dan Puan Azrina |
Aku pun perasan, lepas minum JAKM aku mula sendawa kuar angin. Aku jenis yang tak pandai nak kuarkan angin ni sebenarnya. Cepat betul kesan dia JAKM ni rupanya. Apa sebenarnya Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) ni? Ok..JAKM ni sebenarnya jamu yang diproses secara manual (homemade) dan tanpa bahan pengawet yang mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa, temu kunci, madu, saffron, habatussauda & gula melaka. Setiap ramuan ini mengandungi manfaat yang tersendiri.
- Ibu Kunyit
Membantu pencernaan, melegakan masalah penghadaman seperti angin dan sembelit, membantu mengurangkan sakit sendi jika diambil sebagai supplement, merupakan anti oksida yang tinggi yang boleh melawan radikal bebas dalam badan, bersifat anti radang sesuai untuk wanita dalam pantang atau sakit-sakit badan, bersifat anti bakteria dan anti fungus, membantu metabolisma bagi mengawal berat badan, mengawal insulin dalam badan, membantu mengurangkan sakit senggugut dan membantu dalam detox hati.
- Halia
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Dikatakan dapat merawat penyakit angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering dan kejang
- Temukunci
Untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan.
- Safron
Bagus untuk penjagaan dan kecantikan kulit.
- Habatussauda
Mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
- Madu
Untuk meningkatkan daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula.
- Gula melaka
Digunakan sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.
Antara khasiat Jus Asam Kunyit Madu (JAKM)
- Membantu menurunkan berat badan
- Bantu rawat masalah kulit
- Bantu proses pencerahan kulit secara alami
- Bantu naikkan aura seri wajah
- Bantu rawat haid tidak teratur dan darah kotor
- Bantu menstabilkan kolestrol dalam darah
- Bantu buang angin dalam badan
- Bantu rawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin
- Bantu melambatkan proses penuaan
- Bantu rawat luka jahitan selepas bersalin
- Bantu rawat masalah-masalah rahim/peranakan
- Bantu rawat masalah bau badan
- Bantu atasi masalah keletihan
- Bantu kurangkan masalah gastrik
- Bantu atasi migrain/kerap sakit kepala
- Menstabilkan gula dalam darah
- Meningkatkan kesuburan suami isteri
- Mencegah batuk/selsema/asma
- Melancarkan sistem pencernaan
- Menurunkan paras kolestrol.
JAKM ini sesuai untuk wanita, lelaki dan anak dara. Jus ini boleh membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit, awet muda, mengurangi lemak dalam badan, memperlambatkan proses penuaan, menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Rasa masam-masam manis, segar semestinya sedap. Boleh diminum sejuk atau suam. Minum setengah gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. JAKM ini cuma berharga RM12 sahaja sebotol (360ml).
Untuk keterangan lanjut dan juga tempahan sila hubungi Puan Azrina di talian 019-3828369 atau di FB : Jus Asam Kunyit Madu
18 Comments
Sama lah, lepas minum tu asyik nak terkentut ja hahaha
ReplyDeletehahaha..kann..
DeleteWow.. mnarik.. tringin nk cuba..
ReplyDeleteBest..hehe..
DeleteKita pun nak cuba minum dalam pantang nanti.
ReplyDeletehehe..try la mas nanti pantang hehehe
DeleteRasa dia macam mana?
ReplyDeleteRasa dia ada masam2 sikit tapi sedap
DeleteBagus lah kandungan jus ni
ReplyDeletesedap betul JAKM ni, sampai hari ni tak miss lagi, kena topup lagi, stok dah nak habis!
ReplyDeleteyang paling penting, memang usus jadi sihat, sebelum ni susah sangat nak membuang, Alhamdulillah. ok dah sekarang. =)
Best sangat minum JAKM, dah try seminggu ni, memang rasa kena restok lagi.
ReplyDeleteTime period minum JAKM pun ok gak. Senggugut pun takde..
ReplyDeleteSeronok tengok kawan kawan yang dah merasa khasiat JAKM ni.. Tati jugak yg rugi sebab tak mampu nak telan minuman kesehatan..
ReplyDeleteSaya dan wife dah start amalkannya. Kesannya memang awesome
ReplyDeleteBagus untuk kesihatan.. Bab membuang angin tu dr cik abang, pakai mask min.. Haha
ReplyDeleteEmbah dukun memang cakap elok minum jus kunyit
ReplyDeleteRasa kunyit tu takde yang penting. Lepas tu rasa segar sikit pun ye.
ReplyDeleteSedappp ikut hati nak togok sebotol sehari
ReplyDelete