Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

Sedih dengan apa yang terjadi pada para syuhada' yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah minggu lalu. Lebih sedih bila dapat tahu bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan khianat yang dilakukan juga oleh kanak-kanak dan remaja akibat dendam. 


Tidak keterlaluan rasanya jika aku sifatkan bahawa ini adalah pembunuhan paling kejam dan sadis yang berlaku di Malaysia. Aku sedih kerana si pelakunya semua adalah anak keturunan melayu yang beragama islam. 


Mengikut sisatan polis, enam daripada tujuh suspek positif dadah..lagi luluh hati aku mendengar perkhabaran itu. Entahlah..pada pendapat peribadi aku, aku tegaskan kurangnya didikan agama adalah punca tercetusnya segala perlakuan yang diluar jangkaan. kenapa aku kata begitu? sebab jelas terlihat depan mata sekarang anak-anak muda kini memang cetek bab agama. Salahkan siapa? ibu bapa? guru? takk..pada aku yang paling ketara patut dipersalahkan adalah pemimpin. Kenapa? sebab jadikan Malaysia negara Islam yang tidak berlandaskan Islam sebenar. 


Bukan takat tu malah menjadikan kita rakyat ni seperti hamba duit..kerja siang malam (anak-anak sering terabai dan kadangkala anak-anak lebih rapat dengan pengasuh berbanding dengan ibu bapa sendiri) bagi menampung keperluan hidup kerana kepincangan mereka dalam memimpin..mana mungkin kita ada masalah ekonomi kalau kita juga turut membantu memperkukuhkan ekonomi negara besar (huh!!) ok ketepikan bab pemimpin..malas nak ulas bab tu.


Pembunuhan paling kejam di Malaysia



Berbalik pada kisah si pelaku yang masih bawah umur ni. Mereka terang-terang berfikir seperti seorang professional dan bertindak sebagai seorang dewasa..pada aku selayaknya dibicarakan sebagai seorang dewasa..yup..302 sangat sesuai. Mohon jangan ada yang kata 'maafkan lah mereka kerana mereka masih budak, tak tau berfikir'. kalau diaorang tak boleh berfikir, diaorang tak akan bertindak sekejam itu..pada aku diluar batas pemikiran seorang dewasa yang normal. 


Jarang sebenarnya aku nak berbicara soal ini tapi terkadang sesetengah pemikiran dangkal manusia menyebabkan aku rasa kurang sabar. Mungkin mereka tak ambil iktibar apa yang telah terjadi di luar negara. Mungkin juga tak buka mata dan kurang pengetahuan. Kurang tau apa itu Sociopath atau apa itu psychopath. Aku tak kata yang si pelaku adalah penghidap sociopath atau psychopath yang aku nak sampaikan ialah antara sifat-sifat sociopath dan psychopath ini ialah kurangnya rasa simpati dan kebolehan untuk memahami orang lain. 


Malahan psychopath lebih teruk berbanding sociopath sebab psychopath langsung tak ada hati nurani berbanding sociopath yang ada hati nurani tapi sangat kurang berbanding kita yang normal. Itulah sebabnya periksa latar belakang keluarga sebenarnya penting. Banyak kejadian yang diluar batasan manusia berlaku kerana 2 jenis penyakit ini dan bila disusuri kisah hidup ramai antaranya yang lahir dari keluarga yang kucar kacir, mangsa deraan dan buli. 


Kejadian-kejadian yang hampir sama seperti yang telah terjadi pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini sebenarnya dah lama dulu terjadi di negara luar. Misalnya pada 20 April 1999, 2 orang remaja berusia 17 & 18 tahun telah membunuh seramai 13 orang dan mencederakan 24 orang yang lain menggunakan senjata api dan pisau. Si pelaku Eric David Harris (18 tahun) dan Dylan Bennet Klabold (17 tahun) merupakan pelajar di Columbine High School yang telah mengamuk di sekolah mereka bermotifkan dendam kerana mereka menjadi mangsa buli di sekolah. Malah Eric juga telah didapati menghidap psychopath. Kedua-dua mereka telah membunuh diri sejurus melakukan perbuatan yang tidak tercapai dek akal ini. 


Kenapa aku kaitkan kisah Eric & Dylan ini dengan kisah yang berlaku di Tahfiz? sebab si pelaku yang berhati kering ini adalah remaja..sama macam si pelaku yang telah ditangkap. Mereka ini jika tidak diberikan hukuman setimpal tidak mungkin akan menyesal. Terbaca aku laporan diakhbar tentang keluarga suspek membuat laporan polis berikutan gambar anak mereka viral..hurmmmm.. tak tau nak cakap apa..sebab anak korang yang jahat..camne kalau keluarga mangsa saman korang beramai-ramai? Maaf..aku tak ada rasa simpati pada suspek kerana mereka bertindak seperti iblis..soal nyawa bukan soal main-main. Apatah lagi 23 nyawa..hurm..

Pembunuhan paling kejam di Malaysia

Pembunuhan paling kejam di Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. masih bersedih dgn berita ini. tak sangka ia perbuatan remaja bawah umur.wajar mereka di hukum dgn setimpalnya. fizikal nampak seperti bawah umur.tapi cara pemikiran mereka sgt matang dlm merancang kebakaran ini. minta di jauhi anak2 kita dari perkara yang tidak elok.

    ReplyDelete
  2. Sedih, moga apa yang terjadi beri ikhtibar dan pengajaran pada kita ibu bapa.

    ReplyDelete