Aku sampai semalam dalam pukul 4.45 petang, pelancaran dijangkakan bermula pada pukul 5 petang namun disebabkan hujan lebat sekitar Kuala Lumpur semalam jadi pelancaran bermula agak lewat dari yang telah dijadualkan. Sementara menunggu pelancaran bermula, pihak The Bed KLCC telah menyediakan jamuan ringan untuk semua tetamu yang hadir. Alhamdulillah..makanan memang sedap-sedap..seindah rupa. Sambil minum dan makan..sambil berkenalan dengan blogger-blogger yang lain.
Ruangan yang selesa dan menarik yang disediakan oleh pihak The Bed KLCC ni menyebabkan tak terasa masa berjalan. Maklumlah aku asyik menghayati keindahan reka bentuk dalam The Bed KLCC ni, jadi tak ada la rasa jemu menunggu pelancaran bermula..sambil-sambil tu acara biasa ialah berselfie..muahahaha..
Kira-kira pukul 5.55 Mr.Leslie Cheong iaitu Co-Founder & Executive Director tiba untuk majlis pelancaran. Kami diberi penerangan tentang konsep dan bagaimana cetusan idea wujudnya The Bed KLCC. Selepas pelancaran berakhir kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk dibawa melawat ke seluruh bilik dan pod yang ada di The Bed KLCC ni. Aku, Tati & Huda bertuah sebab kami telah dibawa sendiri oleh Mr. Leslie Cheong untuk melawat kawasan. Secara jujur aku memang kagum dan tertarik dengan pod-pod yang disediakan. Memang cantik dan nampak mewah.
Yang menariknya, untuk setiap pod yang disediakan..ada privacy blind sendiri. Jadi kita boleh tutup je blind tu dan hidup dalam dunia kita sendiri hahaha..macam dalam gambar kat bawah ni.
Untuk ruangan di lounge di bawah pula, hiasan dan rekaan memang cantik. Tempat ni kecil je ruangannya tapi idea rekaan mereka memang mantap. Aku paling tertarik dengan kawasan ni..memang sangat santai.
Untuk sebarang pertanyaan boleh je layari ke laman web The Bed KLCC
11 Comments
teringin nak stay situ skali,.
ReplyDeleteSeriously cantik The Bed KL ni. Lounge dia pun very stylish. Untungla dapat pergi sana.
ReplyDeleteBr tau ada hotel cenggini
ReplyDeleteMenarik tempat ni. View pn cantik. Selesa je tengoknya. Blh msuk wishlist ni.
ReplyDeleteApa yang paling saya suka adalah, murah, di kl, ruang privasi dia dan selesa. Hehehe
ReplyDeletecantik, nampak mewah
ReplyDeleteSyok nyer, bukan terlalu kecil pun. Bigger than usual capsule hotel.
ReplyDeletexx
Puiyeesss
Heard a lot about The Bed. Haven't really checked their location yet. Price is really good, hope it maintains.
ReplyDeleteSeems a pretty neat and upscale place. Would love to check it out someday!
ReplyDeleteWow! The dessert look so yummy~ I want to take a bite.
ReplyDeletetempat tidur diamenarik
ReplyDelete