Aku tau mesti korang sekarang follow cerita Syurga Yang Kedua kan? Aku baru je follow cerita tu. Haha..cerita tu bikin emosi je kan? Pulak-pulak dengan watak Danial yang tak adil tu. Hishh menyampah.
Memang lah tu lakonan tapi jangan tak tau yang realiti kehidupan poligami memang begitu. Maksud aku poligami dikalangan orang melayu yang mengaku Islam. Sebab kalau orang yang sebenar Islam memang tak akan buat perangai macam tu.
Dalam cerita tu, Vivy (Fasha Sandha) dikawinkan dengan Danial (Zarul Umbrella) atas desakan ibu Danial yang tak menyukai Sabrina, isteri Danial. Dari situlah bermula segala konflik kehidupan berumahtangga antara Vivy, Danial & Sabrina.
Danial yang kononnya kawen terpaksa (alaaa..konon pastu wat Vivy mengandung jugak..huh!) sering mengabaikan Vivy sebagai isteri kedua.
Ok, aku bukan nak ulas tentang cerita Syurga Yang Kedua tu tapi aku nak bagitau pada perempuan di luar sana yang rasa hidupnya teraniaya oleh suami yang zalim (zalim ni luas maksudnya, bila suami tidak memberi kasih sayang yang sepatutnya juga dikira zalim ye) yang sebenarnya dalam Islam kita sebagai kaum isteri boleh menuntut hak kita.
Ketahui Hak-Hak Wajib Diberikan Kepada Isteri
1. Hak mendapat mahar seperti yang diperintahkan Allah dalam surah An-Nisa' ayat 4 yang bermaksud "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka sukahatinya memberikan kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".
2 (a). Nafkah Zahir iaitu :-
- Makanan
- Pakaian
- Bahan-bahan rempah ratus seperti minyak masak, bawang, garam, gula, lauk pauk (pendek kata barangan dapur)
- Alat pembersih badan & pencuci pakaian
- Tempat tinggal yang selesa
2 (b). Nafkah batin iaitu bukan semata-mata persetubuhan tetapi juga kasih sayang.
3. Komunikasi yang baik. Ingat ye jangan asyik maki hamun isteri, jangan didik isteri untuk maki hamun juga.
4. Hak mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar (yang ni ramai kaum suami abaikan bab bimbingan dan tunjuk ajar ni)
5. Hak terhadap harta isteri. Ok yang ni pun ramai kaum suami zaman sekarang lupa. Harta isteri adalah harta isteri ye..bukan harta bersama melainkan itu harta sepencarian. Sebab tu bagi yang tahu tentang tanggungjawab, diaorang tak akan sewenangnya meminta isteri tanggung suami.
6. Hak terhadap harta sepencarian.
Tiada Kasta Dalam Islam
Islam melarang untuk kita 'berkasta' dalam hubungan. Maksudnya begini..macam dalam cerita Syurga Yang Kedua tu, Si Danial melebihkan Sabrina (isteri pertama) dan mengabaikan Vivy (isteri kedua). Dalam kes ni Danial bersikap tidak adil dengan mengutamakan isteri pertama dan seolah-olah meletak kan 'kasta' disitu.
Dalam Islam sebenarnya tak ada pun istilah 'Isteri pertama atau isteri bongsu diutamakan'. Haram pun sebenarnya bersikap begitu. Sebab sebagai suami, menjadi tanggungjawab korang untuk membimbing, menyemai rasa kasih sayang dan berlaku adil antara semua isteri. Bila suami bersikap tidak adil, itu makanya yang isteri-isteri akan bermusuh sama sendiri. Jadi dalam soal ni salah siapa? Suami lah kan? huh..
Boleh ke Kita Sebagai Isteri Menuntut Hak Kita di Mahkamah?
Boleh..sebenarnya banyak je enakmen-enakmen yang termaktub untuk melindungi hak sebagai isteri ni. Tapi ramai yang tak ambil kisah dan akhirnya suami yang jenis zalim ni mula ambil kesempatan dan naik lemak.
Antara yang termaktub dalam Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VI - Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-lain :
- Seksyen 62 . Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan jaminan diberi bagi nafkah
Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua apa-apa bahagiannya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.
- Seksyen 69. Menuntut tunggakan nafkah
(1) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya (Pin. Akta A902:s 21)
(2). Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri orang itu disisi undang-undang orang itu
- Seksyen 120. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung
Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya mengikut cara yang dikehendakinya oleh Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya.
- Seksyen 127. Menganiaya isteri
Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Dah baca? Faham kan yang perkara ni bukan perkara main-main. Untuk kaum suami diluar sana, sebelum berkahwin WAJIB tahu ERTI TANGGUNGJAWAB. Bagi yang berniat nak berpoligami tu, mohon dalami Islam dulu. Kalau nak sangat ikut sunnah Rasul, ikut la yang sepadan dengan ilmu yang ada di dada.
Kasih sayang pun ada akta dan hukumnya tau..jangan buat main-main. Jangan suka-suka layan isteri macam sampah, macam tak ada perasaan.
Huh..kan aku dah kata..Ceria Syurga Yang Kedua ni bikin emo je..
9 Comments
dan ada jer suami tak mengaku apa yg dia buat dekat mahkamah, urusan mahkamah trpkse brtangguh byk kali. hurmm
ReplyDeleteKan..hasil perbincangan kak min dgn kawan yg memang pguam syarie, katanya kalau kita tuntut dulu hak kita lepas tu suami masih x ikut nnt kalo next stage (penceraian) lebih mudah la sebab dah ada rekod
Deletetak suka betul drama ni.. menyampah.Hahahaha... tapi tatau macam mana boleh terklik entri sis min ni ya? ehehehe.
ReplyDeleteHahaha..tq..sebab i bukan nak ulas cerita..i ulas pasal hak isteri dalam islam
Deleterajin ulas.. tbaik..
ReplyDeleteTq. Tak rajin sgt nak ulas cte tu lebih kepada nk sharing hak isteri yg boleh dituntut di mahkamah je ekekee
DeleteBetul tu, sebagai isteri kita kena tahu hak kita walaupun hidup berpoligami.
ReplyDeleteGeram jugk tgk cita nii...
ReplyDeletebagus bila kak min buat akta ni..sekurangnya kita perempuan tau..huhuu
ReplyDelete