"Sesungguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah (hati), apabila hati itu baik maka baik pula seluruh diri dan amal perbuatan manusia dan apabila hati itu rosak maka rosaklah seluruh diri (amal perbuatan manusia tersebut). Ingatlah, iala adalah HATI" ~ Bukhari & Muslim
Peredaran zaman mungkin..atau terlalu moden mungkin..aku perhatikan manusia zaman sekarang semakin kecil 'hati' nya. Kurang sifat kasih sayang, kurang rasa hormat, kurang rasa malu dan kurang segalanya. Tengok je la berita-berita yang terpampang di dada-dada akhbar kebelakangan ni. Ayah & ibu bunuh anak sendiri, bayi berusia 46 hari meninggal kerana didera, seorang pembantu rumah mati diseksa.
Kadang aku pikir kurang didikan agama ke atau memang kurang sifat keperimanusiaan. Itu yang kes besar-besar kita tengok. Belum lagi disekeliling kita sendiri. Tengok je la..anak-anak sekarang kurang hormati orang tua. Langsung tak ada sifat dan rasa hormat walaupun orang tua yang sediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Kadang tengok anak yang bersifat begini tak ubah seperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberi makan.
Hati..ye..hati yang perlu diperbaiki. Andai kita semua perbaiki hati kita, mungkin tak ada lagi kisah suami mendera mental dan fizikal isteri, mengugut untuk bogelkan isteri dikhalayak ramai, tiada lagi isteri yang menjadikan suami hamba, tiada lagi bayi-bayi yang mati didera, tiada lagi pembantu rumah mati terseksa dan yang penting tiada lagi anak-anak derhaka yang biadap wujud atas muka bumi ni.
Ok..cam emosi sikit tulisan aku kali ni. Emosi bila baca kisah-kisah bapa merogol anak sendiri, emosi baca kisah bagaimana seksanya isteri didera emosi dan fizikal, emosi baca kisah bayi dibuang..arghhh pendek kata aku memang emosi saat ini..hahaha..
5 Comments
dengan tiada paksa rela i singgah blog k.min hari ni..haha
ReplyDeletehahaha..tq Cik Nor
DeleteDengar jugak berita bayi meninggal tu. Katanya siap ada bekas gigi. Maknanya ada gigitan la kan. Hmm, tak tahu kenapa tergamak buat macam tu. Atau ada masalah dalaman.
ReplyDeleteSemalam dah singgah lupa komen header. Cantik!
ReplyDeleteTerasa emosi bila baca nukilan cik min arini.. rasa gusar & sayu pun ada bila tgk pergolakan masyarakat sekarang.. harap hati anak2 AM & AM juga terus terpelihara dr anasir negatif.. moga yg terbaik utk kita.. terima kasih atas isu yg cuba dibangkitkan cik min!
ReplyDelete