Bertempat di Dewan Perdana Felda, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar pada 10 Feb 2018 yang lepas.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang Kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Untuk pengetahuan korang, Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Menurut pengasas KSP iaitu Dr. Mohd Zamri Noordin, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.
Latar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan
Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip :-
- Menghubungkan kerajaan, NGO dan ahli-ahli NGO termasuk koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
- Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
- Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku
Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok.
NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan kerajaan dan NGO di atas platform digital.
Antara rakan blogger KBBA yang hadir |
22 Comments
Wow bestnya kalau dapat join sama...
ReplyDeleteOoOO bagus untuk NGO
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDeletesemua boleh join ke? jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
ReplyDeleteBagus la,inisiatif terbaik utk NGO yang terlibat.
ReplyDeleteterbaik, fungsi kad digital yg berguna utk NGO
ReplyDeletekalau untuk promosi dapatkan barangan murah saya berminat! heheheh
ReplyDeletememudahkan,dengan adanya apps. bagus ni
ReplyDeleteAlah rugi xpat pegi
ReplyDeleteAlah rugi xpat pegi..
ReplyDeleteBagus ada platform camni. At least convenient utk semua org.
ReplyDeleteSemua ngo boleh dihimpun kan dlm apps tu ehh
ReplyDeleteBestnya event macam ni. Apps tu sangat bagus..
ReplyDeleteKad belum dapat lagi...kalau tak dah install mobile app ni...hello, kenapa saya tak nampak kat belakang tu.
ReplyDeletepro ngo.. hehe :) good effort to have this digital card.
ReplyDeleteMenarik juga konsep kad digital NGO negaraku ni. Harap-harap ramai yang dapat manfaatnya
ReplyDeletesat... tak puas ati ni.. awat gambar cek nampak gemuk??? hahah.. k bye
ReplyDeleteCongrats for this event! Way to go digital and benefit many locals.
ReplyDeleteThis digital NGO card sounds like it has a lot of benefits. That's taking the NGO to another level by going digital.
ReplyDeleteMenarik konsep ni, moga dapat beri manfaat.
ReplyDeleteOoo.. thanks for the info. Never know such app until reading your post. Sounds really great initiative for ngo to know what each other is doing and can collaborate and support!
ReplyDeleteSeiring dengan teknologi terkini..
ReplyDelete