Tak lama lagi kita dah nak menjalani ibadah puasa. Biasanya dalam bulan puasa mesti ada sekali dua yang kita terfikir nak berbuka puasa bersama keluarga di luar.
Korang dah plan atau dah pilih tempat untuk berbuka puasa di luar? Kalau belum..meh aku suggest kan tempat yang menarik, harga yang murah dan hidangan yang memang banyak..kat mana tu??
Ha..jom korang..kita berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang.
Jom Berbuka Puasa di Royale Chulan Bukit Bintang
Sepanjang bulan Ramadhan nanti, Royale Chulan Bukit Bintang menyediakan ratusan juadah berbuka puasa untuk 'Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang'.
Alhamdulillah semalam aku dan suami berkesempatan untuk menghadiri 'review' buffet ramadhan yang turut dihadiri oleh rakan blogger dan media yang lain. Menjengah masuk je ke ruang makan Royale Chulan Bukit Bintang, mata memang terus terpaku pada hidangan yang disediakan. Banyak dan menyelerakan!
Tema buffet ramadhan kali ini ialah "Buffet Aneka Selera" di mana ratusan hidangan akan dihidangkan setiap hari. Antara hidangan utama yang disediakan ialah nasi putih, nasi hujan panas, ayam percik, daging deng deng, ikan patin masak tempoyak, pajeri nenas, udang masak lemak cili api, labu masak lemak putih udang kering.
Itu baru sikit yang aku sebutkan, belum lagi cerita tentang kambing golek, aneka buah-buahan, aneka kuih muih..pendek kata memang terlalu banyak hidangan.
Semalam aku mencuba hampir kesemua makanan dan semuanya menepati citarasa aku! Tapi paling aku suka ialah daging deng deng. Daging deng deng yang disediakan Chef Executive , Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal ni memang sedap sangat. Aku dan suami 2 kali ulang makan daging deng deng ni u ollss..haha..
Sempat suami bergambar dengan Chef Executive Raja Kamaroszaman Raja Zainal |
Ayam percik dan kambing golek pun sedap tak henggat. Seingat aku, semalam aku memang makan sampai sendat perut.
Kempen Amal Ramadhan
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini juga, Royale Chulan Bukit Bintang menganjurkan kempen amal ramadhan yang dipanggil 'Kad Ketupat' untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. Setiap sumbang RM10 akan dihulurkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa.
Antara Kemudahan Yang Ada Jika Memilih Royale Chulan Bukit Bintang Sebagai Tempat Menjamu Selera
- Pengangkutan awam
Kalau korang bercadang untuk datang ke Royal Chulan Bukit Bintang ni aku sarankan korang datang menaiki pengangkutan awam sebab tak jauh dari Royale Chulan Bukit Bintang ni terdapat stesen MRT.
Semalam aku dan suami memang menggunakan pengangkutan awam je untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Oleh sebab kami dari Klang, semalam kami parking kereta di stesen komuter Shah Alam. Dari Shah Alam kami ambil komuter ke KL Sentral dan dari KL Sentral menaiki MRT ke Bukit Bintang. Memang mudah dan jimat!
Dari stesen MRT ke Royale Chulan Bukit Bintang pun tak sampai 5 minit berjalan kaki. Dekat sangat korang..
- Parking disediakan oleh pihak Royale Chulan Bukit Bintang
Kalau korang jenis yang tak suka menaiki pengangkutan awam, jangan bimbang sebab tempat letak kereta khas memang disediakan oleh pihak Royale Chulan Bukit Bintang khas untuk para tetamu.
- Surau
Surau yang selesa turut disediakan khas untuk pengunjung beragama Islam. Dah sebut buffet ramadhan kan? jadi dah sah-sah lah 99% adalah pengunjung beragama Islam. Jadi jangan bimbang, surau disediakan oleh pihak Royale Chulan Bukit Bintang
Harga Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
RM98.00 nett untuk dewasa
RM60.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi :
Royale Chulan Bukit Bintang
(formerly known as The Royale Bintang Kuala Lumpur)
17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100
Kuala Lumpur
Tel : +603 21479898
Fax : +603 21459558
17 Comments
k.min..ini dikatakan kekejam melampau..tgk mkanan tu i rsa perut i tiba2 kosong..smuanya sdap..:)
ReplyDeleteHaha..sedap cik nor
DeleteSemuanya nampak sedap dan menyelerakan.. boleh la tempah utk bukak poser sbukan ramadhan nanti .
ReplyDeleteHaah sedap kekya harga pun berpatutan sangat
DeleteMakananya menarik sangat.fuhh kalau bilan puasa mst terliur abiss
ReplyDeleteMakananya menarik sangat.fuhh kalau bilan puasa mst terliur abiss
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi nak pergi mana² review bufet Ramadhan. Yang menarik jugak, banyak pilihan menu.
ReplyDeleteInsyallah nnt baby besar sikit sempatlah Mas gi..
DeleteAla....mana gambar daging deng deng ni.. Kena pergilah jawabnya nak rasa sedap ke tak
ReplyDeleteHahah pergi lynda jgn tak gi
Deletesedapnya.. rasa nak makan semua. harga pun berpatutan ni
ReplyDeleteHaah kan harga sangat berpatutan
DeleteFuhhhhhh terliurrrrrr. Roasted lamb die bergolek2 katekoooo! Nak terjah lah nt bulan ramadhan ni
ReplyDeleteDap cik za roasted lamb dia..lembut je
Deletetak pernah berbuka puasa disini.nanti bila2 ada masa nak try juga la. mcm menarik je menu tu
ReplyDeleteada lemangggg!!!
ReplyDeleteterkesima tgk dessert haha... sedappp tu =D
ReplyDelete