Sempena menyambut ulang tahun yang ke 7 pada 14 March 2018, Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe Malaysia telah melancar 4 menu baru khas untuk pecinta-pecinta makanan Korea. Majlis pelancaran telah diadakan di Oiso cawangan Times Square yang dihadiri oleh 'orang-orang kuat' Oiso termasuk Mr. Kim Young Jun, Pengarah Urusan Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe Malaysia.
Turut memeriahkan majlis ialah pihak media dan bloggers juga selebriti terkenal Amber Chia.
4 Menu baru Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe
- Oiso Jap Chae
Jap Chae adalah makanan Korea berupa suhun (dang myeon) yang dimasak dengan daging dan sayuran. Mengikut sejarah, Jap Chae pertama kali diperkenalkan pada abad ke 17 ketika semenanjung Korea diperintah Dinasti Joseon
- Oiso Stir Fried Beef (bulgogi)
Sejenis lauk yang diperbuat daripada daging lembu yang dihiris nipis dan dimasak bersama perapan istimewa. Hidangan ini adalah salah satu hidangan yang sangat popular dikalangan masyarakat Korea.
Bahan untuk masakan bulgogi |
- Oiso Samgye Tang
Samgye Tang adalah sup ayam ginseng. Samgye Tang dimasak menggunakan seekor ayam tanpa dipotong, diisi bersama nasi, bawang putih, gingseng serta beberapa jenis rempah. Masakan ini sangat popular pada hari-hari sambok jika di Korea.
3 Comments
cm sedap ja.
ReplyDeletesemua nampak sedap ni. Bolehlah belajar makan makanan Korea
ReplyDeletenampak menyelerakan..anyway, done follow ur blog, cik min
ReplyDelete