Aku pulak, lately asyik sibuk dan kerap juga travel dan
bekerja tengah panas terik. Jadi..kulit yang memang ala coklat Cadbury dah jadi
Dark Chocolate..haha..jerawat pun bukan main lagi..suka hati betul la nak
menempel kat muka ni..dah kulit aku jenis kulit berminyak.
Risau dengan keadaan kulit yang makin teruk dengan jerawat
dan kulit ala-ala Dayang Senandung ni, aku tak berlengah untuk dapatkan rawatan
di Toscana Medi Clinic.
Lepas dapatkan khidmat nasihat daripada Dr. Kanwal Gill yang hot tu, (eh siap bagitau Dr. Kanwal I olss nak kulit cerah..hahaha) terus aku bersetuju untuk dapatkan 3 rawatan sekaligus di sini iaitu :
1. IV GLOWHITE
IV adalah singkatan daripada Intravenous
Vitamin. Terapi Intravenous Vitamin adalah sama seperti terapi infuse semasa
kita jatuh sakit dimana badan kita akan dimasukkan ubat/air cuma bezanya IV
Glowhite ni ialah bukan menggunakan ubat untuk merawat sakit tetapi sebaliknya
bahan yang digunakan adalah kombinasi vitamin-vitamin kesihatan seperti Vitamin
C, Vitamin B, Magnesium, Biotin, CoQ10 dan Glutathione untuk merawat serta
mencantikkan kulit.
Menurut Toscana Medi Clinic Amino Acids
adalah ‘key component’ untuk IV Glowhite yang dihasilkan oleh mereka dimana ia
turut digunakan untuk merawat daripada general dehydration hinggalah ke
fibromyalgia dan multiple sclerosis.
Proses IV Glowhite |
2. PORCELAIN DOLL
Proses pengelupasan kulit secara mendalam
ini dilakukan dengan menggunakan keratan berlian (Diamond-chip wand) untuk
membersihkan lapisan atas kulit dan menjadikan kulit lebih halus, licin dan
cerah.
Porcelain Doll Proses..muka ibarat di vacuum..i likee it..haha
|
Rawatan Porcelain Doll ni biasanya
digunakan untuk merawat/mengurangkan :
- Blackheads dan Whiteheads
- Garis halus dan kedutan
- Kulit yang berjerawat
- Hyper Pigmentation
- Kulit berminyak/kering
Aku suka sangat rawatan Porcelain Doll ni sebab rawatan ni menyedut semua kotoran di muka. Ala..pendek kata ibarat dia vacuum semua kekotoran yang ada kat muka kita ni. Nak senang faham lagi, rawatan Porcelain Doll ni umpama kita gosokkan kertas pasir untuk melicinkan permukaan ekekekek..faham tak?
Lepas buat rawatan Porcelain Doll ni kulit aku yang sebelum tu rasa kasar dengan jerawat pasir terasa makin halus dan licin.
Kulit muka dibersihkan terlebih dahulu |
Proses 'steam' sebelum muka aku nak dibersihkan dari jerawat-jerawat yang mengganas ni |
Proses membuang jerawat di muka..ekekek..dan last sekali barulah rawatan Porcelain Doll dilakukan |
3. BLACK DOLL LASER
Black Doll Laser ni ialah rawatan karbon laser iaitu sejenis rawatan laser yang tidak menyakitkan dengan downtime minimum-zero, Sangat berkesan untuk orang yang mempunyai masalah kulit berminyak, bintik hitam, liang pori yang terbuka, kulit kusam dan jerawat di muka dan badan. Karbon laser juga merupakan cara terbaik untuk mengelupas dan menyegarkan kulit, memberi penampilan segar dan menjadikan kulit berasa lembut, licin dan tegang
Bagaimana rawatan ini menjadi sangat berkesan?
Lapisan karbon cair digunakan untuk kulit, di mana ia menembusi jauh ke dalam liang-liang. Cahaya laser sangat tertarik kepada zarah karbon. Apabila laser dilepaskan di kawasan itu, ia menghancurkan karbon, mengambil sel kulit mati, bahan cemar dan minyak dengannya.
Rawatan ini memberi beberapa faedah
- Pembersihan
Karbon mempunyai keupayaan untuk menyerap minyak dan bahan pencemar dari dalam liang. Apabila laser dikenakan di kawasan rawatan, ia mensasarkan dan memusnahkan zarah-zarah karbon dan mengambil apa-apa bahan yang diserap dengannya.
- Pengelupasan
Oleh kerana karbon disasarkan oleh laser, ia meletupkan sel-sel kulit mati, bintik hitam dan berkesan mengelupaskan kulit. Hasilnya adalah lebih lembut, kulit berseri dengan saiz pori yang berkurang dan kulit lebih sekata
- Meremajakan
'Carbon peel' juga mensasarkan lapisan kulit untuk merangsang pengeluaran kolagen, yang seterusnya menghasilkan kulit yang lebih tegang, mengurangkan garis halus dan kedutan dan meninggalkan kulit yang lebih anjal dan berseri.
- Jerawat dan menghilangkan minyak
Haba yang dihasilkan oleh 'carbon peel' mempunyai 2 manfaat tambahan. Ia mengurangkan bakteria P.Acnes yang bertanggungjawab untuk jerawat, membolehkan pengurusan jerawat dan wabak yang lebih baik dan juga mengecutkan kelenjar sebaceous (kelenjar menghasilkan minyak), mengakibatkan kurang pengeluaran minyak dan oleh iti mengurangkan kesesakan membina dalam liang-liang.
Langkah prosedur
Kulit haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian disapu dengan karbon dan diratakan ke seluruh permukaan muka untuk menjadikan wajah kelihatan hitam.
Fungsi karbon ini adalah untuk menyerap haba yang dihasilkan melalui laser. Sepanjang prosedur rawatan ini, pesakit tidak akan merasa sakit.
Haba yang diserap akan merangsang kolagen bawah kulit yang mulai kendur dan menghasilkan kolagen baharu yang lebih tegang dan menjadikan kulit awet muda.
Rawatan ini ada beberapa fasa.
Fasa pertama:
Apabila laser dipancarkan pada wajah untuk menghasilkan satu letupan kecil (electric spark) bagi proses pengelupasan.
Segala kotoran kulit mati akan mengelupas melalui proses ini dan pesakit tidak akan rasa sebarang kesakitan semasa prosedur dilakukan.
Fasa kedua:
Apabila karbon hilang daripada kulit, sekali lagi pancaran laser dipancarkan bagi memastikan ia dapat menembusi lapisan kulit lebih dalam yang akan merawat parut jerawat dan jeragat kelihatan lebih pudar.
Fasa ketiga:
Proses toning, di mana ia berfungsi untuk meremajakan kulit. Laser akan dipancarkan buat kali terakhir dan menembusi lapisan paling dalam iaitu lapisan ketiga dimana ia akan merangsang kolagen dan elastin.
Selepas selesai melakukan karbon laser pada keseluruhan wajah, krim penyejuk akan disapukan bagi merehatkan kulit.
Krim penyejuk disapukan di muka..yang hitam tu pulak sebab aku ada banyak blackhead dan whitehead jadi mask untuk blackhead & whitehead disapukan.
Kalau korang nak dapatkan rawatan kecantikan atau nak kulit secantik Nora Danish..meh la datang ke Toscana Medi Clinic di :
Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866
Email : info@toscanamed.com
Facebook : https://www.facebook.com/toscanamed/
|
1 Comments
wahhh. Bestnya. Tunggu kita nak pi buat jugakk
ReplyDelete