Korang pernah tak cuba ‘vegetarian food’? Aku memang suka
dan teruja bila mendapat jemputan daripada pihak Berjaya Times Square Hotel
Kuala Lumpur untuk mencuba ‘Vegetarian Fine Dining’ di Samplings on The
Fourteenth Restaurant.
Sampling on The Fourteenth Restaurant ni obviously memang
terletak kat tingkat 14 di dalam Berjaya Times Square Hotel..hehe..tapi
Sampling on The Fourteenth Restaurant ni berada di ‘East Tower’ berdekatan
dengan hall-hall yang ada di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Umum tahu yang vegetarian food ialah makanan yang hanya
berasaskan tumbuh-tumbuhan. Untuk yang menjaga pemakanan dan kesihatan,
vegetarian food adalah pilihan utama.
Tapi tu la, selalu orang membayangkan yang bila sebut
vegetarian food mesti tak sedap..mesti rasa hambar dan tawar. Bila dah rasa
sendiri, baru tau sebenarnya vegetarian food ni sedap rupanya!
Dan off course sebelum vegetarian menu keluar
kami dihidangkan terlebih dahulu dengan Pre Dinner Canape iaitu Ciabatta
Mushroom Bruschetta, Truffle Oil Mango, Spicy Salsa, Balsamic Drizzle, Olive
Vegetable Sushi, Takuan, Nori Vol Au Vin, Guacamole, Cherry Sundried
Tomato…hahaha..alahai..susahnya nak sebut nama semua jenis hidangan kan?
Untuk Vegetarian Menu pula kami dihidangkan dengan :
1.
Appetizer
·
Terrine of Roasted Pepper
2.
Warm Appetizer
·
Seared-Haloumi and Breaded Camembert
·
Pickles and Sesame Dressing
3.
Soup
·
Wild Forest Mushroom
·
Truffle Froth
4.
Palate Cleanser
·
Mango Sorbet
5.
Entrée
·
Chilled Soft Tofu
·
Shaved Fennel and Yellow Pepper Coulis
6.
Entrée
·
Maple Glaze Pumpkin
7.
Entrée
·
Steamed Dumpling
·
Stuffed Sweet Turnip and Beans
8.
Main Course
·
Yam Rice
·
Soy Sauce and Lotus Root
9.
Dessert
·
Chocolate Mud Cake
Ya Allah..korang tengok je la gambar-gambar tu..semuanya
sedap dan menarik. Aku sampai hari ni paling yang aku teringat-ingat ialah
Mango Sorbet dan Chocolate Mud Cake..aduiiii memang sedap ya rabbi..hahaha..
Harga Yang Ditawarkan
Kalau korang rasa-rasa macam nak cuba vegetarian food
ni..meh la ke Sampling on the Fourteenth Restaurant yang terletak di aras 14
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Harga untuk setiap course adalah berbeza mengikut berapa
hidangan per set :
·
5 course pada harga RM118 nett per set
·
7 course pada harga RM148 nett per set
·
9 course pada harga RM168 nett per set
Atau kalau korang nak cuba yang ala carte pula, harga adalah
bermula daripada RM18 nett.
Fine Dining Restoran beroperasi daripada 6.30 pm hingga
10.30 pm dari Isnin hingga Sabtu. Restoran ini mampu menempatkan 60 orang dalam
satu masa dan terdapat 2 ‘private room’ yang mampu menempatkan 8 & 12 tetamu
dalam satu masa.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan :
Tel : +60 (3) 21178000 (ext.8131)
6 Comments
seaekali layan vegetarian memang syiok. lagi2 banyak sayur dan buah.. kak nora suka beno kalau ada healthy food.. loveit.. must try nanti. tq darling
ReplyDeleteJarang dapat peluang makan makanan vege..nampak menarik tu min...semua tu sekali ngap je habis..hahaha..
ReplyDeletewalau cuma vege..sedapnyerrrr
ReplyDeletesukanya tgk plating. Harga pun boleh tahan mcm tu
ReplyDeletewah.. hidangannya nampak menarik n sedap.. plating pun kemas dan menarik perhatian
ReplyDeleteWhat a beautiful concept. I have not tried fine dining with vegetarian food before. Want to give it a shot lah! Now I know where to go.
ReplyDelete