Perghhhh..viral giler-giler penangan kuih kuba guling @ kerbau guling ni. Haha..dari mana dapat idea untuk nama kan kuih ni kerbau guling pun aku tak tau tapi yang pasti dek kerana penangan viral, aku pun terasa nak buat jugak kuih ni.
Oleh sebab kuih ni berasal dari Thailand dan mula popular di Kelantan, maka aku lebih suka untuk gelarkan kuih ni mengikut sebutan orang Kelantan iaitu Kuba Guling..ekekeke..baru la rasa lebih pure. Maklumlah..diaorang yang viralkan kan? so lebihkan sikit kredit untuk diaorang dan bunyi pun lebih sedap..KUBA GULING..ekekeke..
Aku pada mulanya ingatkan kuih kuba guling ni ialah kuih kaswi. Tapi bila tengok bahan-bahan dan resipi, ternyatalah meleset aku punya jangkaan tu..chewahhh cam formal lak ayat aku. Ok la, malas nak berceloteh panjang lagi..jom aku sharekan resipi ni dan jap lagi aku pun nak bersilat kat dapur tu..wakakaka..
Resipi Kuih Kuba Guling @ Kerbau Guling
Bahan-bahan :
- 250gm tepung beras
- 150gm tepung jagung
- 3 sudu besar tepung pulut
- 200gm gula
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 1/2 liter air
- Tempurung bersih yang dibakar (tumbuk, tapis & ambil airnya sahaja)
- Secubit garam
- Kelapa parut yang digaul bersama garam (bahan ini untuk digulingkan kuih yang telah siap)
Cara-cara :
- Masukkan kesemua bahan dalam kuali, gaulkan serata dan kemudian hidupkan api.
- Kacau semua bahan menggunakan api yang kecil sehingga pekat (proses seakan membuat kuih koleh kacang)
- Sediakan loyang atau bekas yang disapukan sedikit minyak
- Tuangkan adunan yang likat tadi & biarkan sehingga sejuk
- Apabila sejuk, potongkan kuih tersebut dan gulingkan di dalam kelapa parut yang digaulkan sedikit bersama garam.
Agak senang jugak nak buat kuih ni cuma leceh sikit bab tempurung bakar tu. Sebenarnya tempurung bakar tu bertindak sebagai bahan pewarna untuk menghitamkan kuih kuba guling ni.
Kredit Resipi : Mr. Google & Amir Nawawi
Kredit Gambar : Google
2 Comments
Ema sendiri pun tak tahu pasal kuih viral ni
ReplyDeleteTeringin nak buat, tapi malas bab membakar tempurung tu. Pewarna hitam takde ke? Hehehee.
ReplyDelete