Alhamdulillah.. mendapat jemputan daripada pihak Residensi UTMKL untuk menghadiri majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada 2 July 2018 yang lalu.
Sebenarnya, selain meraikan bulan Syawal yang mulia ini..majlis Jom Raya @ Residensi UTMKL 2018 juga diadakan untuk memperkenalkan Residensi UTMKL kepada pihak media. Alhamdulillah memang meriah sangat program Jom Raya @ Residensi UTMKL 2018 ni yang turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti Teknologi Malaysia, pemain industri yang beroperasi di Residensi UTMKL, rakan perniagaan serta beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
Pada majlis ini juga pengerusi UTM Holdings Sdn.Bhd, Tan Sri Dato' Ramli Bin Kushairi telah melancarkan laman sesawang Residensi UTMKL dan video korporat Residendi UTMKL
Terima kasih Residensi UTMKL kerana menjemput aku dan rakan-rakan media yang lain. Memang kenyang kami hari tu dengan hidangan yang enak-enak. Paling aku suka ialah hidang soto dan sate, tak menoleh belakang langsung aku menikmati juadah! hahaha..
Mengenai Residensi UTMKL
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah satu-satunya universiti di Malaysia ini yang yang membangunkan kompleks membeli belah dan hotel. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Kompleks ini yang dikenali sebagai Residensi UTMKL telah dibangunkan oleh UTM bermula tahun 2013 dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017.
Residensi UTMKL ini adalah seluas 4.26 ekar di dalam kawasan kampus berhampiran Jalan Maktab terdiri daripada 4 buah menara setinggi antara 11-22 tingkat. Kompleks ini mempunyai 500 buah bilik dan diuruskan secara professional oleh Widad Hospitality Management dan The Regency yang berpengalaman luas dalam bidang perhotelan.
Residensi UTMKL mengandungi 7 tingkat podium & 4 menara penginapan iaitu :
- Menara 1 - 22 tingkat dengan 150 unit penginapan 2 bilik
- Menara 2 - 13 tingkat dengan 50 unit penginapan 3 bilik
- Menara 3 - 11 tingkat dengan 118 unit studio
- Menara 4 - 14 tingkat dengan 182 unit studio
Gambar sumber Google |
Selain itu, antara kemudahan yang terdapat di Residensi UTMKL ini ialah :
- Boling 10 lane
- Dewan yang mampu memuatkan sehingga 500 tetamu
- Kolam renang
- 60 unit ruang perniagaan seluas 39,860 kaki persegi
- Parkir sebanyak 719 lot
Bagi memenuhi keperluan pelajar, warga kerja UTM KL dan penduduk setempat, Residensi telah menyediakan kemudahan ruang membeli belah yang dikenali sebagai Gurney Mall menempatkan pelbagai jenama terkenal seperti Burger King, KFC, Old Town White Coffee, Speedmart 99, Richiamo Coffee, Bento Street Cafe, Mynews.com dan pelbagai kedai serta Pegawai Eksekutif UTM Holdings Sdn.Bhd.
Untuk Keterangan Lanjut :
Residensi UTMKL
Jalan Maktab, 54100 Kuala Lumpur
Tel : 03-26154922
Laman web : https://gurneymall.com
1 Comments
terbaek.. meriah :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html