Apa yang wanita seluruh dunia impikan? Dah semestinya memiliki kulit yang cantik menawan dan licin bak pelakon Korea. Aku..tiap kali kalau menonton drama-drama Korea memang aku akan perhatikan habis kulit muka pelakon diaorang. Baik perempuan atau lelaki memang cantik semuanya kulit diaorang tu. Arghhh..memang jeles la.
Sebenarnya salah satu penyumbang untuk kulit kita kusam, berjerawat, berkedut dan kasar ialah pencemaran udara! Ye betul korang..pencemaran udara memang akan menyebabkan kerosakan pada kulit kita.
Menyedari hakikat itu, baru-baru ini Watson Malaysia telah melancarkan teknologi penjagaan kecantikan Korea revolusioner yang melindungi kulit dari pencemaran udara iaitu PURE BEAUTY.
Didatangkan dengan 5 jenis produk iaitu Radiance Cream, Water Gel, Capsule Essence, Radiance Serum dan Sun Protector SPF50+ PA++++, produk ini boleh didapati di Watson seluruh Malaysia.
Menggunakan slogan 'Inspired by nature, Perfected by Science' Pure Beauty sangat mementingkan kesihatan kulit dari dalam agar kulit kita terhindar dari pencemaran udara.
Sekitar Pelancaran Pure Beauty Only at Watson
Watson yang mempunyai 430 cawangan di seluruh negara ini telah menjemput para media dan tetamu untuk melancarkan produk Pure Beauty di Menara World Wide Kuala Lumpur.
Pelancaran ini turut dihoskan oleh MUA terkenal Malaysia iaitu Shazreen Yana Shukri yang turut membuat demo solekan menggunakan produk Pure Beauty.
Info Produk
Seperti yang aku telah terangkan di atas, Pure Beauty telah mengeluarkan 5 jenis produk sebagai perisai dari pencemaran udara. 5 produk tersebut ialah :
1. Illuminating Urban Shield Radiance Serum yang berfungsi :
- Diformulasikan oleh Nerolight, diperolehi dari organik Star Lily yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam dan kulit tidak sekata.
- Nutrietnya membaiki kulit yang rosak dan mempertahankannya daripada bahan pencemaran.
Cara penggunaan :
Cuma perlu sapukan pada muka dan leher yang telah dibersihkan. Biarkan kering dalam beberapa saat. Gunakan pada setiap pagi dan malam diikuti oleh Pure Beauty Toner.
Harga : RM59.90
2. Illuminating Urban Shield Capsule Essence
- Diformulasikan oleh Nerolight, diperolehi dari organik Star Lily yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
- Capsule Essence ii membantu untuk mengurangkan bintik hitam dan memberikan sinar semulajadi. Capsule Essence ini diformulasi untuk kulit kelihatan lebih bercahaya.
- Kapsul mutiara yang terdapat di dalam Capsule Essence ini membantu untuk mengurangkan nada kulit yang tidak sekata dan memberikan wajah kita lebih licin dan cerah.
Cara penggunaan :
Sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dan urut sehingga meresap ke dalam kulit. Gunakan pada setiap pagi dan malam dan diikuti oleh Pure Beauty Illuminating Urban Shield Serum.
Harga : RM69.90
3. Illuminating Urban Shield Water Gel
- Diformulasikan oleh Nerolight, diperolehi dari organik Star Lily yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
- Gel ini menghidrat dan melembapkan kulit dan manjadikan kulit kekal segar dan bersih.
- Tekstur Water Gel ini sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.
Cara penggunaan :
Sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dan urut sehingga meresap ke dalam kulit. Gunakan pada setiap pagi dan malam dan diikuti oleh Pure Beauty Illuminating Urban Shield Serum atau Capsule Essence.
Harga : RM55.90
4. Illuminating Urban Shield Radiance Cream
- Diformulasikan oleh Nerolight, diperolehi dari organik Star Lily yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
- Krim ini menjadikan kulit lebih cerah.
Cara penggunaannya :
Sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dan urut sehingga meresap ke dalam kulit. Gunakan pada setiap pagi dan malam dan diikuti oleh Pure Beauty Illuminating Urban Shield Serum atau Capsule Essence.
- Diformulasikan oleh Nerolight, diperolehi dari organik Star Lily yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
- Sun Protector SPF 50+ PA++++ ini melindungi kulit daripada terdedah kepada cahya UV yang berbahaya.
- Menjadikan kulit lembap sepanjang hari
Cara penggunaan :
Sapukan pada kulit wajah atau badan sebelum keluar.
Harga : RM49.90
Wah...menariknya semua produk Pure Beauty ni. Kalau korang nak kulit sihat dan cantik secantik kulit pelakon Korea tu sila dapatkan produk Pure Beauty ini di Watson yang berdekatan anda. Ingat!! HANYA TERDAPAT DI WATSON.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Pure Beauty ini, boleh lah follow mereka di :
1 Comments
duk usha jugak brand ni, tengah mengumpul lagi ni haha
ReplyDelete