Siapa yang tak kenal Dato AC Mizal kan? Dulu zaman-zaman muda aku dulu, aku kenal Dato AC Mizal ni sebagai penyanyi rap 4U2C..muahaha..zaman tu rasanya rata-rata remaja seangkatan memang giler la kat kumpulan 4U2C ni.
Seiring peningkatan usia, aku tengok Dato AC Mizal mula mengembangkan kerjayanya dalam pelbagai bidang dan terkini beliau menjadi seorang usahawan dalam bidang F&B sebagai rakan kongsi dalam syarikat penyediaan makanan Pollo Mendi.
Sedikit Tentang Pollo Mendi
Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyedia makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia.
Telah diasaskan oleh Encik Mohd Fadzil Hashim yang merupakan usahawan yang terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch. Pollo Mendi telah memulakan operasi pada tahun 2015.
Menariknya tentang Pollo Mendi ini ialah disamping menyajikan makanan 'fine cuisine' yang sedap dan semestinya halal, Pollo Mendi telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagaan restoran mewah yang mampu milik.
Antara kelebihan tambahan Pollo Mendi ialah mereka mempunyai 'central kitchen' sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil halal. Menariknya 'central kitchen' Pollo Mendi ini menggunakan teknologi 'blast freeze' dan 'blast chill' bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.
Selain dari restoran, Pollo Mendi juga mempunyai 'food truck' dan akan melancarkan model 'kiosk' untuk dikembangkan dan menariknya kini Pollo Mendi juga memasarkan beberapa produk sejuk beku melalui rakan usahawan strategik.
Sekitar Majlis Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Alhamdulillah, semalam aku mendapat jemputan untuk majlis memperkenalkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi baru Pollo Mendi.
Majlis yang disambut meriah dengan kehadiran para wartawan, bloggers dan juga rakan artis itu memperkenalkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi yang bertanggungjawab untuk membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan Pollo Mendi. Majlis ini telah dihoskan oleh PU Taha yang terkenal dengan siri 'Jejak Adam' sepanjang bulan Ramadan yang lepas.
Dato Afdlin Shauki turut hadir memerihkan majlis |
Datin Amelia yang menjadi tulang belakang Dato AC Mizal |
Dalam majlis tersebut turut memperkenalkan beberapa produk sejuk beku yang memudahkan para surirumah. Dalam majlis tersebut, Dato AC Mizal turut menunjukkan demo menyediakan masakan produk sejuk beku tersebut yang terdiri daripada Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Rendang, Ayam Masak Merah. Dan juga antara produk sejuk beku yang turut dikeluarkan ialah Kuah Mee Bandung Muar, Nasi Arab dan banyak lagi.
Menurut Dato AC Mizal ketika diajukan soalan tentang pembabitan beliau dalam Pollo Mendi, katanya pada mulanya pihak Pollo Mendi menyunting beliau sebagai duta namun setelah nampak potensi tentang perniagaan ini, beliau mula berminat untuk menceburkan diri dan menjadi rakan kongsi Pollo Mendi.
Sedikit 'Food Review' Makanan di Pollo Mendi
Alhamdulillah semalam kami turut dihidangkan dengan makanan yang ada di Pollo Mendi ni. Antara yang dihidangkan ialah nasi arab dan mee bandung muar.
Terus terang paling aku suka ialah mee bandung muar. Ya Allah..memang sedap sangat dan yang menariknya ialah resipi mee bandung muar ni adalah resipi asli dari anak pengusaha mee bandung yang terkenal di Muar sana tu. Jadi korang dah tak payah susah-suah nak ke Muar semata-mata nak dapatkan mee bandung asli Muar ni. Datang je ke Pollo Mendi restoran ni ha..
Nasi arabnya pula, memang sedap dan paling aku suka tentang nasi arab di sini ialah 'sambal'nya. Perghh memang sedap sebab biasa aku ni kurang sikit gemar nasi arab tapi nasi arab di sini sangat kena la dengan selera aku.
Alhamdulillah semalam memang kami kenyang dan puas hati dengan masakan yang disediakan di Pollo Mendi ni. Bukan takat makanan je sedap malah service pun tip top sangat.
Ha..tentang makanan frozen tu, Alhamdulillah rezeki aku dapat 1 pek rendang ayam sejuk beku. Tadi kebetulan aku sakit sangat kepala. Nak memasak time sakit-sakit ni memang tak laaaa kan..hahaha..kebetulan bangun tidur rasa lapar, buka peti sejuk nampak rendang ayam frozen tu..apa lagi, terus panaskan dan makan dengan roti dannnnnnn..ya Allah memang sedap, tak rasa macam frozen food tapi rasa macam masakan di rumah. Trust me! Aku tak tipu..memang berbaloi sangat untuk grab frozen food diaorang ni sebab bukan je memudahkan dan sedap tapi murah. Ye..1 pek tu dalam RM14.50 je.
Macam mana nak dpatkan frozen food diaorang tu? Aku difahamkan yang boleh dapatkan di mart mereka di Bangi tapi apa-apa pun, info lanjut mengenai frozen food diaorang ni boleh hubungi Encik Fazli di talian 019-2718445
Bagi yang nak rasakan sendiri masakan enak Pollo Mendi, boleh la ke premise mereka yang terletak di :
Pollo Mendi Restaurant
c-10-gf at ground floor,
One City@usj 25,
47630 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +60350367928
Website : www.pollomendi.com
4 Comments
Teringin nak try nasi arab Pollo Mendi tu, nampak menyelerakan betul...
ReplyDeleteTeringat-ingat mee bandung Pak Kadir tu haaa...sedapnya!
ReplyDelete"fiona gadisku... " kita peminat 4u2c wakk... Hihihi bagusnya pollo mendi dh kuakan produk sejuk beku.. Anytime bleh makan kat umah jerkk
ReplyDeletemakin menjadi-jadi Dato'AC Mizal ni tau
ReplyDeletetapi bisnes makanan boleh hidup sangat klau kena dengan caranya