Mencari Penginapan Keluarga di Melaka?

Melaka tak dinafikan menjadi tempat percutian pilihan utama bersama keluarga. Bandaraya bersejarah itu selalunya menjadi tumpuan percutian hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Masalahnya, ketika musim cuti sekolah dan musim perayaan kebanyakan hotel di sekitar Melaka akan fully booked! Sekarang jangan bimbang lagi soal penginapan. Jom aku sharekan tempat penginapan keluarga yang ada di Melaka ni.

1. The Hut @ Serkam


The Hut @ Serkam terletak kira-kira 25km dari bandar Melaka. Menawarkan penginapan berkonsepkan 'kampung' dan dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama & atap nipah.


Aku suka sangat The Hut @ Serkam ni sebab ia mengekalkan ciri-ciri binaan kampung melayu tradisional. Susah sekarang nak cari penginapan yang beratapkan nipah.


The Hut menawarkan 5 buah bilik dimana 2 bilik degan satu katil queen dan 3 bilik dengan dua katil single. Kalau korang datang bercuti bersama keluarga beramai-ramai atau buat family day, aku memang cadangkan untuk korang menginap di The Hut ni sebab kawasannya sangat luas dan selesa selain terdapat kolam renang dan juga tempat untuk BBQ.




Dapur yang luas juga disediakan sekiranya korang berhajat untuk memasak kerana The Hut cuma menyediakan sarapan pagi ringkas seperti roti, mentega, jem, kopi dan teh untuk pelanggannya.


Tapi sekiranya korang memang datang jalan-jalan cari makan, Medan Ikan Bakar Umbai yang terkenal tu cuma terletak kira-kira 7km sahaja dari The Hut ni.

Untuk pengetahuan korang, The Hut terletak di Serkam yang terkenal dengan pelbagai aktiviti pertanian dan perikanan serta tempat makanan laut segar. Jadi kalau korang nak melawat tempat-tempat sekitarnya boleh la korang ke :-

  • Masjid Jamek Serkam (200 m)
  • Medan Ikan Bakar Serkam (500 m)
  • Jeti Nelayan Pantai Sepiring (2 km)
  • Jeti Anjung Batu - ke Pulau Besar (5 km)
  • Bandar Merlimau (5 km)
  • Medan Ikan Bakar Umbai (7 km)
  • Bandaraya Melaka (25 km)
Memang agak jauh sedikit kalau nak ke bandar Melaka tapi pada aku sangat berbaloi menginap di sini yang suasananya sangat menyegarkan dan sangat sesuai untuk mereka yang datang untuk betul-betul berehat dan bercuti.

Bagi yang menginap di The Hut ni jangan bimbang tentang kemudahan kerana The Hut menyediakan kemudahan seperti :
  • Bilik berhawa dingin
  • Pemanas air
  • Kelengkapan asas
  • Dapur yang lengkap
  • Tempat BBQ
  • Sewaan basikal
  • WiFi percuma
  • Tempat letak kereta percuma


Manakala harga untuk bilik pula adalah seperti berikut :
  • Musim biasa
Queen/Twin Single :
RM160.00 (Kadar hari biasa)
RM180.00 (Kadar hari minggu)

  • Musim Cuti
Queen/Twin Single :
RM180.00 (Kadar hari biasa)
RM200.00 (Kadar hari minggu)

Untuk sebarang tempahan bilik boleh layari :
Whatsapp : +60123202611 (Mr. Khairul)
Alamat : KM 18, Jalan Serkam Pantai,
Kampung Serkam Timur,
77300, Merlimau, Melaka

2. Villa Serai

Villa Serai terletak cuma 2 km daripada The Hut @ Serkam. Villa Serai menawarkan penginapan banglo dan chalet yang sesuai dijadikan tempat percutian keluarga.


Terdapat 3 buah bilik di banglo dengan ruang tamu dan ruang makan yang sangat selesa. Berada di Villa Serai ini terasa seakan berada di rumah sendiri.

  

 Ruangan dapur kering dan dapur basah diasingkan. Ruangan dapur basah dan juga tempat memasak terletak di luar rumah di mana meja makan, ruangan BBQ dan tempat bersantai disediakan.



Setiap bilik dilengkapkan dengan bilik air sendiri dan terdapat sebuah bilik mandi dan tandas turut disediakan dibahagian dapur.


Manakala sebuah chalet kecil yang mampu menempatkan 2-3 orang berada di tepi banglo dan sebuah kolam renang turut disediakan di sini.




Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :
Whatsapp/Tel : +60123202611

3. The Hex @ Terrace Home Stay

Terletak di Durian Tunggal, The Hex menawarkan penginapan 3 bilik dengan 2 bilik queen dan 1 bilik single. Dilengkapkan dengan dapur yang selesa dan tetamu boleh memasak menggunakan dapur yang disediakan. 

Dengan harga yang cukup istimewa iaitu RM200 untuk 1 malam, The Hex adalah penginapan yang sangat sesuai jika korang merancang untuk datang bersama keluarga.

Gambar kredit : Blogger Eazy









Turut disediakan ialah extra bed , peti ais, heater, ruangan membaca menjadikan The Hex @ Terrace Home Stay ini sebuah penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang merancang percutian bersama keluarga. 


Dengan hiasan yang sangat cantik serta kemas, menginap di The Hex terasa seakan menginap di bilik hotel.


Menurut pemilik The Hex @ Terrace Home Stay, ruangan BBQ dan juga kolam renang bakal dibina bagi memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin bercuti bersama keluarga dan meluangkan masa bersama anak-anak untuk bersantai sambil menikmati BBQ untuk makan malam.



Bagi yang berminat untuk menginap di The Hex @ Terrace Home Stay boleh lah mendapatkan keterangan lanjut :

Alamat : Batu 8 Jalan Bonda Che Wah Gangsa,
76000 Durian Tunggal, Melaka


Post a Comment

2 Comments

  1. Semua cantik dan selesa nampak, bercuti ni tak kisah dimana janji penginapan kena superb baru indah percutian tu kan kak min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Kak min memang pentingkan keselesaan tempat tidur

      Delete