Nasi Lemak Pak Omar Memang Champion!

Nasi lemak memang sinonim dengan rakyat Malaysia tak kira apa bangsa pun. Menariknya rakyat Malaysia ni ialah, mereka akan menikmati nasi lemak ni tak kira pada waktu sarapan ke, tengah hari atau pun malam. Tu yang menjadikan nasi lemak ni sebagai hidangan unik negara kita.


Bercakap tentang nasi lemak ni, aku memang agak cerewet sikit bila memilih nasi lemak sebab maklum la aku tinggal di Klang di mana rata-rata masyarakat jawa di sini masak nasi lemak memang sedap. Hahaha..walaupun nasi lemak seringgit yang cuma ada telur rebus tu suku, tapi sedapnya ya amat.

Jadi, bila makan di kedai-kedai makan..aku memang jarang pilih nasi lemak sebab biasanya nasi lemak yang dihidangkan di restoran-restoran ni rasanya kurang umphh berbanding nasi lemak yang aku selalu makan.

Tapi hari ni, mendapat jemputan untuk majlis perasmian pembukaan Pak Omar Nasi Lemak Champion yang terletak di Publika membuatkan aku mengubah persepsi aku tentang nasi lemak yang dihidangkan di restoran. Mana taknya! Nasi lemak Pak Omar ni betul-betul champion bukan setakat dari segi presentation malah dari segi rasa.



Majlis perasmian pembukaan Pak Omar Nasi Lemak Champion telah dirasmikan oleh Pak Omar sendiri dan juga Dynas Mokhtar yang menjadi tetamu undangan.



Nasi lemak Pak Omar ni memang terasa keaslian nasi lemak. Ramuan di dalam nasi lemak yang ditambah daun pandan, halia dan serai menaikkan lagi aroma rasa nasi lemak seakan masakan ibu di rumah. Lebih enak lagi ialah kerana nasi lemak Pak Omar ni ialah nasi lemak kukus tau!

Dihidangkan pula dengan ayam goreng berempah, sambal nasi lemak yang enak, ikan bils dan kacang, telur rebus, timun dan kangkung rebus melengkapkan lagi hidangan nasi lemak yang benar-benar asli dari segi rasa dan mutu hidangan.


Yang bestnya di sini..ada pelbagai lauk untuk dipadankan dengan nasi lemak yang memang champion ni! Selain ada ayam goreng berempah, ada juga sambal sotong, rendang ayam, rendang daging dan rendang kambing. Aku dah cuba kesemuanya tadi dan memang sedap!



Bukan tu je yang ada tau..ada juga sambal tumis petai, sambal bendi, acar , Mee Siam dan juga karipap. Karipap kat sini memang puas ati la...besar-besar gitu..haha


Pendek kata semua yang dihidangkan di sini memang sedap semuanya. Tapi yang paling menarik hati aku adalah nasi lemak jumbo yang sesuai untuk hidangan 3-4 orang. Perghhh..1st time ni tengok ada hidangan nasi lemak jumbo dihidangkan di restoran.




Nasi Lemak Jumbo
Tengok je la aku ni..tak tahu nak makan yang mana dulu..haha..semuanya pun sedap-sedap belaka. Jujur aku katakan..semua makanan di sini langsung tidak mengecewakan.


Jadi kalau korang terliur tengok gambar-gambar yang aku share ni..apa kata korang datang dan rasa sendiri keenakan rasa nasi lemak Pak Omar yang betul-betul champion ni di :

G2-A1-07 (Block A1),
Publika, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 
50480 Kuala Lumpur

Atau boleh layari mereka di FB & IG untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai mereka ya.



Post a Comment

4 Comments

  1. sedap dan mmg champion...rasa nasi lemak yang tak diragukan..hehehe

    ReplyDelete
  2. sebaik jauh, kalau tak gemok la sha tiap hari mesti nak makan nasi lemak ni

    ReplyDelete
  3. nasi lemak dgn sayur kangkong goreng mmg fav kita..
    tengok pulak sambal bendi tu... Ya AMPUNNNNNNN terliur wakkkk

    ReplyDelete