Syurga Makan Thai di Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018

Aku sememangnya seorang pecinta makanan hahaha..kegemaran aku ialah makan. Dan biasanya aku memang tak cerewet langsung pasal makanan.

Tapi dalam banyak-banyak makanan, aku memang suka sangat makanan Thai. Tak tau la kenapa tapi memang dari kecil aku rasa makanan Thai memang sesuai sangat dengan tekak aku yang sukakan makanan pedas manis.

Sebab tu, bila mendapat jemputan ke Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 baru-baru ni aku sikit pun tak lepaskan peluang untuk turut hadir. Pesta ini dianjurkan bersama Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP), HeroMarket Marketing (M) Bhd dan pesta ini akan berlangsung di 24 cawangan HeroMarket bermula daripada 3-5 Ogos 2018.


Sabai Sabai bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa, dengan sempurnanya merangkumi budaya dan gaya hidup Thai. Dengan tema ini, pesta makanan Thai Sabai Sabai ini akan menampilkan pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh negara.

Sepanjang berlangsungnya Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 ini, pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai-HACKS, keropok beras Jepun-Doca, udang goreng dan kerepek ketam - Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup - 'Madam Fish' dan bermacam-macam lagi


Tapi yang paling menarik ialah sepanjang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan  ke Phuket dengan penginapan untuk 4 hari 3 malam, manakala pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi dua tiket ke Hua Hin & penginapan 3 hari 2 malam. Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500, hadiah keempat akan menerima hamper bernilai RM300 dan hadiah kelima akan menerima hamper bernilai RM200.

Sekitar Majlis Perasmian Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018

Seriously aku sangat tertarik dengan persembahan sepanjang majlis perasmian Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 ini berlangsung.

Apa yang menariknya? Haaa..sebab sebelum upacara memotong riben berlangsung, para tetamu telah dipersembahkan dengan tarian tradisional Thai dan juga persembahan Muay Thai yang cukup buat aku terjerit-jerit sebab aku yang rasa sakit masa diaorang berlawan hahahahaha..




Ketika majlis perasmian ini berlangsung juga, terdapat pelbagai makanan kering dari negara Thai dipamerkan untuk jualan. Aku tak terkecuali untuk membeli barang-barang kesukaan aku seperti mee untuk masak Phad Thai, pes tom yam dan sebagainya.




Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 bolehlah layari facebook :



Post a Comment

1 Comments

  1. Waaa sama kita Cik Min, suka makanan Thai.
    Lagi-lagi kalau dapat kerabu kaki tu adeii sedapnyaaa...
    Ada jual gak ye barang makan dia, kita nampak pes tomyam tu..

    ReplyDelete