Travelogue Perlis : Tempat & Aktiviti Wajib Jika ke Perlis

Wah..dah seminggu berlalu, hari ni baru berkesempatan nak kongsi cerita dengan korang tentang Perlis. Perlis ni namanya kecil tapi banyak tempat -tempat menarik dan aktiviti-aktivi wajib yang korang kena lawati & buat sekiranya sampai ke Perlis.


9 haribulan lepas, aku bertolak dar KL ke Perlis lewat tengah malam. Agak penat juga sebenarnya sebab semalamnya aku di Kuala Selangor menerokai tempat-tempat menarik di Kuala Selangor. Muahaha..bab Kuala Selangor korang boleh baca kat sini http://www.bebelancikmin.com/2018/08/tempat-menarik-yang-wajib-dilawati-di.htm

Sampai ke Perlis, ke tempat penginapan kami kira-kira pukul 6.50 pagi. Badan yang kepenatan terus terasa segar bila melihat persekitaran tempat penginapan kami yang menghijau. Kat mana kami tinggal? Haaa..kami tinggal di Homestay Kampung Ujung Bukit.

Homestay Kampung Ujung Bukit

Homestay Kampung Ujung Bukit ni terletak di Kampung Ujung Bukit, Jalan Kurong Batang, Kangar, Perlis. Berlatarbelakangkan sawah padi dan bukit yang menghijau, homestay Kampung Ujung Bukit menawarkan 17 buah chalet inap desa pelbagai pilihan dalam suasana kampung.



Menariknya, tandas dalam chalet di homestay Kampung Ujung Bukit ni betul-betul attached dengan batu-batu. Hahaha..masa buka je pintu bilik air tu memang aku terkejut dan teruja la jugak sebab ni 1st time aku tengok bilik air yang bersambung dengan batu-batu bukit. Rasa macam di gua pun ada. 



Bilik yang aku dapat ni ialah bilik dengan katil queen size. memang selesa sangat. Bilik dilengkapi dengan tv, kettle jug dan sejadah. Penanda kiblat pun disediakan jadi memang sangat mudah bagi kita yang muslim ni nak menunaikan solat.


Kalau korang datang ke Perlis ni, jangan lupa tau menginap di homestay Kampung Ujung Bukit yang unik, menarik dan penuh dengan ciri-ciri kampung. Aku paling suka sebab kat sini sejuk je. Maklumlah memang terletak di bukit. Bila bangun pagi memang berkabus je. Paling best bila tengok depan mata ada sawah padi.




Seriously korang, aku memang jatuh cinta sangat dengan tempat ni sebab tenang sangat. Bagi yang jenis macam aku sukakan tempat sebegini untuk release tension, datanglah menginap di homestay Kampung Ujung Bukit ni. Aku pasti korang pun tentu suka. Haa..bagi instafamous yang suka sangat ber OOTD tu, kat sini memang banyak sangat port yang cantik-cantik untuk korang ber OOTD.

Harga untuk 1 malam di homestay Kampung Ujung Bukit ni pula adalah berbeza mengikut kategori bilik. Namun yang pasti harganya antara RM80-RM140 1 malam. Buat masa sekarang, pihak homestay Kampung Ujung Bukit ni tak menyediakan makanan. Jadi kalau korang menginap di sini korang kenalah keluar ke kedai-kedai dan gerai-gerai makan berdekatan. Jangan bimbang sebab memang banyak sangat kedai makan sedap-sedap di sekitar homestay Kampung Ujung Bukit ni dengan harga makanan yang memang murah.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai homestay Kampung Ujung Bukit, korang bolehlah layari laman sosial mereka di :


Team kami bergambar untuk kenang-kenangan bersama pengusaha homestay Kampung Ujung Bukit, Pak Mat

Gua Kelam 

Aku hari tu, lepas berehat sekejap sesudah sampai ke Perlis..terus kami menuju ke Gua Kelam. Gua Kelam ni memang antara kebanggaan Perlis. Kalau sebut Gua Kelam je semua tau gua tu terletak di Perlis. Jadi tak sah la ke Perlis ni kalau tak melawat ke Gua Kelam.


Gua Kelam terletak di banjaran Nakawan iaitu kira-kira 33 km dar Kangar, Perlis. Gua yang berkawasan seluas 2000 hektar ini telah diwartakan sebagai sebahagian Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.

Gua Kelam 1 merupakan laluan menghubungkan kaki bukit ke lembah Wang Tangga iaitu sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, orang Inggeris telah menemui yang laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan biji timah dari lombong yang berdekatan laluan masuk sungai melalui gua bawah tanah ke kaki bukit.


Dikabarkan lebih 80 orang pelombong telah meninggal dunia di dalam gua ini antara tahun 1930-an sehingga tahun 1970-an. 

Itu serba sedikit info tentang Gua Kelam yang aku kongsikan. Kami hari tu memulakan ekspedisi kami ke Gua Kelam 2 dimana Gua Kelam 2 ini belum dibuka untuk orang ramai. Hanya mereka yang mendapat kelulusan bertulis sahaja yang dibenarkan masuk ke Gua Kelam 2 ni. 



Laluan Gua Kelam 2 ni sepanjang kira-kira 2 km. Kami hari tu berpeluang untuk masuk dan melihat sendiri keadaan di dalam Gua Kelam 2. Antara tempat yang menarik minat kami adalah sebuah tempat yang dipanggil pyramid yang masih menjadi misteri tentang apakah yang terdapat di situ. 


Masa aku naik tu memang nampaklah susunan batu yang disusun seakan pyramid. Terdapat juga kesan-kesan tinggalan lama seperti tulisan-tulisan dalam bahasa mandarin yang ditulis oleh pelombong-pelombong suatu masa dulu. Umum tahu yang pelombong ini rata-ratanya adalah dari tanah besar China.

Perjalanan sejauh 2 km tak adalah terasa sangat sebenarnya sebab kami banyak berhenti untuk melihat tinggalan lama dan bergambar. Bila melihat sendiri tinggalan lama ni, terfikir aku sejenak betapa susahnya kehidupan mereka di dalam tu suatu masa dahulu. Sekarang dah ada lampu yang menerangi gua tu. Bayangkan ketika tahun 1930-an hingga 1970-an bagaimana gelap gelita keadaan dalam sana. Sebab tu gua ni dinamakan Gua Kelam iatu mengambil maksud 'Kelam' iaitu 'Kegelapan'.


Gua Kelam 2 menghubungkan kami ke Gua Kelam 1. Tamat perjalanan kami di Gua Kelam 2, kami menuruni tangga untuk ke Gua Kelam 1 dan menamatkan ekspedisi kami di Gua Kelam pada hari itu.



Habis menjelajah ke Gua Kelam, kami berhenti merehatkan badan dan mengisi perut yang lapar sebelum menuju ke Taman Negeri Perlis. 

Apa yang menarik di Taman Negeri Perlis tu? Haaa..tu aku akan kongsikan di dalam entri seterusnya. Memandangkan entri ni pun dah panjang..jadi aku ambil keputusan untuk membuat sambungan tentang Travelogue Perlis ni ke entri seterusnya supaya korang tak la bosan sangat nak membaca panjang-panjang ni..hehehe..apa-apa pun jumpe di entri seterusnya tau..banyak lagi aku nak kongsikan tentang Perlis ni. 

Post a Comment

2 Comments

  1. done follow #128

    tak pernah lagi sampai perlis hehe

    ReplyDelete
  2. wahh memang unik dan best homestay nya...
    sampai dah perlis tapi urusan kerja jadi tak sempat nak jalan2

    ReplyDelete