Travelogue Perlis : Teroka Bumi Perlis

Siapa dah baca entri aku mengenai tempat & aktiviti wajib di Perlis? Aku dah kongsikan 6 tempat yang korang mesti pergi kalau datang ke Perlis.

Kalau belum baca boleh klik link ni untuk baca Episod pertama & kedua mengenai tempat-tempat yang aku sendiri dah teroka di bumi Perlis ni.

Sekarang aku nak sambung semula kisah mengenai negeri Perlis yang nampak saja kecil tapi penuh dengan tempat menarik yang korang sendiri wajib lawati.


Bukit Merbok

Bukit Merbok ni sebenarnya tempat pendakian. Siapa yang sukakan aktiviti adventure macam aku, datanglah ke Bukit Merbok ni untuk hiking.

Bukit Merbok terletak berhampiran dengan Kampung Ujung Bukit. Untuk memulakan ekspedisi pendakian, kami perlu melalui kawasan ladang buluh madu kerana laluan masuk ke Bukit Merbok berada di belakang ladang buluh madu tersebut.




Sebelum pendakian bermula, kami diingatkan untuk berhati-hati dari segi perbuatan dan percakapan kerana dikhabarkan kawasan pendakian tersebut adalah kawasan bunian. Selesai bacaan doa, kami memulakan pendakian.

Bukan mudah untuk menawan puncak Merbok kerana kawasan permukaan bukit yang terlalu curam dan berbatu tajam. Jujur, dalam banyak-banyak bukit yang aku pergi hiking..Bukit Merbok ni yang paling mencabar.


Sebelum sampai ke puncak Merbok, kami melalui 2 buah gua iaitu Gua Bunian dan Gua telus. Di Gua Bunian, kami mengambil kesempatan untuk berehat dan bergambar seketika sambil mendengar penerangan & kisah Gua Bunian dari pihak PNW yang membawa & menjaga kami sepanjang pendakian.


Gua Bunian ni dikhabarkan tempat perkampungan orang bunian. Mengikut kisah yang diceritakan, suatu masa dahulu orang bunian dan manusia ni bergaul baik. Biasanya kalau ada majlis keramaian atau pun kenduri, orang bunian dan manusia saling memberi pinjam pinggan mangkuk. Hinggalah pada satu ketika, manusia tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam dalam keadaan baik dan cukup bilangan..sejak itu orang bunian memutuskan perhubungan dengan alam manusia.

Ha..itulah cerita yang aku dengar. Aku memang suka dengar kisah-kisah mistik ni..hahaha..jadi hari tu bila sampai di pintu masuk Gua Bunian, beria-rialah aku bergambar. Tapi kami tak dibenarkan untuk masuk ke dalam gua tersebut. Jadi makanya cuma boleh bergambar di depan pintu gua je la.


Selesai berehat & bergambar di Gua Bunian, kami meneruskan pendakian dan kali ni kami ke Gua Telus. Gua ni di panggil Gua Telus kerana kedalamannya ialah sedalam 50 kaki. Perghh memang dalam. Aku yang dari atas tengok ke gua ni pun seram sejuk tengok. 

Gambar kredit to blogger Dboy Ahmad
Akhirnya, lepas naik hampir 2 jam..sampai jugak kami ke puncak Bukit Merbok. Dari puncak Bukit Merbok ni kita dapat melihat pemandangan Perlis yang sememangnya kaya dengan pemandangan hijau. Memang cantik dan puas ati sangat-sangat. 



Terima kasih tak terhingga pada pihak PNW yang sentiasa menjaga kami terutama Daniel, Man & Syamil. Man Terutamanya yang sanggup bersusah payah bawakan beg kami sampai turun, jaga setiap langkah kami ketika naik dan turun, malah sanggup 'dukung' salah sorang team kami yang terseliuh kaki. Terima kasih sangat..hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian

Nat Pokok Getah

Terletak di dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Pauh. Nat dalam bahasa Thailand membawa maksud 'pasar pagi'. Nat Pokok Getah ialah sebuah pasar pagi yang terletak betul-betul di dalam kebun getah.

Nat Pokok Getah menjadi tumpuan setiap hari Jumaat dan Ahad bermula 7 pagi hingga 12 tengahari. Tapi menurut penduduk tempatan, hari Ahad lebih meriah dan ramai pengunjung datang termasuk pengunjung dari luar.


Menariknya di Nat Pokok Getah ni berbanding pekan sehari lain yang berbumbung, nat pokok getah seluas dua hektar ni lebih istimewa kerana berbumbungkan daun getah yang membentuk kanopi semulajadi! Oh ye..lupa nak cerita, nat pokok getah ni terbahagi pada 2 iaitu 1 bahagian yang memang terletak di kiri kanan bahu jalan dan 1 bahagan lagi betul-betul di dalam kebun getah.

Aku pun bukan main rambang mata datang ke nat pokok getah ni. Nasib la masa aku pergi tu berbaki lagi 2 hari kami akan tinggal di di Perlis..kalau tak rasanya semua lauk pauk macam siput metarang, udang dan ikan-ikan segar dah penuh bonet. Mana taknya..barang-barang di sini harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan di KL ni.




Itu pun aku sempat beli buah jentik untuk dimakan di dalam kereta bersama rakan blogger lain, ikan masin untuk suami, sotong kering, asam keping dan rempah masak hitam utara. Hahaha..banyak jugak la kan..ekekeke..




Jadi, kalau korang merancang percutian ke Perlis..jangan lupa datang ke nat pokok getah. Nat pokok getah ni adalah nat terbesar di Perlis. Jadi kalau tak tau boleh tanya je penduduk tempatan macam mana nak pergi selain guna waze la kannn..





Jambatan Tuanku Syed Putra

Ni port wajib untuk korang yang sukakan keindahan. Aku suka sangat Jambatan Tuanku Syed Putra ni sebab dari atas jambatan ni korang akan nampak kampung nelayan dan juga korang akan nampak Pulau Langkawi dan Pulau Brasmana, Thailand.



Maklum lah, Perlis ni kan sempadan dengan negara Thailand jadi dari sini korang akan nampak la negara Thailand dari sini.

Aku yang memang sukakan pemandangan cantik, memang tertarik hati sangat dengan pemandangan dari Jambatan Tuanku Syed Putra. Hehehe..sempat jugak aku ambil gambar produk aku dari atas jambatan ni. Hasilnya? Perghh 'stunning' bak kata omputih..ekeke..

Cantikkan pemandangan dari atas Jambatan Tuanku Syed Putra ni? Ha..tapi kalau korang suka pemandangan matahari terbenam, aku akan kongsikan tempat mana portnya. Tapi aku dah tak larat nak kongsikan sekarang. Insyallah aku akan kongsikan dalam next entri je. Cam biasa..follow la aku rapat-rapat hahaha...

Post a Comment

9 Comments

  1. Hmm.. belum pernah jejak lagi ke perlis huhu. memang kena pergi suatu masa nanti. Pasar malam tak ada ke hehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt discover Bukit Merbok dan msk gua..mmg berani

    ReplyDelete
  3. rindunya nak pergi perlis. dulu masa liez duk alor.setar selalh g perlis sbb jiran asal sana. tapi xpernah pergi gua bunian tu lagi. pasar nat mmg port wajib la pergi

    ReplyDelete
  4. Nice to read an in-depth travelogue of Perlis. Although I have already visited many places in Malaysia. Perlis is one state that I have yet to explore thoroughly. Need to plan soon!

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pegi Perlis. Banyak banyak tempat...saya teringin nak pegi nat pokok getah tu. Semua fresh and nampak sedap. Buah jentik jentik lama tak makan.

    ReplyDelete
  6. rindu pula kat tempat ni. masa kat hometown, seringkali pergi sebab dekat sangat tapi now dah kat KL... selalu sempat sampai ke Kedah aje... jauh driving... hahahha
    wanna try with Train la...

    ReplyDelete
  7. Never really explore this kind of place before! Once a while is good for us to explore some nature and kampung place.

    ReplyDelete
  8. OMG those fresh seafoods looks so nice to cook them all and have a feast! Glad you enjoyed your adventure :D Where are you heading next?

    ReplyDelete
  9. banyak jugak tempat menarik kat perlis, tapi selalu rasa takdak tempat nakpi haha

    ReplyDelete