Jaga Kulit Wajah Dengan My Beauty Mask

Dapat kulit sihat berseri tu memang impian setiap perempuan. Pulak-pulak dapat kulit yang glowing macam artis-artis Korea tu kan..pergh..alangkah bahagia kalau dapat kulit sehalus mulus gitu.


Tapi tahu tak korang..untuk mendapatkan kulit cantik berseri tu memerlukan usaha yang gigih juga? Bukan setakat cuci muka dengan pencuci muka je sebab mencuci muka hanya akan menghilangkan kotoran di permukaan kulit muka tetapi tidak di bawah lapisan kulit.



Sebab itu kita perlu untuk memakai mask antara 2-3 kali seminggu. Kenapa? Sebab masking ini membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yag dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih.


Kepentingan Mask Dalam Penjagaan Kulit Wajah

Ramai yang ambil mudah tentang penggunaan mask pada wajah. Sebenarnya mask ni sangat penting diamalkan penggunaannya. seeloknya amalkan memakai mask antara 2-3 kali seminggu.
Mask sebenarnya berfungsi membuang sel kulit mati dibahagian atas lapisan kulit disamping melembapkan kulit.

Mengamalkan pemakaian mask secara konsisten akan menjadikan kulit wajah lembut, licin dan gebu, menegangkan kulit muka, menghindarkan dari kedutan dan menganjalkan kulit.

Sebab itu aku sekarang mengamalkan penggunaan mask secara konsisten. Maklumlah..umur tak lama lagi dah nak menginjak ke angka 4 di depan..hehehe..jom aku share kan dengan korang mask yang aku guna sekarang..keluaran My Beauty iaitu produk dari Korea. Memang best sangat. Ada 3 jenis mask yang diaorang keluarkan :


1. Ginger Gold Hydrogel Mask

Halia terbukti banyak khasiat untuk kesihatan. Antara kebaikan halia adalah melambatkan proses penuaan.

Ginger Gold Hydrogel Mask ni 'Dermatology Tested' yang mempunyai 12.5ppm pure gold, 1g madu dan minyak halia asli.


Yang bagusnya.. kesemua mask My Beauty ni bebas :

  • Formaldehyde
  • Benzyl Alcohol
  • Paraben
  • Silicone
  • Sulfate Amine
  • Coal Tar Dyes
  • Mineral Oil
  • Animal-Derived Ingredient
Jadi tak perlu ragu-ragu nak menggunakan kesemua mask keluaran My Beauty ni.

Cara Penggunaan
Cara nak gunakan mask ni senang je. Cuma perlu buka bungkusan dan keluarkan mask, Apply kan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Jangan lupa tepuk-tepuk sikit muka ketika rawatan hehe..

2. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

Red Ginseng atau pun ginseng merah memang sangat terkenal di Korea. Ginseng terbukti mempunyai banyak khasiat. Seperti juga halia, ginseng juga terbukti sangat berkesan untuk melambatkan prose penuaan.

Aku suka sangat pakai Red Ginseng Gold Hydrogel Mask ni sebab mask nya terasa sejuk di muka..maklumlah dia kan macam gel tu jadi bila pakai rasa rileks dan sejuk je.


Red Ginseng Gold Hydrogel Mask sangat bagus diamalkan penggunaannya kerana:
  • Dermatology tested
  • Terdapat 99.9% pure gold 12.5ppm
  • Terkandung madu asli yang bertindak mencerahkan kulit wajah
  • Terkandung ginseng merah yang berusia 6 tahun

3. Rice Sheet Mask

Siapa tak tahu tentang kebaikan beras kan? Masa aku remaja dulu memang amalkan mask beras. Tapi dulu aku blend beras yang digoreng tanpa minyak bersama susu tepung. Kemudian pupur pada muka. Memang best sangat sebab lepas pakai memang kulit akan jadi lembut sangat.

Sekarang dah senang. Aku cuma amalkan pakai Rice Sheet Mask keluaran My Beauty ni je. Cuma perlu buka dan applykan pada wajah.


Baik korang amalkan penggunaan Rice Sheet Mask ni sebab setiap helaian mask sheet ni:
  • Dermatology tested
  • Whitening & wrinkles improvement certified
  • 1% ekstrak beras
  • 1g madu

Terus terang selepas aku mengamalkan penggunaan mask secara konsisten ni, kulit memang terasa lebih lembut, lembap dan anjal. Rasa bersih sangat kulit muka ni tau! Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang mask keluaran My Beauty ni korang boleh layari laman web mereka di http://www.myproductco.com/

Post a Comment

21 Comments

  1. kiteee suka mask. tapi jarang pakai yang sheet ni. selalu yang krim. cumanya yang ni senang nak bawak pi mana2 sebab haluih.

    ReplyDelete
  2. I pun ada try mask ni.. bagusnya... nak beli banyak lagi.. apply mask tiap tiap hari.. haha

    ReplyDelete
  3. syok yer kak min pakai mask.. huda tak pernah lagi try hydrogel mask ni. Macam best jer..nak try jugak lah

    ReplyDelete
  4. Suka semua beauty mask sebab bila akak stress akak akan cari mask untuk cooldown..letak kat muka best sangat..boleh sejukkan muka..terus sejuk kan hati jugak..mask muka bersifat merilekskan wajah kan..kena selalu guna untuk awet muda..

    ReplyDelete
  5. The mask looks good on you. I want to get some to try it out too.

    ReplyDelete
  6. Rawlins paling suka yang red ginseng tu. Nyaman dan baunya sangat menenangkan jiwa. Lagi-lagi kalau pakai time sejuk - adush... memang lega bukan main.

    ReplyDelete
  7. Wow...saya suka yg ginseng tu..hahhaha..best pakai..lepas tu rasa moist n toing2 je kan

    ReplyDelete
  8. i'm a mask lover!boleh intai mask ni pulak sebab xde paraben haha.bagussss untuk muka!

    ReplyDelete
  9. kita laki pon guna mask jugak ok tapi kekadang je. Allahu kena konsisten la kan pakai kalau nak kekal cantik. gituhhh.

    ReplyDelete
  10. Waa bestnyaa mcm2 masks ada! Betul, nak jaga kulit kena konsisten dan rajin. Bab mask ni mmg seronok, hehe. Bestnya lagi2 mask dari Korea, sbb KBeauty ni pon skrg dh makin popular kat sini kan, makin mcm2 brand ada dan quality semuanya bukan calang2! ❤️

    ReplyDelete
  11. Wahhh menarik sangat ni..sure bertambah cantik le min nanti. Sis pun suka pakai mask ..tapi lom pernah lagi cuba mask ni..nanti leh lah cuba

    ReplyDelete
  12. Syomelnya muka kak min pakai mask.. Mohon datang NOF malam ni pakai mask camni.. hehehehe... Tapi betul seronok guna mask ni. Kulit pun boleh jadi makin syantikk dan berseri-seri...

    ReplyDelete
  13. Penggunaan topeng kecantikan untuk menaikkan seri wajah memang dah di ketahui umum. skincare rutin yang sangat ketat oleh wanita kroea

    ReplyDelete
  14. Lia paling suka Ginger Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask tu .Yang ginseng punya bau kuat sangat kan . Kalau letak dalam peti ais lagi sejuk bila pakai.

    ReplyDelete
  15. Makin cantik la kulit awak.. mmg penggunaan mask yg konsisten boleh buat kulit muka bersih dan cerah..nama klau mask dr korea mmg antara pengeluar product kecantikan terbaik

    ReplyDelete
  16. Pernah pakai mask sekali je. Masa tu ada kawan bagi mask tu. Pastu tak tahan pulak dibuatnya. Rasa gatal merenyam kat muka. Terus tak berani nak pakai. Nanti nak try la yang jenis macam ni pulak.

    ReplyDelete
  17. Nampak best pakai mask ni. Hehehhe mesti kulit jadi lebih tegang dan cantekkk

    ReplyDelete
  18. saya memang suka sangat pakai mask. kalau pegi watsons mesti beli satu.. brand ni nampak bagus. dan saya berkenan yang gold tu

    ReplyDelete
  19. Lamanya tak manjakan kulit wajah i dengan mask. Bestnya kalau leh wat terapi sendiri kt rumah

    ReplyDelete
  20. dah lama tak buat macam ni, biasalah dh ada anak ni makin sibuk palk hehe, dulu masa bujang rajin manjakan muka dgn mask ni hehe

    ReplyDelete