Aku suka ke Singapore. Tak ingat dah berapa kali ke sana
tapi tak pernah jemu untuk ke sana. Kali terakhir aku ke Singapore dalam 4
bulan lepas kalau tak silap.
Cuma untuk masuk ke Singapore ni ada beberapa perkara yang korang kena tahu antaranya ialah larangan mebawa masuk rokok dan gula-gula getah.
Jadi, kalau korang merancang untuk masuk ke Singapore ni
pastikan korang tak terbawa gula-gula getah dan rokok ye. Kalau tak banyak hal
pulak kat Immigration tu nanti.
Oh ye..lagi satu..di Singapore ni tandas-tandasnya tidak
disediakan air macam di Malaysia ni. Namun bukanlah semua tempat sebab ada juga
tanda yang disediakan air seperti yang terdapat di Pulau Sentosa. Cuma korang
kena pandai la sikit untuk cari.
Apa yang ada di Singapore? Sebenarnya ada beberapa tempat
yang korang mesti lawati di Singapore ni. Antaranya ialah :
1.
Merlion Park
Merlion Park adalah mercu tanda Singapore. Biasanya para
pelancong dari luar Negara akan berpusu-pusu untuk datang bergambar di Merlion
Park ni. Dalam erti kata lain tak sah lah kalau ke Singapore tak singgah di
Merlion Park ni.
2.
Esplanade
Kat sini pun tempat yang korang kena lawati. Bagi kaki-kaki
bergambar, banyak spot-spot menarik untuk bergambar di sini.
3.
Bugis Street
Tempat ni menjadi tumpuan pelancong untuk membeli
cenderahati. Khabarnya di Bugis Street ni harganya lebih murah berbanding di
tempat lain.
Pelbagai barang ada di sini, bukan setakat barangan
cenderahati malah makanan dan minuman pun ada dijual di sini.
4.
Masjid Sultan
Masjid Sultan adalah masjid yang tertua di Singapore ni. Masa
aku ke sini tempohari, masjid ni tengah renovation sikit.
5.
Kampung Glam
Sebuah penempatan Melayu yang masih mengekalkan ciri-ciri
keaslian. Banyak yang menarik ada di Kampung Glam ni tau!
6.
Restoran Zam-Zam
Restoran Zam-Zam ni memang sangat terkenal di Singapore.
Ramai pelangan yang akan berpusu di sini dan jangan terkejut sebab kebanyak
pelancong dari Malaysia suka makan di sini. Nasi beriani Restoran Zam-Zam ni
memang sedap.
Restoran Zam-Zam ni terletak Cuma seberang jalan je dari
Masjid Sultan.
7.
Pulau Sentosa
Kat sini la terletaknya Universal Studio Singapore (USS)
yang famous tu. Dulu masa aku ke USS ni, minion kegilaan aku belum ada lagi.
Sekarang dah ada tapi belum berkesempatan nak masuk ke USS.
Beberapa bulan
lepas aku naik trem untuk ke Pantai Siloso dan Palawan je, langsung tak masuk
USS.
Sebenarnya kalau satu hari je memang tak cukup nak pusing
Pulau Sentosa ni..banyak sangat tempat menarik di sini. Cuma aku hari tu pilih
untuk ke pantai sebab aku memang sukakan pantai. Ada bermacam aktiviti juga di
pantai ni tau..malah flying fox pun ada!
8.
Garden By The Bay
Ha..ni memang port wajib korang kena datang. Disini
pertunjukan berlampu yang diiringi muzik diadakan. Memang cantik sangat-sangat.
Tapi nak tengok pertunjukan berlampu ni kena lah datang pada sebelah malam ye.
Masa aku pergi hari tu, memang enjoy sangat aku tengok
pertunjukan lampu dengan iringan muzik star wars. Pendek kata kalau tak tegok
persembahan rhapsody di Garden By The Bay ni macam rugi lah sikit.
Promosi Traveloka Untuk ke SEEngapore
Haaa..menarikkan Singapore? Jom la ke Singapore dan tempah
sekarang dengan Traveloka yang sememangnya pakar dalam perjalanan dan percutian
ni. Tak sia-sia untuk membuat tempahan dengan Traveloka dan saksikan sendiri
kehebatan SEEngapore kerana Traveloka adalah ‘one-stop-travel app’ yang
menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian ke Singapore.
Menariknya merancang percutian dengan Traveloka ni ialah
kerana mereka menawarkan diskaun hebat dengan RM50 flate rate diskaun untuk
penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke
Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi
dengan menggunakan kupon ‘GOSG’
Bukan tu je tau..malah Traveloka membuat tawaran potongan
tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, TIADA KUPON DIPERLUKAN!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom klik SEEngapore Traveloka Promotion sekarang dan nikmati percutian yang hebat dengan promosi Traveloka ke SEEngapore
Syarat-syarat Membuat Tempahan
1.
Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan
pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.
2.
Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod ‘GOSG’
sewaktu penerbangan.
3.
Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari
harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.
4.
Tempoh tempahan : 1 Sept – 30 Sept 2018 (subject
to change)
5.
Tempoh perjalanan : bila-bila masa
Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi?? Jom klik SEEngapore Promotion sekarang dan nikmati percutian yang hebat dengan promosi Traveloka ke SEEngapore
8 Comments
cantiknya singapore! teringin jugak nakp tapi kena menabung lagi la. best betul traveloka ni selalu buat promosi
ReplyDeletekan..cantik..Dah la ada promosi sekarang
DeleteTeringin nak pi singapore ni, tambah pulak traveloka buat harga murah ...jom
ReplyDeleteJom kak
DeleteFirst time ke Singapore pd 2012.. mmg best.. in shaa Allah akan repeat lg.
ReplyDeleteJom Jom repeat lagi
Deletejom repeat dgn geng blogger..last kita pergi singapore tahun 2009 kot..lama sgt dh
ReplyDeleteaida lom pernah jejaki spore, cik min.
ReplyDeleteakan gi. maybe folo day tour from kl sentral.
byk ada dah kan.
nak gi sendiri, mcm x brape pandai selok-belok perjalanan di spore.