Night of Fright 6 Mendebarkan!

Sape suka gi rumah hantu? Korang dah pergi ke Nights of Fright 6 yang sekarang berlangsung di Sunway Lagoon?

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Aku berkesempatan la ke sana masa opening baru-baru ni. Openingnya bukan main meriah lagi u olss..Aku ke sana dengan rakan-rakan blogger lain..memang meriah dan gamat dengan jeritan hahaha..

Actually tahun lepas aku dah join jugak NOF5, tahun ni bila Mawardi pelawa memang aku tak lepaskan peluang la. Maklum la..nak merasa sendiri pengalaman Nights of Fright 6 pulak..seseram yang tahun lepas ke idokkkk..

Night of Fright 6 Mendebarkan!
Hehe..minuman pun menyeramkan..

Tahun ini, NOF6 menyediakan 8 buah rumah hantu, 4 zon menakutkan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menyeramkan dihidangkan khas buat para pengunjung. Nak tahu apa yang ada di sini? Jom aku share kan apa yang ada di sini ye!

Night of Fright 6 Mendebarkan!


Wendigo - The Legend in The Mist
Jaga-jaga ye masuk ke sini kerana terdapat raksasa yang bersemangat karnibal!

Phobia : Coulrophobia - The Fear of Clowns
Suka kan badut yang comel? Kalau itu yang korang harapkan..1 je yang aku nak cakap "JANGAN HARAP!!" hahah..sebab kat sini korang tak akan berdepan dengan badut yang comel dan melucukan..cuma badut-badut yang menyeramkan menanti korang di sini!

Night of Fright 6 Mendebarkan!


Slaughterhouse 13
Dengar cerita rumah penyembelihan milik Chan ni dah lama terbiar selepas sorang pekerjanya yang bernama Lee Lee Choong terjumpa mayat yang tergantung di dalam peti sejuk! Kalau korang nak tau apa yang ada dalam Slaughterhouse 13 ni boleh la masuk ke sini tapi pastikan korang tak masuk sorang-sorang ye!

Zombie Zoo
Selalu kalau ke zoo kita akan tengok haiwan-haiwan yang comel je kan? di zombie zoo ni cuma ada zombie-zombie yang menakutkan..kalau berani.. masuklah!

Scarytales Theater
Nak kan lagi pengalaman yang menyeramkan? Datang la sini untuk dengarkan sendiri cerita-cerita seram si pocong, toyol dan pontianak sambil ditemani mereka!

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Night of Fright 6 Mendebarkan!


Ghostbusters
Temui hantu-hantu moden di New York

Horrorwood Studio Wax Museum of Monster
Kalau masih tak berpuashati dengan tahap keseraman di NOF6 ni, sila masuk ke sini pula untuk uji tahap keberanian korang.

Ghost face - The Face to Make You Scream in UV3D
Muahaha..jangan sampai tak tidur malam pulak kalau masuk ke sini

Night of Fright 6 Mendebarkan!


Jampi 
Jangan terkejut kalau korang di sapa oleh oleh dukun-dukun Melayu, India & Cina dengan mentera-mentera yang menyeram kan kat sini ye!

Enclave of Torture
Sini paling seram sebab korang dapat saksikan bagaimana penyiksaan yang kejam dijalankan..huhu

Haritu boleh dikatakan semua rumah-rumah hantu ni kami masuk dan pastinya riuh dengan jeritan-jeritan ketakutan hahaha..memang seronok lah tapi make sure korang datang beramai-ramai baru meriah..

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Night of Fright 6 Mendebarkan!


Info Masa, Tiket & Cara Tempahan

NOF6 ini akan berlangsung bermula 28hb September sehingga 31hb Oktober nanti dan akan di adakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad bermula pukul 7.30 malam sehingga pukul 11.30 malam

Harga Tiket : RM69 (normal price)

Untuk tempahan dan keterangan lanjut :

Tel : 603 5639 0000
Website : www.sunwaylagoon.com
Facebook : www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Night of Fright 6 Mendebarkan!

Hehe..cantik kan gambar-gambar ni? Kebanyakan gambar ni di ambil oleh Epul..kalau nak dapatkan khidmat fotografi dari beliau korang boleh ushar-ushar Ig  ni :


Tq Epul sebab amikkan gambar-gambar yang cantik ni..hehe..

Post a Comment

21 Comments

  1. tak berani lah nak pergi...takut dibawa sampai ke mimpu...hehehe

    ReplyDelete
  2. very scary.. i very timid leh... dun dare to go to the scary part.. but after all, sunway lagoon is too good to be resist..

    ReplyDelete
  3. kak lily dapat invite hari tuh tapi tak nak pi lah sebab takut betul dengan hantu2 ni sebab boleh bawak ke mimpi2 ni bahaya oooo terbayang2 tuh yang tak nak

    ReplyDelete
  4. Mak oiiii...scary la..confirm la manusia penakut macam akak tak pergi de tempat ni...dulu pernah pi 2009 dan lepas tu tak jejak2 la..macam mana orang cakap best pun akak sanggup tunggu kat luar...biar la anak2 ke atau sesapa masuk dulu

    ReplyDelete
  5. Bestkan nof ni. Macam2 hantu kita jumpa semuanya legend dan epik. Memang best kalau datang dengan kengkawan kat sini

    ReplyDelete
  6. Interesting ni tapi anak yang sorang tu benda2 macam ni dia takut sikit. Hehehe....maybe untuk mereka yang berhati kental boleh join. Nampak hantu tu make up macam real oh....

    ReplyDelete
  7. So scary and yet challenging. Better not to bring my children there till they are brave enough to see all the ghost. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. cam syok je berparti dengan hantu-hantu ni semua..haha..yg tak kuat semangat knfem menjerti-jerit ni..

    ReplyDelete
  9. Looks so much fun. Have always loved the Halloween season since like forever. Pretty excited about this ghost house in sunway. Gonna brainwash my friends to cone with me for sure

    ReplyDelete
  10. Mulaa mulaaa takuttt jugaaa. hhu lps tu dahhh beraniii siketttt hhe btw best & enjoy sgt!

    ReplyDelete
  11. I was there the other day at the entrance, saw so many people there but it looks so scary, I'm too scared to join events like this hahaha

    ReplyDelete
  12. Best layan movie or aktiviti seram dan menakutkan bersama rakan2 satu kepala nie.. benda seram jadi lawak di penhujungnya.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. Suka je pi rumah hantu tuh asalkan kita beramai ramailah. But klo pergi sendirian hihihiii aku jadi takuuut.

    ReplyDelete
  14. Teringin tapi diri ni penakut hahaha.Lalu jalan sunyi pun pegang tgn shuben hahaha.Tapi night of fright ni sesuai utk anak muda je.Yang tua satg ada yg sakit jantung .

    ReplyDelete
  15. Kita tak suka wakkk. Kita takut terkejut..bila kita terkejut nanti kita kencin dalam suar..hehehe.
    Dulu2 zaman memuda boleh lah..ni dah separuh abad..rasa x sesuai pulak gan sis..hehehe

    ReplyDelete
  16. Ya Ampun seronok tengok minuman dalam bag plastik ala ala drip tu, banyak betuk makhluk menakutkan... eeiii nasib baik mata ni tak de 6th sense kalau tak mesti dapat tengok benda yang menyeramkan walaupun duduk sebelah je kan hahahha.... tapi banyak banyak hantu yang paling famous dalam Malaysia ialah pocong dan pontianak

    ReplyDelete
  17. Alah bulan ni tak turun Kl. Nak sangat tengok sendiri Nights of Fright kat Sunway Lagoon nk . Mesti dramatik betul dengan costume halloween ni .

    ReplyDelete
  18. yeszaaaa.. memang best kan kak. Tiap taun dok tunggu NOF ni sebab time ni la nak menyakat budak-budak ni.. memang lucu la bila tengok keletah memasing. Tapi sayang la taun ni terlalu ramai orang. So, crowded sket

    ReplyDelete
  19. apo nak dikato. bulan besday aida ni memang antu merata.
    sunway lagoon pun ada byk antu ekk :) ha ha ha ha...
    aida ni kurang berani meskipun tau tu manusia.
    kalu bwk anak2, lagi la diorang seriau tau.
    mcm real antu nyer tu. serrrrrreemmmm!

    ReplyDelete
  20. Lama kita x berparty2 hantu seram ni.. igt dulu abb kene kena la join.. tapi meati best kat sunway erk..ramai geng blogger join lagi

    ReplyDelete
  21. bestnya tengok. Nad tak pernah pergi lagi..hahaa.Sebab anak kecik lagi, takde siapa jaga..nak masuk sini kena ada kaan yang berani..hahaa..banyak juga ye bilik utk night of fright ni

    ReplyDelete