Seringkali kita mendengar dan menyebut tentang sinar UV. Tapi tahukah korang apa maksud sebenar sinar UV?
Apakah Sinar UV?
Kalau merujuk kepada wikipedia, Sinaran ultraungu (atau lebih tepat ultralembayung) atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Ia dinamakan sedemikian kerana spektrum terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. Frekuensi ini adalah halimunan tidak kelihatan pada pandangan manusia, tetapi kelihatan pada sebilangan serangga dan burung. Ia juga kelihatan secara tidak langsung, dengan menyebabkan bahan floresen bercahaya dengan cahaya nampak.
Cahaya Sinar ultraungu UV terdapat dalam cahaya matahari dan dihasilkan melalui gerbang eletrik dan cahaya khas seperti cahaya hitam. Ia mampu menyebabkan tindak balas kimia, dan menyebabkan banyak bahan bercahaya atau floresan ("fluorescence"). Kebanyakan sinar ultraungu dikelaskan sebagai pancaran tidak mengion. Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultraungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis sinar ultraungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioksigen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah. Bagaimanapun, keseluruhan spektrum sinar ultraungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas (sebagai contoh terbakar matahari (mengelupas)). Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa foton ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sungguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul.
Bahaya Sinaran UV Pada Kulit
Tahu tak korang yang sinaran UV sebenarnya sangat bahaya untuk kulit? Jom aku kongsikan apakah bahaya yang terjadi jika terdedah dengan sinaran UV :
1. Sunburn
Jika terlalu terdedah pada cahaya matahari, kulit akan sunburn dimana kulit akan menjadi kemerahan, menggelupas dan kegatalan.
2. Kulit menjadi gelap
Kalau kita sering terdedah dengan sinaran UV, sel-sel kulit mati akan melepaskan pigmennya. Melepaskan pigmen adalah proses semulajadi kulit. Perkara ini terjadi kerana kulit berusaha membangunkan sistem pertahanan baru dengan cara membentuk lapisan perlindungan tambahan. Bila hal ini terus menerus terjadi, warna kulit akan menjadi lebih gelap.
3. Kulit nampak lebih tua.
Terdedah dengan banyak sinaran UV akan merosakkan kolagen dan elastin pada kulit. Kulit akan nampak kendur, berkedut dan pori pori membesar. Jadi tidak mustahil lah bila kita akan nampak lebih tua dari usia sebenar.
4. Kanser kulit
Ini adalah perkara yang paling ditakuti. Pancaran sinar UV yang berlebihan akan merosakkan materi genetik pada sel-sel kulit. Bila kerosakan ini berlanjutan, pertumbuhan sel kulit akan menjadi tidak terkawal dan akan menyebabkan kanser kulit terjadi.
Bagaimana Kita Menjaga Kulit Agar Tidak Terdedah Pada Sinaran UV Merbahaya
Pada siapa yang sellau follow post-post aku mesti tahu yang aku agak sering travel. Jadi, bila terdedah dengan sinaran matahari tu memang dah biasa sangatlah terutama kalau ke pulau-pulau.
Jadi, untuk melindungi kulit dari pancaran sinaran UV yang berlebihan, aku meletakkan syarat wajib pada diri aku sendiri untuk mengenakan sunblock atau sunscreen lotion yang mempunyai SPF 50++. Tau tak, bila sering terdedah pada pancaran matahari, kulit juga akan menjadi kering. Sebab itulah aku agak cerewet dalam memilih sunblock sebab aku akan teliti kandungan yang terdapat dalam sunblock tersebut.
Sincerity Sunscreen Lotion SPF+ dengan Vitamin E
Aku pilih jenama Sincerity sebab suncreen lotion keluaran Sincerity ni mempunyai SPF 50+ dan vitamin E yang sangat bagus untuk mencegah kekeringan kulit.
Sincerity adalah jenama dari Australia dan pengasasnya adalah Mr. Micheal Sperber seorang graduate dari Rhodes University dalam bidang Pharmacy & Chemistry. Beliau juga seorang ahli The Australian Society of Cosmetic Chemist.
Aku suka Sincerity Sunscreen Lotion ni sebab ia tak berminyak macam kebanyakan sunblock. Ia juga mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Teksturnya juga sangat lembut.
Cara penggunaanya pula sangat mudah, cuma perlu digunakan setiap hari tanpa mengira suhu dan cuaca. Ia sesuai digunakan setia hari kerana ia mempunyai SPF 50+ ianya spektrum yang luas dan SPF50+ bermaksud ia menapis sinar ultraviolet A & B bagi melambatkan proses penuaan, mencegah pigmentasi dan kedutan sambil membantu mengurangkan risiko kanser kulit.
Sapukan Sincerity Suncreen Lotion SPF+ 20 minit sebelum terdedah dengan sinaran matahari. Kalau korang pakai ketika ke pulau dan snorkling atau mandi manda, pastikan korang sapukan lagi lotion ni bila dah naik ke darat dan baru mandi lagi tau! hehe..
Minggu lepas aku ke Damai Laut, paham-paham je la macam mana panas terik kat sana maklumlah kawasan pantai kan? Jadi sememangnya Sincerity Suncreen Lotion SPF+ ni tak tinggal la! Sangat-sangat membantu sebab kulit aku tak menggelupas.
Selasa baru ni pulak aku berlepas ke Terengganu pun tak tinggal aku bawa Sincerity Suncreen Lotion SPF50+. Nasib aku bawak sebab semalam aku ke Muzium Negeri Terengganu, Ya Allah..panas terik sangat-sangat.
Jadi, kalau korang berminat untuk dapatkan Sincerity Sunscreen Lotion SPF50+ ni boleh la dapatkan di Mplus Farmasi Subang Jaya, Bangsar Village dan Shine Farmasi, Kuching.
Atau korang terus whatsapp ke 016-9237439. Juga boleh layari :
Website : http://www.sincerity.my/
FB Page : Sincerity Treatment Skincare
Alamat : 9-3A, Ukay Boulevard, Jalan Ulu Kelang MRR2, 68000 Ampang, Selangor
Email : info@sincerity.my
4 Comments
alaa....tak sukanya pakai sunblock...hahahaha...malas tapi nak kulit cantik jugak...kahkahkah...eh
ReplyDeleteWah, kena beli la produk ni
ReplyDeletewahhh banyak manfaat sunblock rupanyaa
ReplyDeleteassalammualaikum...thanks sgt2 atas info2 ini....saya minta izin untuk menggunakan maklumat yang ada dalam blog ini untuk tujuan kerja kursus fizik ya...
ReplyDelete