Damainya di Damai Laut Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)

Biasa la..hujung-hujung tahun ni lah jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga. Kebetulan cuti sekolah juga memang di akhir tahun, jadi senang lah untuk ibu bapa habiskan cuti tahunan sekali.

Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut Tawarkan Penginapan Terbaik

Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Damai Laut, Lumut, Perak. Selama ni aku asyik dengar orang sebut Damai Laut tapi tak pernah sampai lagi ke sini. Jadi, memandangkan aku tak pernah jejakkan kaki ke Damai Laut..maka destinasi percutian kali ni aku memilih Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut sebagai tempat percutian.

Perjalanan dar KL ke Damai Laut mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Kami menggunakan laluan lebuhraya NKVE dan seterusnya kami keluar ikut susur Sungkai sebelum meneruskan perjalanan mengikut jalan dalam.

Untuk pengetahuan korang, Swiss-Court Holiday Apartment ni terletak agak dalam..kira-kira 7 km jika dari arah jalan besar yang ada sign board 'SWISS GARDEN' tu. Jalan agak berliku tapi lebar jadi memang tak menjadi masalah tambahan pula bila dapat lihat pemandangan yang cantik.

Sepanjang perjalanan korang akan nampak monyet-monyet comel berkeliaran tapi jangan bimbang sebab monyet-monyet tu tak akan mengganggu perjalanan korang pun.

Untuk penginapan kali ni, aku memilih untuk menginap di studio apartment di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA). Pada korang yang mempunyai keluarga kecil seperti pasangan suami isteri dan 2 orang anak, aku cadangkan korang untuk mengambil studio apartment ni sebab studio apartment di SCHA ni mampu memuatkan 4 orang dalam 1 bilik. Harganya pula cuma RM250/per malam

Melangkah masuk ke dalam studio apartment SCHA ni mata memang terpaku dengan konsep bilik yang sememangnya 'damai' dan lengkap dengan segala keperluan termasuk kelengkapan memasak tau! Jom aku sharekan apa yang tersedia di studio apartment SCHA ni.

1. Ruang bilik yang sangat luas, canti dan selesa. 


2. Katil queen untuk pasangan yang sememangnya selesa. Macam aku hari tu, aku cuma datang sorang sebab suami tak ikut..jadi apa lagi..memang leh berguling-guling la..


3. Sofa bed. Sofa ni sebenarnya korang boleh tarik dan jadikan katil. Di setiap bilik disediakan sofa ni dan disertakan sekali arahan penggunaannya. Jadi bagi korang yang ada anak, boleh lah tempatkan mereka di sini.


4. bantal dan selimut extra. Macam yang aku bagitahu, bilik ni mampu memuatkan 4 orang dalam satu masa. Selimut dan bantal extra juga disediakan bagi keselesaan pengunjung.




5. Ruangan bersolek dan menonton tv.


6. Meja makan yang juga turut disediakan minuman untuk 4 orang


7. Peti sejuk, dapur dan kelengkapan memasak turut disediakan selain terdapat pinggan mangkuk dan gelas untuk kegunaan tetamu.
Memang cantik dan lengkap kan bilik ni? Jadi bagi korang yang nak datang ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ni aku cadangkan untuk korang bawa sedikit bekalan sperti mi segera atau pun benda yang boleh masak sebab kat sini segala kelengkapan memasak disediakan tambahan pula macam yang aku bagitau di awal tadi yang Damai Laut ni terletak agak jauh ke dalam. Kalau korang nak jimat berbelanja dan malas nak keluar cari makan jauh-jauh baik korang bawa la apa yang patut untuk makan sekeluarga.

Bagi yang tak kisah untuk berbelanja lebih, sebenarnya tak jadi masalah pun tentang makanan sebab di Swiss Garden Beach Resort pula memang terdapat makanan dihidangkan. Oh ye, sebelum korang keliru aku nak terangkan sedikit yang di Damai Laut ni terdapat 3 jenis penginapan iaitu :

  • Swiss Garden Beach Resort
  • Swiss-Villa
  • Swiss-Court Holiday Apartment
Untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam semuanya disediakan di Swiss Garden Beach Resort iaitu di The Garden Terrace.



Ni antara hidangan yang disediakan untuk para tetamu di Swiss Garden Beach Resort

Aktiviti & Fasiliti Yang Terdapat di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)

Apa yang seronoknya bercuti di Swiss-Court Holiday Apartment ni ialah terdapat banyak aktiviti dan fasiliti yang disediakan khas untuk para tetamu mereka. Antaranya ialah :

  • Sauna room
  • Darts, Table Tennis, baskelball, soccer, American Pool Table, Monopoly & Chess
  • Karaoke
  • Mini-Water Theme Park 
  • Swimming pool dengan pelbagai pilihan pelampung
  • Jungle Trekking
  • Night Fun Fishing
  • BBQ pit rental
  • Sunset view at the beach
  • Golf view at the beach
Pemandangan pagi dari The garden Terrace


Pemandangan Sunset dari The Garden Terrace

Memang banyakkan aktiviti yang boleh dilakukan di sini? Anak-anak tambahan di musim cuti sekolah ni mesti suka dengan segala aktiviti yang disediakan di sini.

Sedikit Tentang SGI Vacation Club

Memandangkan Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ini adalah di bawah SGI Vaction Club, jom aku ceritakan serba sedikit tentang SGI Vacation Club dan kelebihan menjadi ahli SGI Vacation Club ni.

SGI Vacation Club adalah anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan vacation club programmes and services sebagai sebahagian daripada OSK's Group Hospitality Division. Ia telah dibagunkan sejak September 2001.

Dengan menjadi ahli SGI Vacation Club korang akan dapat menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan khas untuk ahli SGI Vacation Club: 

1. Effective cost-saving on accommodation
  • Room rates starting from RM81++ per night worldwide
2. Opportunity to travel to over 3,000 quality hotels and resorts
  • Through our affiliate partner, Interval International, members can enjoy endless holiday options in metropolitan, historical or entertainment city hotels, peaceful lakeview or beach resorts or even vacation homes in a luh suburban area according to their travel needs.
3. Hedge against inflation
  • Secure today's accommodation prices for all future vacations.
4. Hedge against currency exchange
  • Enjoy 15 years of overseas travelling without worrying on currency fluctuation. Estimated price per night remain unchanged even though currency fluctuates.

Maklumat Lanjut Mengenai Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai percutian dan pakej-pakej yang disediakan di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ni, korang boleh la terus menghubungi pihak SCHA di :-

Alamat : Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200, Lumut, Perak.

Tel : +605 6181133/1409/1100


Alang-alang dah datang jauh-jauh ke Damai Laut ni, aku cadangkan beberapa tempat yang korang boleh singgah.

1. Nasi Bamboo Sungai Klah.

Restoran ni sangat famous tau jadi rugi kalau korang tak singgah. Paling aku suka kat sini ialah Nasi Panggang Ayam Serunding dan sambal tempoyak dia..pergh..memang mabeles. Hari tu sebab kami memang dah kekenyangan sebab dah lunch kat hotel maka kami cuma singgah untuk bungkus makanan je la.

Nasi Bamboo Sungai Klah ni memang terletak betul-betul tepi jalan sebelum keluar tol Sungkai (kalau dari arah Perak) dan semestinya lah terletak selepas keluar tol Sungkai sekiranya korang dari arah Kuala Lumpur.


2. Roti Benggali Bakar Kayu. 

kami singgah di sini masa perjalanan menuju ke Damai Laut hari tu. Kebetulan masa tu hari hujan, apa lagi..pekena roti benggali yang dibakar secara tradisional ni memang betul-betul nikmatlah jawabnya!



3. Kedai Hasil Laut Anak Kampung

Sebelum balik ke KL, sempat kami ke Kedai Hasil Laut Anak Kampung yang terletak cuma 3 km dari simpang besar menuju ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA). Kalau korang nak beli ikan bilis yang segar dan cantik, sotong gula dan pelbagai lagi hasil laut boleh la singgah ke sini.




4. Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin ni antara tarikan yang menjadi tumpuan di Lumut, Perak ni. Terletak kira-kira 3 km sahaja dari simpang besar menuju ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA).


Itu la serba sedikit perkongsian aku tentang tempat percutian aku kali ni. Insyallah dalam masa terdekat aku kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati sepanjang musim cuti sekolah ni.

Apa pun, rancang percutian korang dengan bijak.

Post a Comment

10 Comments

  1. Wahhh. . Seronoknya. . Mmg biasa dgr psl Damai Laut cuma aprtment ni baru tau. . Bleh check in sini akan dtg nt

    ReplyDelete
  2. Menarik..rasanya pernah sampai sini...x ingat plak tahun bila..best sebab hotel sangat2 convenience..eh kalau pi sini mmg suka beli barangan hasil hasil laut macam ikan bilis dan iikan tenggiri jeruk..

    ReplyDelete
  3. Menarik..rasanya pernah sampai sini...x ingat plak tahun bila..best sebab hotel sangat2 convenience..eh kalau pi sini mmg suka beli barangan hasil hasil laut macam ikan bilis dan iikan tenggiri jeruk..

    ReplyDelete
  4. Bestnya tempat dia.. Ada mini waterpark tu.. Anak2 mwsti suka.. Dekat dengan banyak tempat pulak tu.. Bgusla

    ReplyDelete
  5. argghhhhhhh.. saya suka laut !! saya pencinta laut !! masuk wishlist nih..

    ReplyDelete
  6. Teluk senangin kinah dah sampai. Swiss Garden tu belum ada peluang lagi ke situ. Best jugak apartment ni ye lengkap semua, kena dengan harganya. Tapi betul kata Kak min kena bawak makanan sikit kot kot malam lapar sebab location dia dalam sikit dari jalan besar. Tapi yang memang nak privasi memang ok sangat la tempat ni.

    ReplyDelete
  7. Wow! Bestnya suasana kat Damai Laut Lumut ni ..tak penah lagi bercuti kat cni, next vacation boleh jd port nanti..tq share info ni min

    ReplyDelete
  8. Sangat cantik dan mendamaikan tempatnya...

    ReplyDelete
  9. Hari ini saya dan keluarga akan bercuti di sini..bilik yang sama... Kami mendapat rezeki bercuti 3 hari 2 malam di sini... Saya akan kongsikan pengalaman yg diceritakan sepertinya indah sekali kerana kami sememangnya tidak pernah sampai di sini... Ini kali ke 2 saya mendapat percutian sgi club... Berbaloi2 menjadi ahli... Memang awesome!!!

    ReplyDelete
  10. Tq dengan perkongsian ini... Kami otw ke sini kerana mendapat rezeki penginapan percuma 3 hari 2 malam di apartmen ini... Ini adalah percutian sgi percuma kami yang ke dua.Tq SGI.. tidak sia2 kami menjadi ahli.. Pastinya kami akan cuba meneroka pengalaman yang dikongsikan.. Semoga pengalaman pertama di Damai Lumut ini akan lebih awesome!!!

    ReplyDelete